Nuffnangx

Friday, 31 July 2015

My Lady In Red : Darling Icona (Diary of A Coffeeholic)

Assalamu'alaikum. Juma'ah Barakah! Kejap je dah nak habis minggu ni, pejam celik pejam celik dah pun Jumaat. Itu la dia, anyways kali ni aku nak cerita pasal me lady in red, Miss Icona Espresso Maker keluaran De Longhi.  Pencinta kopi macam aku harus la teruja dengan mesin-mesin espresso ni kan, tinggal lagi sejauh mana sanggup nak mengumpulnya. Eh, idok ler ada niat nak kumpul mesin kopi macam kumpul setem pun, ish korang ni agak-agak la kan? Cuma ada la pasang angan-angan nak letak 1 kat Temerloh dan 1 kat Kuantan. Bukan apa, senang nak minum kopi setiapkali balik kampung sebenarnya. Tak payah susah-susah nak keluar ke bandar bagai carik kopi, kecuali la memang nak ngedet lepak-lepak sambil carik kawasan 3G kennn? Kalau nak tambah koleksi mesin kopi lebih-lebih karang, tak pasal-pasal kena bukak kedai kopi pulak, habis siapa pulak nak jaga bisnes kecik aku sekarang ni? Heheheh. Okay, itu dah masuk bab lain, kita tinggalkan dulu kat situ.


Dah lama darling Icona kaler merah ni tersengih kat ofis takde sesiapa usik, ye la aku lebih banyak keja kat luar bukan masuk ofis sangat. Aku pesan kat Sue N suruh beli Miss Icona ni sebelum dia habis belajar kat Melbourne sana, sebab of kos la jauh lebih murah beli kat sana daripada beli kat sini menda-menda letrik ni. Bak kata Sue, orang lain pergi Melbourne sibuk nak beli Correlle bagai, aku je sibuk nak beli mesin kopi. Heheheh apa nak buat, Sue... Correlle kat Langkawi boleh beli, takpun kat Singapore.. Masih tak sakit hati ingatkan perbezaan harga.

 Semalam lepas selesai keja kat Shah Alam aku masuk ofis sebab ada dua dokumen urgent nak disiapkan, bukan tak boleh selia dari jauh tapi tak nak ambik risiko salah sana silap sini yang aku terlepas pandang. Mata budak-budak manakan sama dengan mata remaja purba, haruslah lebih bersifat helang yang zoom in zoom out gitu... Hehehe.


Senang je nak operate pump espresso ni, tak payah tengok manual pun takpe. Orang lembab macam aku ni baik jeling-jeling pandang-pandang get into it sendiri daripada tertunduk-tunduk baca manual tak paham-paham jugak, buat sakit jiwa ada la. Hidupkan suis je pun, tengok ada 3 butang bergambar style emoticon. Takkan la tak bleh nak pikir, ikut logik akal je masa tu. Tekan butang pertama keluar kaler kuning maknanya dah ready untuk mulakan servis la kan? Tapi jangan la pulak lupa letakkan dulu kopi dah nak proses amenda nya nanti, kot ya pun coffeeholic, jangan la gelojoh sangat... 

Sebenarnya boleh je nak tengok you.tube cara-cara operate menda ni tapi ye la, hidup cara lama pun apa salahnya. Korang kalau berminat nak tau lebih lanjut, pandai-pandai la buat research sendiri, ok? Aku ni malas nak beriya buat How To Operate De Longhi Pump Espresso bagai. Takat letak gambar apa yang patut je la pun, maklum la pemalas sikit. Hehehe. Meh aku melanja gambar selfie meh. 


Tengok tu muka berlagak: Hey, what's up? Aku dah ada mesin kopi kat ofis, jom la lepak sini. Buat tatapan Sue, kalau kau membaca saat ini, ingatlah betapa jasamu kukenang sampai ke titisan kopi terakhir setiapkali mesin ini beroperasi. Pesanan penaja: Mentang-mentang la Subang tu dekat daripada Melbourne, makin susah nak jumpa kau, ya? Nyampah! 

~ Nai at Tak Pe Je


Thursday, 30 July 2015

Mengejar vs Berlari Setempat

Kenapa saya kejar awak? 
Sebab awak lari.
Kenapa awak lari?
Sebab saya kejar. 


Boleh tak saya berhenti mengejar?
Boleh. Awak berhenti berlari. 
Kalau berlari setempat?
Saya kejar setempat.

Nampak? 

Saya tak nak awak lari, saya pun tak suka mengejar. 
Saya nak awak duduk dan mengadap saya, deal with me. With all this.
Tengok mata saya dan cakap betul-betul: I hate you so get lost. 

~ ok tak buat cerita macam tu? Aku ingat nak sambung tulis novel yang dah berkurun tergendala...

Wednesday, 29 July 2015

Monday, 27 July 2015

Diari Hujung Minggu Seorang Kakak

Assalamu'alaikum. Korang tau, masa Junior mula-mula belajar bercakap dulu dia panggil aku "kakak". Lama jugak la nak betulkan jadi "mummy". Sebab adik-adik aku selalu datang lepak masa cuti semester kat rumah dan yang selalu Junior dengar adalah kakak, bukannya mummy. Sampai hari ni aku duk cerita pasal tu kat dia, lagipun dia suka dengar pasal zaman dia baby dulu, especially kalau aku asyik gelak-gelak bercerita tentang keletah sepupu dia si Athiyya. Hati anak mesti mau jaga, kan? 

Hari Sabtu petang bawak la si Junior gi tengok cerita Ant Man, latest Avenger's franchise hero. Akhirnya dah ada Avenger yang aku betul-betul minat sekarang selain Thor yang sado itu. Ant Man tak sado tapi lebih daripada tu, dia humble dan cute dan ada degree. Hehe. Ni gambar aku balik rumah lepas tengok movie, keluar balik gi ngedet kat Plaza Damas dan sibuk jugak nak posing bagai sebelum tukar baju. 


Ahad pulak aku jadi wakil bonda temankan bakal adik ipar shopping. Kakak yang paling pendek dalam keluarga, adik-adik semua buat aku rasa sangat kurang inci. Dah pulak pesen suka rendahkan badan bila posing, lagi la nampak kurang inci makanya! May be aku kena belajar pakai kasut tumit tinggi at least 4 inci lepas ni... Hurmm. 


Aku tak kisah pun sebenarnya.. Janji happy sudah. Dan yang paling penting, keselesaan masa berjalan dan lepas balik rumah tak menderita sakit saraf. Terima apa adanya, kata orang. 


Lighting kat kedai emas memang sangat ohsem untuk selfie, maka apa lagi kan? At least tak la sakit hati bila teringat harga emas dah naik balik jadi 165 satu gram daripada 144 masa awal Syawal. Baru ingat nak trade in gelang, terus tak jadi sebab dah la 25% susut nilai, belum tentu tak kena tambah kalau ambik gelang baru. Menyampah, baik tunggu balik KT bagi Jee patri semula apa yang rosak kat kedai dia. 


Bagus jugak, lagipun tujuan asal pergi situ nak meneman orang beli emas, fokus aje la kan? Dua perempuan rabun dan suka sengih dikesan. Dan dua-dua tu berbintang Leo. Over and Out. 


Junior pun ikut, daripada dia melangut sorang-sorang kat rumah baik aku heret dia sekali. Sempat la dia mengepow mak sedara dia sekeping DVD baru sementara menunggu upacara pemilihan selesai. Nampak gaya dia ada peluang jadi tinggi lebih daripada adik aku. Chaiyok! 


Tak perasan langsung Ida ambik gambar, kalau tidak mesti aku dah toleh sikit dan senyum. Takpe la, aku letak jugak kat sini kasi complete imej pemilihan yang dijalankan dengan jayanya. 


Sebelum balik kami makan dulu, apa lagi tugas kakak kalau tak belanja rombongan Cik Kiyah makan? Masing-masing pakat order French toast kat Toast Box, kecuali Junior yang teringin makan nasi sebab terliur tengok gambar kari ayam dalam menu. Pergh.. Tak padan dengan cekeding, kuat makan dia tu. Padahal sebelum turun dah makan nasi kat rumah, siap meratah daging goreng bagai. Lepas puasa gitu la kan, kemaruk kata orang. Tengok la gambar ni, nampak sepesen je dengan pak sedara dia. Patut la masa kecik dia panggil aku kakak, hurmm... 


Kakak ni tadi minum kopi kaw punya kat Toast Box dan tertidur lepas Maghrib, makanya pukul 3.30 pagi masih duk buat entry ni. Baik kakak gi tidur sekarang sebab esok ada keja kat Subang sana! 

Terima kasih sudi baca. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.








Saturday, 25 July 2015

Seputar Akhir Ramadan & Awal Syawal

Assalamu'alaikum. Eh, ada lagi cerita nak dikongsi dengan korang pasal puasa dan raya, kenapa tak percaya? Percayalah. Hehehe. Sementara masih dalam momentum sebegini rupa, baik layankan aje. Rojak sikit tapi entry ni, jangan marah tau! 


Hari terakhir puasa memang paling mencabar, perasan tak? Sebab mental dah terlebih bersedia nak raya, terutamanya budak-budak. Mak budak pun dua kali lima jugak. Cuaca yang sangat panas lagilah pemangkin segala rasa kurang selesa. Cuma Alhamdulillah tahun ni walaupun panas, angin memuput lembut dan mengelus-ngelus pipi kasi lembut rasa hati. Bertambah lembut bila ada jugak port yang dapat detect 3G kat bawah pokok depan rumah pak mertuaku. Datang je petang, bertenggek la budak, bapak dan mak budak secara berjemaah lepak kat situ. Suasana yang akan sentiasa segar dalam ingatan kami bertiga hendaknya. 


Itu kisah akhir Ramadan. Yang ni pulak awal Syawal, meh teruskan membaca. Junior ni kan nama je Darjah 5 tapi budak sangat lagi deq non, oi..! Dia pergi berlari atas padang yang ada selut, habis comot kasut raya, socks dan baju Melayu belum pun selesai separuh masa pertama 1 Syawal. Aduhai... Dah kena tukar pakai casual attire. Nasib baik sempat ambik gambar family sesampainya dari Kuantan. Kalau tidak memang hangin satu badan Mak Jemah ni, kan? 


Sepupu-sepupu dia elok je berbaju tradisional sampai ke malam. Dia malam tu dah tukar pijama je, pakat main mercun ramai-ramai. Aku tahun ni tak larat nak memeriahkan pesta mercun, lagipun hati tak seronok tengok mak tak sihat. 


Kat rumah mak tak dapat 3G jugak, cuma tengok keadaan masa dan kepadatan pengguna, elok pulak coverage. Mimpi ngeri betul hidup tanpa 3G. Tapi elok jugak, at least budak-budak takat main game je la sesama depa, tak yah sibuk masuk you.tube bagai. Raya alaf baru la katakan...


Alaf baru ke lama ke, ada yang tak sah kalau tak buat: main bunga api! Itulah mercu tanda hari raya sejak berkurun lama kurahsiakan cintaku padamu... 


Suka ya, sayang ya? Sila pastikan ada kanak-kanak dewasa untuk mengawal selia upacara main bunga api segala bagai, ya kawan-kawan... Kita kan nak happy, bukan nak cipta tragedi. 


Kisahnya, anak bertuah aku ni gi cucuh bunga api atas selipar. Berlubang selipar-selipar malang mangsa kejadian hari tu, kesian... Untunglah adik aku sempat perasan dan selamatkan selipar-selipar itu daripada makin parah dan tenat. 


Beraya di kampung memang lain sikit berbanding dengan bandar. Suasana dan keadaan yang 'vintage' itulah yang menggamit perasaan dan memanggil-manggil kita pulang. Bahagia itu indah. Alhamdulillah...

~ Nai at Tak Pe Je.










No Selfie, Yes? No lah..!

Assalamu'alaikum. Juma'ah Barakah. Mood raya masih kuat di mana-mana, kan? Ramai lagi yang belum start kerja, anak-anak 'dipontengkan' sekolah dengan seribu kemaafan terindah. Hehheh. Junior tak dapat peluang tu, kami dah ada kat KL semula ngam-ngam untuk dia pergi sekolah. Kami pun boleh berehat sebelum start mengayuh sampan carik makan. 

Aku duk pening kepala dari petang semalam, kalau berjalan macam tengah duk dalam feri ke Pulau Langkawi. Oh, mungkinkah itu tandanya aku perlu ke sana makan laksa depan airport Padang Matsirat sambil menikmati keindahan matahari terbenam? Mungkin jugak, hurmm... Tapi masalahnya, kena kerja dulu nak cover banyak pengeluaran tanpa kemasyukan lepas cuti raya. Patutnya aku jumpa orang masa lunchtime tadi, tapi disebabkan pening-pening lalat itu, maka terpaksalah ditangguhkan ke sebelah petang. Alhamdulillah aku ok sket lepas melelapkan mata dari pukul 3 sampai 6 petang, boleh la aku attend meeting pukul 6.30 kat jusco Setiawangsa. Nampak tak fresh muka bangun tidur? Cahaya wudhuk asar nama dia... 


Aku selesai jumpa orang tadi, solat Maghrib dah pukul 8.05pm gila lambat! Alang-alang lambat, aku tunggu Isyak je terus. Masa gi betulkan tudung kat toilet, aku perasan ada Reminder baru lekat kat cermin powder room: No Sleeping. No Paperwork. Tergelak aku sorang-sorang, cute gila kot..! Rupa-rupanya ada orang tidur dan/atau buat kerja kat powder room tu, mentang-mentang la ada meja dan kerusi free. Tapi dulu aku pernah jugak ternampak makcik cleaner tidur kat situ, penat sangat gamaknya. Rugi betul aku tak pernah terserempak dengan orang yang tengah buat 'paperwork' sekali, mesti comel! 


Yang pasti, takde larangan daripada SELFIE kat situ, owh Alhamdulillah. Maka, apa lagi kan? Selfie je la sampai lebam. Free je pun, dear! Pantang jumpa cermin besar, kan? 


Tak kisah la ada kajian yang kata orang suka selfie ni sebenarnya terkategori dalam pesakit jiwa, ada aku kisah? Entah-entah orang yang buat kajian tu yang sakit jiwa, mana kita tau kan? Hehehhe. Tak suka, jangan tengok. Simple je. 


Hati mesti telus, kawan-kawan... Baru la tak cepat nak benci orang tak tentu pasal. Aku sudahi entry kali ni dengan ayat yang dipetik daripada Johnny Depp sebagai berkata:

"You can close your eyes to the things you don't want to see, but you cannot close your heart to the things you don't want to feel". 

Rindu awak 90% ni... 

~ Nai at Tak Pe Je. 










Thursday, 23 July 2015

Pattern & Lace, Ada Apa Dengan Raya?

Assalamu'alaikum. Ini cerita raya ketiga, lepas bawak mak berubat lelah secara tradisional kat Dungun. Kesian mak, penat sangat dia... Tapi dia memang niat nak pergi rumah D, lama tak jumpa D sefamili. Bila orang tengok keadaan dia, sayu la kan? Dah rezeki dalam perjalanan hidup masing-masing, kita pakat bersyukur je la atas segala nikmat yang dianugerahkan. 


Aku malas nak pakai baju baru, boleh? Dah memang siap-siap dijodohkan kombo tudung, baju dan skirt dari KL pun sebenarnya, untuk digayakan pada hari raya ketiga. Selesa betul pakaian tu, macam nak pergi appointment je bukan pergi beraya. Lagipun aku memang suka pattern & lace, sekarang pun memang trend orang pakai lace tak kira raya ke tidak, kan? Skirt lace hitam tu aku tempah kat Bandung tahun lepas, baru sekali dua pakai pergi keja. Tudung dan baju tu pun dah lama ada dalam koleksi, bila pakai time raya, semua nampak macam baju raya. Hehehhe. 


Rumah D memang lawa setiapkali raya, dan family dia semua jenis sporting dan suka bergambar. Aku dulu sepanjang family ikut ayah belajar kat Scotland memang berkampung dengan family dia. Kami semua dah terbiasa bersama dalam suka dan duka. Tak selalu jumpa tapi selalu dekat di hati. Julung-julung kalinya mak ada dalam gambar raya dengan family D, bahagia itu indah...


Anyways, ingat nak bawak lagi la mak pergi berubat kat situ, nampak macam serasi dengan dia. Mudah-mudahan ada rezeki mak untuk sembuh dan dipanjangkan umur untuk berjalan ke serata dunia dengan kami. Paling-paling tidak, boleh bawak mak jenguk family D. 

Tu je la, terima kasih sudi baca. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je. 



2 Syawal 2015: Mix & Match Baru & Lama

Assalamu'alaikum. Tahun ni aku malas betul nak pakai baju raya ikut style kebiasaan yang aku selalu pakai. Dari masa packing aku dah suaipadankan dengan apa yang sedia ada dalam almari, kira kombinasi pakaian baru dan lama lebih kurang. Ringkas je, janji selesa dan mudah nak bergerak ke sini sana. 

Raya Kedua aku pakai baju sifon yang aku beli kat Jakarta hujung tahun lepas masa family trip Jakarta-Bandung. Sejak beli, memang duk terperap dalam almari tak bersentuh, sudahnya aku buat raya. Aku padankan dengan kain kurung modern dari fabrik sutera Terengganu yang kurang lebih dah 6 tahun usianya. Aku memang suka buat kain potongan duyung untuk kurung modern, senang nak padankan dengan baju-baju lain. Kebetulannya elok je pada pandangan mataku, dari tudung hinggalah ke inner, baju dan skirt. 


Mak betul-betul sakit sepanjang hari, tak boleh keluar bilik langsung. Tetamu yang datang mana-mana nak jenguk mak, memang kena masuk bilik dan mak tak larat nak senyum ataupun bersalam. Aku pakai lawa-lawa dan duduk je kat rumah layan sedara mara yang berkunjung. 


Selfie cepat-cepat sementara lipstik masih merah dan sebelum tetamu datang bertandang. 


Dah petang sikit bila keadaan dah reda dan terkawal, aku tinggalkan kat adik-adik jaga mak dan standby menyambut sedara-mara kot2 ada lagi yang datang. Aku pergi dating kejap sambil minum kopi dan layan social media di kawasan yang boleh detect 3G.  


Angkut je beg gedabak tu, tak sempat nak tukar dah. Dating masa ni Junior pun ikut, ada jugak orang nak disuruh ambik gambar OOTD kan? Heheheh. Nak suruh cik abang karang kesian dia, geleng kepala tengok perangai aku yang tak nampak bayang2 nak berubah. 


Masa ni dah takde mekap bagai dah.. Plain je la. Rimas sebenarnya nak bermekap, sebab bukan reti pun in the first place. Heheheh. Jadilah, at least ada gak gambar pakai baju raya nak diabadikan, setuju? 

Okay la, terima kasih sudi baca.. Bukan ada apa pun. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.




Wednesday, 22 July 2015

Kelimpahan Biru 1 Syawal 1436 Hijrah

Assalamu'alaikum. Dah kenapa tahun ni ramai sangat orang pakai warna biru Mydin, korang perasan tak? Ok la, nama glamour warna tu royal blue, tapi memang warna korporat Mydin pun kan? Aku dari zaman universiti dah suka warna  royal blue, ada satu baju kurung kain sutera Terengganu yang aku masih pakai sampai sekarang. Tapi dulu aku panggil warna macam tu 'biru nila', padahal dalam bahasa Hindi, nila memang bermaksud biru. So, biru yang sungguh biru, mungkin? Mana-mana je la, yang penting warna biru ni memang lawa, setuju? Dah lebih sedekad umur baju biru nila ni... Banyak kenangan pahit manis kelat payau bersamanya. 


Tahun ni suami dan anak aku dapat baju Melayu free daripada client yang sungguh baik hati dan seorang tailor yang ohsem, cuma tak cukup ohsem sebab tak kasi sepersalinan biru kat aku sekali. Heheh. Takpe la, dah rezeki takat tu aje kan? #syukurselalu aje ler. Takde hal pun, aku kan dah berjaya carik skirt yang lawa dari koleksi Emma Maembong-Melinda Looi. Hari terakhir sebelum balik kampung aku gi jusco carik songkok Junior dan ternampak sehelai baju yang masuk gila okay dengan skirt royal blue aku! Tinggal sehelai trang tang tang je pun baju tu, seolah-olah memang tunggu aku beli. Dah pulak satin shawl warna yang serupa memang dah ada dalam almari sekian lamanya bercinta kau tiada di hari raya.. Hasilnya, hurmmm... Not bad, not bad at all. 


Rumah mak kat Temerloh tahun ni semua orang sibuk dan mak pun masuk wad 12 hari bulan puasa, sampai tak sempat nak uruskan kerja cat mengecat lepas baiki dinding retak. Rumah lama arwah atok yang disewakan kat orang sebelum mak ambik 6 tahun lepas, dah retak-retak dindingnya. Tengok la macamana nak buat nanti kasi elok.. 


Adik aku pergi photoshop sampai jadi kosong sekosong-kosongnya dinding, pening mata aku tengok. 


Pagi-pagi lepas solat sunat raya aku gerak dari rumah mertua kat Kuantan, pergi ke Temerloh. Kejap je dah sampai, sedang elok sesi bergambar bersama family. Terkedek-kedek anak sedara kesayangan aku menyambut kepulangan Mak Yong. Melekat je sampai sudah. Not that I mind, lagi suka ada. Rindu betul kat dia! 


Dalam gambar memang duk dengan aku je sepanjang masa, sampai mak dia suruh pegi tukar baju biru. Hehehhe. Apa nak buat, budak-budak memang suka aku pun. Dah aku pun memang suka kat budak-budak. Omputih kata, the feeling is mutual. Begitulah...


Raya pertama mak masih sihat, at least boleh la pergi beraya rumah kakak dia kat depan rumah je pun. Tapi malam tu dia start sakit semula, demam dan athma menyerang dengan dahsyatnya. Kakak dia pun sama, demam tak kebah-kebah, cuma dia takde athma tahan la sikit. 


Aku jadi tak ke mana pun, duk rumah je teman mak dan layan sedara-mara yang tak putus-putus datang. Beraya kat Temerloh memang gitu, tak menang tangan dari pagi sampai malam. Dari hari raya pertama sampai la selagi ada raya kot.. Sebab mana-mana yang baru balik dari kampung mertua, akan datang berkunjung bila dorang dah balik kampung sendiri. Masyarakat yang masih mementingkan budaya kunjung-mengunjung, pendek kata. Stok makanan makanya jangan pernah putus, okay? Hehehe. 


Nantilah bila ada masa aku cerita pasal raya kedua dan ketiga pulak. Sebab raya lepas daripada tu dah tak pakai baju raya, so takde nak bergambo bagai dah. 

Jumpa lagi, bye. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je. 



Monday, 20 July 2015

Makan Lipstik Raya Ketiga

Assalamu'alaikum. Raya kan sebulan... Ni masa raya ketiga, lepas bawak mak pergi berubat kat Dungun. Singgah rumah Cik D kita macam biasa kalau dah sampai Dungun, Kak Long Kawasan la lebih kurang. Tak boleh check out tanpa check in rumah dia, gitu...! Bila dah free aku buat entry lain, ok? Sekarang ni terima je apa yang ada... Hehehe. 


Maafkan la diriku yang jenis Lipstick Eater, kisahnya tak sempat touch up, maka pucat la bibir itu.. 

Jumpa lain kali, ya.. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.
4hb Syawal 1436 Hijrah

Saturday, 11 July 2015

Iftar Yang Dinanti Saban Tahun

Assalamu'alaikum. Dalam banyak-banyak majlis iftar setiap tahun, ada satu majlis yang aku memang nanti-nantikan penuh pasti. Bukan apa, masa tu la aku ada ruang dan peluang nak jumpa family friends yang selalu dekat di hati walaupun agak jauh di mata. Takde la jauh benar sebenarnya tapi masing-masing ada hidup dan kehidupan tersendiri, itu maksudnya. Kali ni kami berhimpun di Restoran D'Saji (dulu orang panggil Restoran Nelayan) kat Tasik Titiwangsa. Mula-mula sampai dalam 6.30 aku pergi ambik wudhuk siap-siap dan berbedak bergincu bagai, nanti masuk waktu senang terus pergi ke surau dan solat Maghrib. Pilihan yang tepat, nasib baik sungguh.. Sebab banyak group yang masuk tadi, termasuklah SENIMAN. 


Elok lagi bermekap masa ni.. Azan je aku terus minum teh tarik dan hirup sup tulang sikit, lepas tu berlenggang ke surau. Punyalah padat surau kecik tu, dah jadi macam sauna terlebih muatan masa solat. Alhamdulillah.. Dengan itu Malaysia masih terselamat daripada bala bencana besar, mudah-mudahan. Ameen... Tempat ibadat masih diimarahkan. 


Lepas tu makin lama makin hilanglah merah lipstick bagai, kan? Begitulah adanya.. Jenis tak tahan lipstick. Aku kalau gather macam gini, bukan sibuk nak makan sangat.. Sibuk melayan karenah budak-budak kecik yang comel dan keletah. Balik rumah baru reti nak rasa lapar. 


Jumpa kawan-kawan tak cukup masa sebenarnya nak bercerita. Bergambar pun dekat-dekat nak angkat punggung balik rumah masing-masing. 


Macam-macam hal dengan budak-budak dan mak-mak budak. Layankan aje ler... Bukan selalu, kan? 


Majlis ni meraikan anak-anak yatim seperti tahun-tahun yang lepas, Alhamdulillah mudah-mudahan diterima sebagai ibadah hendaknya. Depa pun seronok dapat duit raya awal. 


Kami pulak bleh tumpang happy dan berjimba dengan kerabat taulan. Panjang umur boleh kami ketemu lagi. Ameen.

Itu je pun nak cerita, terima kasihlah sudi baca. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.