Nuffnangx

Wednesday, 24 June 2015

WW ~ That Pink Lil' Things O'Mine

Label : Wordless Wednesday


~ Pink Nai at Tak Pe Je. 

Monday, 22 June 2015

No Mirror No Cry, Avani Sepang Gold Coast Resort

Assalamu'alaikum. Pernah tak korang nak pakai tudung tapi takde cermin? Ataupun lebih suka guna kamera dalam telefon? Tapi macamana pulak kalau takde cermin dan telefon korang tengah charge? Takde masalah... Sila gunakan sebiji mug dan letakkan telefon korang dalam tu, bolehlah guna kamera seperti biasa. Heheheh.


Menda ni jadi lebih kurang 2 minggu lepas masa cuti sekolah. Bawak anak jalan-jalan habiskan baki cuti penggal sekolah kat Sepang. Cermin gedabak ada dalam tandas tapi ada orang tengah guna tandas, aku terdesak nak carik cermin maka itulah jadinya. 


Kat luar bilik ada cermin, tapi masalahnya jiran tetangga di sekeliling suka lepak kat balkoni. Defeat the purpose la kalau aku nak pakai tudung tapi orang sebelah nampak tengkuk dan leher sementara aktiviti membetulkan tudung berlaku. 


Aku suka sangat-sangat tempat ni, cantik baq haaaangg...! Damai lagi mendamaikan, sesuai betul untuk merehatkan minda dari hiruk pikuk keriuhan kota metropolitan kekdahnya...


Avani Sepang Gold Coast Resort nama diberi. Ada masa aku nak pergi lagi. Moh ikut aku? Aku belanja gambar satu, ya? Tapi aku tak sempat nak buat entry khas pasal resort ni, ntah bila gamaknya bleh paksa diri buat. Nampak beskal kat tepi tu? Haa... Kami sewa dua buah je. Satu junior bawak secara solo, satu lagi senior bawak secara solo jugak tapi aku jadi pembonceng tegar. Kesian mamat tu termengah-mengah dan terhoyong-hayang nak kasi balance beskal. Maklum la, muatan lebih had. Ngeee....


Best memories ever! Nasib baik yang pecah bukan tayar beskal tapi pankreas kami duk gelak besar. Buruk benor orang tua bercinta naik beskal. Tapi iya la kan, takde yang tua mana ada yang muda? Gitu....

~ Nai at Tak Pe Je.




Sunday, 21 June 2015

Coretan Awal Ramadan

Assalamu'alaikum. Ramadan kali ni aku memang betul-betul hands-on dalam menentukan menu iftar dan jugak sahur, seperti selayaknya. Tahun-tahun sudah pun macam tu jugak tapi tahun ni lebih bersifat diktator gitu. Hehheh. Bukan apa, penat nak layan Bibik buat drama air mata macam tahun lepas, tertekan emosi bagai sebab tak tahu nak masak apa yang boleh menepati citarasa laki aku. Tahun lepas aku ditakdirkan jatuh sakit sejak minggu kedua puasa, maka banyak benda yang tak mampu aku uruskan. Jadi setakat ni aku memang jadi supervisor dari menu utama sampai la kepada kuih-muih iringan. Yang pasti, semua orang lebih ceria dan urusan pun lebih mudah dikendalikan. Even mak aku nampak happy dan masuk dapur sekali. Mudah-mudahan kekal sampai ke akhir Ramadan, Insya Allah.


Apa saja la kau, bibik... Layankan aje, janji bahagia.


Sorry aku tak de ambik gambar juadah iftar mahupun sahur, ini pun aku beriya ambik gambar dan video hari kedua puasa masa mula-mula nak try portable & foldable outdoor BBQ set yang aku gi beli kat Mr. D.I.Y balik dari kerja itu hari. Sejak tu aku memang terlibat secara langsung dalam aktiviti bakar-membakar dan asap-memperasap ikan, daging dan yang sewaktu dengannya. Suka pulak aku bergelumang dengan asap dua tiga menjak ni.


Semalam dan hari ni aku pergi beli kuih kat dua tempat. Satu kat Great Eastern Mall Jelatek untuk dapatkan kuih peberet aku kat Lulu Nyonya, dan satu lagi kat Keramat AU 2 untuk dapatkan kuih peberet mak dan pakwe. 

Kejap lagi aku dah kena brief untuk menu sahur supaya takde sesiapa yang makan hati berulamkan jantung. Aku takde selera takpe, janji orang lain semua happy. Demikian lah sehari lagi pengisian rohani dan jasmani kita menjalani ibadah puasa tahun ini. Semoga diterima Allah subhanahu wa ta'ala seadanya. Ameeen.

~Nai at Tak Pe Je.



Friday, 19 June 2015

Ramadan Kareem : Selamat Datang Ramadan 2015 Hijrah

Assalamu'alaikum. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak yang menyucikan jiwa dan membersihkan toxic. Semoga Ramadan kali ini lebih membawa erti dan bertambah baik daripada tahun-tahun yang sudah. 


Maafkanlah segala salah dan silapku baik yang disedari mahupun tidak. Salah dan silap kalian, jika ikhlas memohon, aku maafkan. ^_^


Hidup ini terlalu singkat untuk kekal bermusuhan. Marilah berkasih sayang kerana Allah. 

~ Nai at Tak Pe Je.



Thursday, 11 June 2015

Cinta. Kasih. Memori.

Gambar adalah bahasa bisu yang paling kuat suaranya.  Gamat dan kadangkala bingit dengan emosi. 


Lokasi: Shibuya Scramble Crossing, Tokyo.






Dan kepingan-kepingan gambar ini berteriak rasa kasih dari dua hati yang diabadikan dan satu hati yang mengabadikan kenangan itu. 

Cinta akan pudar. Kasih tetap mekar. Memori kekal abadi. Segar dan mewangi. Selama-lamanya. 

~ Nai at Tak Pe Je. 






Kejoraku Bersatu

Assalamu'alaikum. Dah lama aku tak baca novel, itu satu. Baca sampai habis tak mengelat langkah mukasurat, itu lagi satu. Dan apa yang lebih manis selain daripada memecahkan rekod peribadi dengan sentuhan magis Danielle Steel setelah sekian lama lembaran itu ditinggalkan? Amek kau ayat bombastik terus kat situ. 

Aku dapat novel Until The End of Time ni daripada sorang client yang selalu ingat kat aku pergi mana-mana, hatta pergi pesta buku sekalipun. Dia kat pesta buku mana ntah satu hari tu, whatsapp tanya aku suka buku apa. Well, aku kata takde anything in particular. Jujur seperti biasa, hahahah. Dia insist jugak, aku bagitau la dulu zaman muda-mudi aku obsessed dengan karya-karya Danielle Steel. Dengan baik hatinya dia 'happened to be in the neighbourhood' dan drop pemberiannya kat ofis, masa tu aku kat luar jumpa orang. Dua minggu jugak la baru aku masuk ofis lepas tu dan dapat jumpa novel dan sekeping DVD cerita Cinderella. Wait, hurmm.. Ok, yang tu aku tak paham sket bila nak tengok. 


Aku bawak novel tu pergi Kuala Terengganu minggu lepas, baca masa tunggu anak teruna mandi kolam dengan daddy dia. Bengkak mata aku menangis, memang tak boleh blah dia punya sedih. See, sebab tu aku tak nak baca, korang paham tak? Aku mana boleh. Aku tak kuat nak lawan ombak rindu ribut taufan perasaan dalam penceritaan yang sebegitu hebat. Dah pulak lokasi aku baca novel tu kat sini haa:


Aku mengadap laut, dihelus bayu lembut dan ditemani deruan ombak. Too much, really! Hati tisu mana tak dilanda badai, cuba bagitau aku? Dah kena sorok dengan spek hitam besar campur dengan topi, karang ada orang ingat aku mangsa dera ke apa kan? 


Sampai hari ni aku masih teringat-ingat keindahan cerita yang aku khatam lepas balik KL. Kisah cinta yang lain daripada lain, pada hemat hamba. Ibarat bintang kejora yang bergemerlapan di angkasa, bersatu dalam rindu tak bertepi. Sakitnya tu di sini di dalam hatiku punya kes. Hahahha. 

Anyways, aku kat KT dua malam je, meraikan pengantin baru, kawan sejak dari sekolah menengah. Alhamdulillah akhirnya dia bertemu jodoh. Dia nak buat surprise kononnya, lambat bagitau tapi akhirnya menyesal sebab kami dah beli tiket pergi bercuti 2 bulan sebelum tau tarikh akad nikah kat Kedah dan kenduri sambut menantu kat Terengganu. Maka, kami jumpa je la pengantin baru belanja makan dan pass hadiah sambil menikmati nasi dagang yang ohsem pujaan hatiku. Gitu...


Tu je la pun nak cerita, bukan ada menda sangat kan? Hehehhe. Terima kasih la sudi baca sampai habis, apa adanya. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.