Nuffnangx

Wednesday, 26 August 2015

WW ~ Sabar Itu Indah.

Peace...


~ Nai at Tak Pe Je.

Tuesday, 25 August 2015

Isnin, Nasi Kukus MokSube dan KLCC

Assalamu'alaikum. Hari ni Lembah Kelang disirami hujan yang sungguh lebat dari tengahari membawa ke petang. Aku dan kawan-kawan dah berjanji nak pakat berkelah di food court KLCC, makan Nasi Kukus Daun Pisang BFF kami yang meletup sedap gila secara berjema'ah. Aku memang dari sekolah menengah peminat tegar masakan mak kawan aku tu, takkan mungkin mampu lupa sekali dah rasa air tangan dia! Tak kisah la nasi ayam ke, nasi minyak ke nasi apa ke, semua menjadi pujaan hatiku. Tapi sejak kawan aku bukak Restoran Nasi Kukus Mok @ Sube ni, aku tak pernah ada peluang nak gi jenguk dan rasa. Sampailah petang tadi, bila nasi kukus tu yang datang ke pangkuanku. Alhamdulillah... Semoga bertambah-tambah murah rezeki kawan aku dan bertambah-tambah maju bisnesnya. Ameeen. Aku ngantuk sebenarnya tadi, dah pulak hujan lebat tapi demi sebuah janji, kugagahi jua...


Berbaloi-baloi lawan rasa penat dan mengantuk, baq hang! Selamba badak je pakat berkelah makan nasi kukus kat food court, saf paling depan pulak tu! Hahahha. Memang win la group ni, tak makan saman punya! Adeh.. Tima kasih la kawan-kawan sayang... Sanggup menjaga keadaan aku yang banyak karenah dua tiga empat menjak nih..!


Susah nak kena selera sekarang ni, tapi dah nama pun peminat tegar masakan mak kawan aku tu, maka tak heran la aku rapat je menyuap nasi kukus Mok @ Sube (mak di Subang) hingga licin trang tang tang. Happy tauke kedai tengok aku makan. Dia of kos la pergi beli makanan lain, dah tak heran nak makan nasi kukus yang dia duk jual hari-hari kan?  Korang pegi la try, RM5 je pun harganya 1 serving.. Tak naik harga pun lepas GST bagai. Berniaga sambil beribadah gitulah. Insya Allah diberkati Ilahi...


Check It Out! 


Dah dekat 5pm kami bersurai, masing-masing sibuk nak ambik anak sekolah, jemput anak abis tuisyen, sambung dating dengan husband, eh macam-macam lagilah urusan kami. Aku pulak sampai kat LRT Setiawangsa, hujan lebat gila nak berjalan kaki balik rumah, dah la payung tertinggal dalam kereta masa orang drop aku kat KLCC. Sementara menunggu orang yang stuck dalam jam kat Ampang, aku lepak sorang-sorang kat Restoran Asam Pedas. Eh, sedap gila air Epal Asam Boi yang aku pesan, pergh! Aku memang jenis minum air lambat lepas makan, lepas makan nasi kukus kat KLCC tu aku tak minum air. Dapat pulak air ohsem macam tu, memang rezeki betul hari Isnin yang licin dan basah itu! 


Ngam-ngam aku sampai rumah, sempat solat Asar dan sambung solat Maghrib. Nasib baik sempat bagitahu mak yang aku ada appointment pukul 9pm kat Aeon AU2, terpisat-pisat aku masa mak kejutkan aku. Entah bila aku terlelap atas katil mak pun tak tahu. Penat yang amat nak keluar jumpa orang tapi bila aku nak kensel, dia telefon bagitahu dia dah ada kat Old Town White Coffee. Hurmm... Kugagahi jua akhirnya. 

Tapi aku mintak dia datang Starbucks, boleh aku minum cafe latte kan? Elok la tu, dia pun dah selesai makan segala bagai, senang nak bercerita apa masalah dia kat aku yang berjaya menongkat mata dengan kopi pujaan hatiku. Alhamdulillah akhirnya sempurna sudah suatu hari Isnin permulaan minggu baru. Semoga esok lebih baik hendaknya. Ameen.

Terima kasih sudi baca sampai habis. Jaga diri dan sampai jumpa! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Zaman Anak-Anak La Pulak...

Assalamu'alaikum. Semalam hari Ahad kan, aku perasan dah dekat zuhur ada banyak missed calls dari dua orang kawan sekolah menengah aku. Check whatsapp pun ada jugak, duk jemput aku pergi sambutan birthday anak dia. Katanya kalau aku nak pergi, kawan aku yang duk kat Gombak tu boleh datang ambik. Apa lagi nak dikata? Tinggi hajat orang tu, bersungguh-sungguh menjemput, siap ada yang sukarela datang ambik... Rasa sangat dihargai. Maka aku pun siap-siap la secepat mungkin dan capai je instant shawl nak kasi jimat masa berhias. Celak pun tak sempat nak pakai elok-elok, hahahah tak senonoh! 


Sebelum bergerak ke Kelab Darul Ehsan dan sementara menunggu kawan aku sampai, sempat la aku makan pengat durian yang mak buat. Ye la, nanti buatnya aku teringat-ingat sampai tak lalu nak makan menda lain kat tempat jamuan, siapa nak tolong? Makanya haruslah aku melayan tekak Melayu fusion ni, kan? 


Dah besar budak-budak ni, cepatnya masa berlalu. Kami pun dah tahun terakhir 3 series, tahun depan bermula angka baru dalam diari kehidupan yang penuh berliku. Sekarang ni zaman budak-budak ni la pulak, zaman kami dah tak perlu digembar-gemburkan sangat pun. Hidup kami pun kerja siang-malam pun untuk dorang jugak, bukan untuk orang lain. Mudah-mudahan segala yang terbaik, segala yang terindah akan menjadi milik dorang. 


Kami macam biasa, tetap menghargai masa ruang dan peluang yang tersedia depan mata untuk tersenyum dan berbahagia apa adanya. Iron ladies with tissue hearts. Wanita yang senantiasa muda dalam hati. 


Famous and favorite birthday cake ever, Chocolate Indulgence by Secret Recipe.


Dulu-dulu mana ada birthday party macam ni dalam hidup kami, tapi ye lah.. Kawan aku ada rezeki lebih untuk meraikan anak sulungnya sedemikian rupa, kami tumpang bahagia dan turut berbangga. 


Yang pasti, kami akan tetap vogue... Oh ya, Happy Belated Birthday, Pia...! Jadi anak yang solehah dan berbakti di dunia dan akhirat untuk ibu dan ayah, jaga adik baik-baik... Sedih pulak auntie Nai tetiba. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Friday, 7 August 2015

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Assalamu'alaikum. Aku terpisat-pisat sekejap bila dengar orang nak jumpa kat Mitsui Outlet, dah di mana gerangankah itu? Ala-ala Johor Premium Outlet katanya, lagilah aku terpana. Oh, ya? Betapa aku tak sempat nak google dan memang tak bersedia nak sambut ketersegaman shopping outlets yang dipanggil Mitsui Outlet Park KLIA Sepang itu! Selama ni aku memang tak berapa gemar konsep premium outlet sebab kalau panas, panas sangat dan kalau sejuk, sejuk sangat, maklum la open space. Tapi Mitsui Outlet Park berkonsep tertutup dalam satu shopping mall yang menempatkan segala macam outlets, berbumbung dan sudah pastinya tak terhalang dek apa jua bentuk cuaca kat luar. Itu jugak bermaksud, lagi bahaya sebab korang akan lebih fokus, khusyuk maksyuk shopping sampai lebam! 


Aku selesai appointment dah dekat pukul 4.45pm, jadi tak de la banyak masa nak tawaf dan survey banyak outlet. Aku macam biasa gi cari kedai kopi dulu, carik nyawa sebab mata petang-petang kalau tak dapat kopi memang carik naya.. Tak pasal-pasal tertidur kat bangku menunggu. Ambik gambar keadaan sekitar pun dah kira nasib baik, sebab adik aku pesan suruh ambik gambar dan share kat whatsapp group. Mana yang sempat je la pun, besar kot nak cover seluruh bangunan! 


Client aku bagitahu, kat sini kalau pandai cari dan datang masa ada sale, memang sangat berbaloi. Kasut bleh dapat bawah RM20, seriously? Tak ingatlah pulak apa nama kedai kasut yang dia sebut semalam, ala korang riki-riki je la nanti, apadehal? Kalau barang-barang Tommy Hilfiger bawah RM50 baru ternganga semua, kan? T-shirt sehelai je la, kot? Hehehe. Aku bukan tau sangat so ampunkanlah daku, ya...


Yang pasti, aku suka dapat secangkir caffe latte yang aku pesan dalam take-away cup bersama scones  yang menjadi pujaan hatiku itu. Kecik je Dome kat situ, takde la gedabak macam tempat lain tapi okay la kan daripada takde. Lagipun orang bukan nak lepak dalam kedai kopi tapi nak jamu mata cuci wallet dan perabis bonus, kan? Sesiapa yang datang jadi peneman pun boleh je duduk melata di bangku-bangku menunggu di sekeliling bangunan. Satu lagi, kat tingkat 1 ada food court yang sangat besar kat sebelah The Loaf. Aku jumpa orang kat food court itulah, dengar cerita dan pinjamkan telinga seperti biasa.


Anyways, lepas dapat hirup tiga teguk kopi panas, aku pelan-pelan jalan ke pintu utama dari hujung kawasan. Sempat la masuk sekali lalu dalam Zalora outlet, perghh... Kalau la aku punya banyak waktu, memang dahsyat la duk situ! Ada koleksi Jovian kaler pink yang dah menambat hatiku, cinta pandang pertama gitu. Belek-belek pun tak sempat, apatah lagi nak carik tanda harga. Bagus jugak, bukan ada duit nak beli pun... Macam-macam benda datang sejak sebelum raya, masa raya dan selepas raya, semua perlukan duit yang bukan sedikit. Kerja sendiri macam aku ni biasa la, ada musim dan ada kitaran. Tinggal lagi, perlu kentalkan jiwa dan perkasakan semangat, berputus asa tak boleh langsung. 


Ikut mana pun, kena jugak check in Mitsui Outlet Park bila sampai waktunya nanti. Mungkin boleh bawak adik jalan-jalan cari hantaran, tengoklah macamana. Sementara itu, meh aku melanja selfie lagi, meh. Hehehe. 


Terima kasih sudi baca sampai habis. Kalau korang duk dekat-dekat situ, pergilah jenguk outlet ni, sekurang-kurangnya boleh keluarkan peluh jalan banyak kedai. Nak ambik gambar pun banyak view yang menarik, takde siapa nak larang. Ok lah, sampai jumpa! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.






Wednesday, 5 August 2015

WW ~ Sementara Itu...

Label: Wordless Wednesday 
Location: AEON Electrical Department, AU2
Situation: Waiting Game
#latepost #latergram #ramadan #1436H




~ Nai at Tak Pe Je.



Menelah. Meneka. Merapu. Meraban.

Assalamu'alaikum. Kita suka pandai-pandai meneka dalam kesamaran dan akhirnya membuat kesimpulan ikut pengamatan suam-suam kuku. Kalau simpan diam-diam ok jugak, tapi mana best kan kalau tak share dengan at least sorang kawan. Dah la belum tentu betul ke salah, kita beriya yakin dan meyakinkan orang lain tentang benda yang belum pasti. Buta-buta je buat dosa, senang-senang je bagi pahala amalan kita kat orang yang kita umpat tadi. Ye, mengumpat la tu namanya. Silap haribulan, jatuh kepada memfitnah. Lagi power dosa daripada mengumpat, maklum la darjatnya lebih tinggi daripada  membunuh. 


Contoh gambar kat atas ni, sekali imbas memang tengah pegang kepala. Komen standard, sakit kepala lettew kenn? Padahal masa ambik selfie tu, buat timing 3 saat dan tetiba nampak anak tudung berkedut, cepat-cepat nak betulkan tapi tak cukup pantas tangan itu. 


Gambar kedua pulak, hasil dari 'photo boost' yang merekodkan 10 gambar untuk dipilih, ada sekeping dua yang tangan masih di bawah. Maknanya masa belum cuba betulkan anak tudung itu tadi. Begitulah...


Jadi kita jangan terlebih kreatif dan jangan tersalah guna kreativiti yang Allah dah bagi. Bawak-bawak bertenang dan cuba cari ketenangan jiwa, umur pun bukan makin muda kan? Kalau dah rasa tak menahan sangat nak tau dan kepoh beriya, approach je orang tu sendiri dan bertanya dengan sopan. Kot la malam esok tidur jadi lebih lena, kan? Kalau takde bawak apa-apa kesan pun dalam hidup, baik tak payah. Banyak lagi benda lain yang boleh kita buat. 

Sekian, jaga diri hiasi peribadi. Hukum Karma Menanti Kita Semua. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Monday, 3 August 2015

Mee Ayam Singgang Terbang Tunduk

Assalamu'alaikum. Pelik benar bunyi menu kat atas, ya? Memang pun, aku baru 1st time dengar sebab aku baru je rekacipta ikut selera bedal aje (BEJE) sebelum bulan puasa aritu. Sedap sangat-sangat, tak percaya boleh cuba try test. 


Bahan-Bahannya:
1) Mee
2) Isi ayam - dipotong dadu
3) Halia - ukuran sebesar ibu jari, dipotong nipis-nipis;
4) 4 ulas bawang putih - dimayang;
5) 1 biji bawang besar - dipotong dadu;
6) 2 batang serai - dititik;
7) Asam jawa & asam keping - ikut keserasian rasa;
8) 1 biji tomato - dipotong empat;
9) 3 biji cili padi atau 1 biji lada besar; dan
10) 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis.

Mee:
- Boleh guna bihun, mee kuning, spaghetti, kuey teow, apa-apa je la yang ada kat dapur. 
- Aritu semuanya takde kat dapur kecuali maggie, maka aku guna Mee Maggie, ambik mee nya aje dan rebus sekejap.

Cara-Caranya:

- Tumis bawang putih, halia dan serai sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan isi ayam. Kacau sekejap.
- Masukkan asam jawa & asam keping.
- Masukkan air. Bila mendidih masukkan garam gula secukup rasa.
- Dah hampir nak masak, akhir sekali masukkan cili padi atau lada besar dan tomato. 
- Hidangkan. Baca Bismillah, makan dengan sopan. 

Senang, kan? Kalau aku, kena taruk cili potong atau lada jeruk atau apa-apa la janji terkebil-kebil alis mata dek kerana pedas. Barulah da bomb! 

Sekian, kenangku di dalam doamu. Semoga Tuhan Memberkati. Ameen. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.