Nuffnangx

Monday, 21 September 2015

Teki-Teki & Hadiah Misteri

Assalamu'alaikum. So aku menang teka-teki, ada ko baa? Hehehhe. Best sebenarnya perasaan menang ni, semua orang pun akan teruja: kira macam 'living the moment' punya feeling. Tak kisahlah menang teki-teki (je) pun, janji menang. Dah namanya menang, mesti dapat hadiah kan? Haaa... Itulah yang best jadi makin tambah best nya! Dan lebih-lebih lagi kalau hadiah tu kita boleh manfaatkan untuk kegunaan bersama, dapat pahala pulak kat kita dan Kat orang yang bagi. Alhamdulillah... Terima kasih sangat-sangat Elly, aku dah jadikan kain biru bling-bling tu alas meja favorite aku kat rumah. Dekat dengan beskal statik kaler merah aku. Dekat dengan hati ini pastinya.


Si Elly ni memang suka buat teka-teki, pasal bunga la, buah-buahan la, ulam-ulaman la, kira macam flora & fauna punya kategori. Aku bukan reti meneka-neki ni semua, tapi kalau sempat singgah blog dia dan kebetulan ringan jari, aku jawab la. Betul ke idok ada aku kesah? Heheheh. Yang penting, memeriahkan majlis kawan-kawan.. Kan?


Ha'ah, itu la teki-teki dan jawapannya. Handbag yang sangat ohsem lagi vintage itu adalah hantaran tunang dia zaman muda remaja dulu. Sekarang remaja jugak, tapi agak purba gitu. Hehehe. Dah 39 tahun kita Elly oi...! 


Hadiah misteri tu Elly letak dalam kotak ni la, dia kurierkan lagi dari Bangi. Mau aku tak hargai? Bila aku tanya kain tu sebenarnya apa, dia pun tak tahu jawabnya. Boleh? Adoi takpe la Elly, aku dah manfaatkannya sebaik-baik mungkin. Semoga kau bertambah happy dan sukses dalam bisnes dan dalam hidup. Luangkan masa tu sket, meh ngopi dan ambik shot glasses HRC dari Seol. Terima kasih sekali lagi!

~ Nai at Tak Pe Je. 








Friday, 18 September 2015

Jeans Mode: ON

Assalamu'alaikum. Bila hari Rabu public holiday, hari Khamis terbawak-bawak imej santai macam duk kat rumah jugak. Tinggal lagi aku recycled tudung putih yang aku pakai sekejap pagi Selasa separuh masa pertama sebelum tengahari menjengah. Baju pulak aku sengaja carik yang matching dengan tudung putih dan jeans lusuh kaler hitam. Siap berkasut sport bagai, maklum la terasa begitu muda remaja tetiba. 

Hari ni aku banyak habiskan masa mengejar sesiapa yang patut dikejar sama ada budak kat ofis ataupun orang kat luar sana, bagi memastikan apa yang masih tertangguh diselesaikan sebelum cuti Hari Raya Haji bermula. Dari pagi itu la keja aku, sampai makan tengahari pun dekat kul 3 petang. Kemudian sambung balik keja sampailah Maghrib, siapa kata jadi boss senang? Orang nampak yang senang aje, yang payah sendirian berhad la kan. 

Malamnya aku gi hantar Junior mengaji dan lepak minum kopi kat Starbucks sambil sambung keja. Bukan tak boleh minum kopi dan buat keja kat rumah, tapi tekanan tu berganda-ganda kadangkala dalam kawasan rumah. Hal-hal domestik yang itu ini begitu begini ada masanya terlampau remeh, bersimpang-siur dan mencabar tahap kesabaran, lebih-lebih lagi pada waktu kecederaan macam sekarang. Aku perlukan masa bersendirian, senang cerita. Maka, aku lepak kat Starbucks sampailah budak-budak tu tutup lampu. 


Selesai tak keja aku? Alhamdulillah... Sempatlah email kat ejen tanah invoice dan quotation sekeping dua tiga keping. Dapatkan update dan progres yang nampak cerah peluang dan kebarangkalian. Insya Allah berkat usaha dan kesabaran bersama, akan tiba musim menuai hendaknya. Ameeen!


Lengang dah kedai, nasib baik aku tak letak kaki atas meja. Hehehe. Masih boleh mengawal selia keinginan, jangan bimbang kawan-kawan! Mak pandai ajar, gila ke apa? 

Hari Malaysia 16hb September aku seharian suntuk berehat. Nak keluar takde maknanya pun, berjerebu tahap gaban punya. Duduk dalam aircond sampai beku kuku kaki, siap pakai jeans dari pagi sampai sudah. Itu jeans lain, kaler coklat.. Nampak lebih kurang sama, kan? Ye la dah dua-dua pun lusuh. Jeans ni kan makin lusuh makin sejuk dan selesa dipakai. Begitu...


Esok ada majlis ilmu dan makan-makan pulak dengan kawan-kawan secara berjema'ah. Dapat mesej kat telegram tanya aku nak pakai jeans ke? Hurmm.. Tengoklah dulu esok mood apa pulak yang timbul, bukan boleh predict pun. Beriya sediakan baju segala dari malam pun belum tentu bangun pagi terasa nak pakai baju tu. 

Jumpa esok la ya, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Thursday, 17 September 2015

Self-Help. Kita Boleh!

Assalamu'alaikum. Hidup biar benar-benar hidup selagi kita belum mati. Jom kita tempuhi hari-hari sukar mahupun senang bersama-sama, tak kisahlah kita tak pernah kenal selain dari bahasa-bahasa bisu dalam blog picisan ini. Jom!


Doakan yang baik-baik saja antara kita...

~ Nai at Tak Pe Je.



Tuesday, 15 September 2015

Mulakan Hari Dengan Membuat Pilihan

Assalamu'alaikum. Pagi-pagi bangun tidur, kita dah ada pilihan nak kena buat, sedar dengan tak sedar je. Tak kisahlah pukul berapa pun kita bangun, tapi pilihan tu tetap kena buat. Apa dia pilihannya, korang mesti tanya. Jawapannya senang je, Kopilih aku ataupun dia. Hehehe. Acah je.

Pilihan yang kita kena buat mula-mula sekali bila bangun tidur adalah macamana nak mulakan hari: Nak mulakan dengan aura positif ke aura negatif? Contoh, kita penat sangat-sangat nak bukak mata pun tak larat sebenarnya, apatah lagi nak senyum gumbira bagai. Kita tak perasan betapa riak muka kita dah kelat semacam, jadi try selfie sekali satu round. Saksikanlah sendiri gambaran apakah yang kita akan bagi kat orang sebentar nanti.


Gambar atas tu senyum dengan tak senyum sama banyak aje. Tapi gambar kat bawah ni langsung tak senyum. Bezanya langit dengan bumi kot... Senyum sikit dengan kelat terus bukan ke 360 degree dia punya swing, kan? Kita pilih la nak keluar rumah guna ekspresi yang mana. Kesannya kepada keseluruhan hari sudah pasti akan berbeza sejauh langit dengan bumi jugak. Tak caya, try la buat. Hari ni buat yang senyum sikit, esok buat yang kelat terus. Lepas tu, buatlah perbandingan sendiri.


Aku selalu percaya bahawa hidup ini sudah cukup banyak penderitaan untuk kita tambahkan lagi dengan permulaan hari yang buruk. Kita mungkin tak menderita, ya Alhamdulillah.. Tapi orang lain belum tentu bahagia. Kalau hidup kita tak best, janganlah khianat sangat nak bagi orang lain rasa makin tak best dengan hidup depa. Jadi kalaulah kita boleh sedekahkan senyuman kat orang dan dalam tak sedar ringankan rasa kesusahan depa, apa salahnya. Bukan susah pun. Free je kan?

Jadi, pilihlah untuk mulakan hari dengan senyuman walaupun hati sepahit teh herba manjakani. Mulakannya dari rumah. Sapalah pasangan kita dengan senyuman, iringilah pemergiannya ke tempat kerja dengan aura positif yang terbias dari senyuman tadi. Jangan sampai terpahat di ingatannya adalah muka kelat kita, buruk padahnya untuk hubungan jangka masa panjang. Dah pulak kalau macam tu pesennya hari-hari, darablah dengan 10 tahun perkahwinan. Masak...! 

Begitulah. Anda mampu mengubahnya. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Saturday, 12 September 2015

Susunatur Handbag: Edisi Oroton Rambu-Ramba

Assalamu'alaikum. Organisation freak? Obsessive Compulsive Disorder (OCD)? Bukan sebenarnya, itu adalah pilihan hidup kita, at least pada pendapat aku la. Sesetengah orang rasa pilihan macam tu menyusahkan, tapi bagi aku tidak. Macam aku selalu kata, kita semua sama cuma pilihan kita mungkin berbeza. Kajian kes: Cara Menyusun Atur Barang-Barang Dalam Handbag. Kali ni, aku guna Sling Bag Oroton yang berambu ramba, dah lama aku kelek ke hulu ke hilir dan berjasa kepadaku sampai sekarang. Meh kita jenguk apa ke menda mak nenek aku letak kat dalam. Benda-benda yang memang wajib ada kat dalam handbag masa pergi kerja, of course. Tukar la handbag mana pun, mak nenek ni semua kena ada. Wajib dengung hukumnya. 


Nak mengelakkan daripada berterabur dan demi memastikan keselamatan tahap paling menyamankan akal, maka aku guna organiser dan DIY taruk extension sana sini. Paku sana paku sini, janji aku rasa selamat dan dah minimum kan risiko kehilangan akibat manusia panjang tangan. Sejadah tu tak bleh la nak dipaku, maka ia tenang dan damai je tanpa ikatan. Payung pun sama, aku tak ikat. Lagi satu yang tak diikat adalah bekas spek hitam. Itu yang aku simpan dalam organiser berzip. Purse pun dalam tempat yang sama jugak tapi tetap diikat. 


Kemudian aku susun je la kesemua benda tu kat dalam handbag, biar kemas dan teratur. Takde susah pun, sistem bila dah elok kita tinggal ikut dan selia je. Ada orang yang aku sayang pernah cakap, sistem ni ibarat rutin. Teratur dan perlu dikemaskini. Tak kisahlah masa tu dia tengah cakap pasal sistem lain, yang penting sifirnya tetap sama. Aku nampak kesinambungannya dengan cara aku approach sistem susun atur barang, dalam konteks ni: dalam handbag. 


Tu amenda pulak yang kaler purple tu, korang mungkin tanya. Kalau perasan la, kan...


Haa... Itu adalah purse yang aku letak kesemua kad ahli yang tak selalu diguna pakai tapi berguna bila nak dipakai. Contoh, "Akak ada Member Card tak?", tanya cashier kat MPH masa nak bayar buku komik Junior. "Ada, tapi tak bawak." Memang best sangat perasaan setiapkali senario itu terjadi. Ha'ah, Member Card memang direkacipta untuk ditinggalkan kat rumah. Begitu...



Sediakan payung sebelum hujan la sangat kan? Memang betul, payung memang dah selalu sangat disediakan sebelum hujan cuma bila hujan turun payung takde di kawasan yang boleh dikesan oleh radar. Sama je konsepnya dengan Member Card itu tadi. Jadi, apa pelan dan tindakan kita? Takde apa-apa pun. Tak Pe Je. Tapi bagi aku, tak boleh. Aku tak nak macam tu. Tinggal lagi, itu pilihan aku. Maka akulah yang kena selia. Susah dulu takpe, biar senang kemudian.


Dah tutup pintu, semua nampak kemas. Tadi masa bongkar, berselirat dawai sini sana. Tapi dawai tu semua ada fungsi dan faedah yang tersendiri, diselia dan ditadbir dengan rapi. Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita. 


Anda mampu mengubahnya. 

~ Nai at Tak Pe Je.



Friday, 11 September 2015

Juma'at Nan Berjerebu

Assalamu'alaikum. Juma'ah Barakah kawan-kawan semua.. Apa khabar hari ni? Teruk betul jerebu kat KL, pedih mata hidung segala bila keluar rumah. Bawak kereta pun sebelah tangan pegang stereng, sebelah lagi pegang napkin tutup hidung. Banyak-banyak minum air, tau korang.. Jangan sampai batuk. Musim macam ni kalau dah batuk, bercinta nak baik nanti! 


Aku bawak kereta masuk spa hari ni, kasi treatment belaian manja tarik bau segala sementara jumpa orang bincang bisnes juta-juta lemon kekdahnya. (Sila baca dengan nada paling berlagak yang termampu dek minda). Hahahah. Biasalah korang, keja macam aku ni tadah je telinga orang nak cerita apa pun. Bercakap bila perlu, menjawab apa ditanya. Selebihnya, pasang telinga. 


Oh, ya.. Pakaian hari ni pelik sikit. Baju kurung modern tapi dijodohkan dengan seluar panjang putih, kasut sport macam nak gi jogging, beg galas macam nak gi mengembara. Tema apa pun tak tau la, merapu tahap gaban. Santai aje, janji sopan dan tak mengganggu lalu-lintas.


Awal pulak update blog kali ni, alang-alang lepak surau tunggu solat Asar kekdahnya, baik buat keja berfaedah seperti berborak dengan korang semua melalui bahasa bisu ini. 


Terima kasih sudi baca, sampai jumpa... Jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Thursday, 10 September 2015

Jauh Di Sudut Hati

Hidup memang penuh dengan dugaan. Kadang-kadang datangnya bertimpa-timpa, rasa macam tak mampu nak tanggung. Dah tu nak buat apa? Kena jugak tanggung, betul tak? Kita kan ada Tuhan, cari bantuan Dia mula-mula sekali, bukan akhir sekali. Kita pulak terbalik, dah habis cari manusia dan benda hidup kat dunia ni duk mintak bantuan, dah takde jalan lain baru nak ingat kat Tuhan. Dah kenapa? Sebab kita ni manusia, memang dijadikan dengan sifat pelupa. Padahal hati kita selalu rindu akan penciptanya. Makin jauh kita lari, makin tak keruan jadinya. Makin banyak kita isi hati dengan selain penciptanya, makin sarat penderitaan yang dirasa. Maka kita akan makin jauh dan menjauh dari landasan utama. Kita sesat dalam terang. Kita bungkam dalam kelam. Pejamkan mata seketika. Menangislah semahunya. Meraung jika perlu. Kemudian, jujurlah sekali dengan hati. Kembalilah kepada Tuhan yang sangat-sangat dirinduinya. Tak ada istilah terlambat bagi Tuhan. Dia selalu lembut dengan kita, selalu dekat dengan kita. Kita je tak sedar, tak tau dan tak mau ambik tau. Manusia makin dimintak makin menjauh tapi Tuhan makin dimintak makin mendekat dengan kita. 


Kita banyak berdosa dan malu nak kembali kepada-Nya, oh betapa kita tak tau apa yang kita dah salah! Itu sifat kita, pendendam dan suka menghukum. Tuhan sifatnya Pemurah, Pengampun, Penyayang dan Pengasihani. Dah la tu buruk sangka pada Tuhan, tolong fikir bagi pihak Tuhan. Bukan kerja kita semua tu. Kita cuma perlu jujur pada hati dan kembali kepada fitrah. Berserah bulat-bulat kepada Allah. Kita datang dari mana kalau bukan dari Allah dan kembali ke mana kalau bukan kepada-Nya? Sampai bila nak berbohong pada hati sendiri? Hidup bukan menongkat langit. Sudah-sudahlah tu, carilah damai di hati. Maaf dipinta dan diberi. Ketenangan pasti akan dimiliki.

Hakikatnya, kita semua sama. Jalan yang kita pilih je berbeza. Nak menyombong pun tak guna, percuma je. Jom, kita sama-sama cuba berubah kepada kebaikan. Buruk betul bergaduh lama-lama. Bergaduh sorang-sorang apatah lagi, buang masa dan tenaga je. Baik kita jumpa kat dunia selesaikan apa yang patut. Esok tak payah susah-susah carik kat Padang Mahsyar nak betulkan apa yang salah, kan dah menambahkan azab masing-masing? 

~ Nai at Tak Pe Je.


Wednesday, 9 September 2015

11 Tahun Nan Ranum, Selamat Hari Jadi Cinta...

Assalamu'alaikum. 9hb September datang lagi, mewarnai hidup kami. Alhamdulillah Junior dah jadi anak teruna yang baik budi pekerti setakat ini, mudah-mudahan berkekalan hendaknya. Ditanya wishlist 3 teratas, katanya Juara Impian adalah sebuah PC, kedua selepasnya nak ganti senapang Nurf yang rosak bulan lepas. Sebab sayangkan dia, kami tak beli PC, kami explain bebaik tak nak bagi dia makin hanyut dengan dunia gaming dan internet lebih daripada keadaan yang memang tersedia gawat. Cukup dulu dengan segala bagai gadgets yang melingkungi hidupnya. Biarlah orang rasa hairan, tapi memang dia tak pernah dapat PC sejak dulu hingga kini. Anak yang baik, dia boleh terima dan tetap happy masa pergi beli Nurf tengahari tadi. Makan pun ikut apa yang dia pilih, Nasi Arab di Sri Petaling. Minuman sudah pastilah Watermelon Juice, kalau tak bukan Junior namanya.


Kek hari ni dia jugak yang pilih, aku tuliskan apa yang nak diletakkan atas kek tapi budak Secret Recipe yang blur itu tersilap eja nama dia tapi takpe la, kecik punya hal. Chocolate Indulgence yang menjadi pujaan banyak orang, termasuklah mak aku petang tadi teramatlah laku dan dinikmati tamu cilik sepantas kilat. Terkejut kejap aku, biasanya budak-budak kat taman ni tak heran sangat dekat kek. Tak kena kek rupanya sebelum ni. Masa pergi jenguk Secret Recipe kat Wangsa Walk tadi sempat jugak Junior mintak beli DVD anime baru, cuma kali ni mahal lebih daripada biasa sebab dia ambik yang complete series. Ok la kan, namapun Birthday Boy, bukannya selalu.


Belon-belon tu Junior yang tiup dan ikat sendiri, seronok dia dapat agih-agihkan kat kawan-kawan lepas majlis tadi. Simple je kami buat, ada kek dan air sirap dengan nasi kukus yang kawan aku hantar dari Subang Jaya. Takde menda lain dah selain daripada tu, percaya tak? Hehehhe. Aku nak suruh budak-budak ni belajar makan ringkas, sesuai dengan kejatuhan Ringgit yang amat parah sekarang ni. 


Ada yang rembat dua bungkus, jangan tak tau! Junior siap sambung makan lagi lepas mengaji malam tadi, dua bungkus jugak la untuk dia. Seronok bila apa yang disediakan walaupun ringkas, mendapat sambutan yang hangat daripada target group.


Meriah apa adanya, Alhamdulillah. Lepas ni dah tau nak budget berapa bungkus nasi, kalau nak buat jamuan nasi bungkus lagi la kekdahnya. Hehhehe. Sungguh tak kreatif. Ni anak-anak dara yang makin tau erti tersenyum simpul kat bawah ni, tak lama lagi jadi mengancam sanubari ni... Manis!


Oh, sempatlah kami bergambar sebelum tauke nasi kukus pergi Chow Kit beli daun pisang. Nampak bekas biru yang aku pegang tu? Haa.. Itu adalah alasan untuk kami berjumpa lagi dalam waktu terdekat ni. Hehehhe. Kan dia kena pulangkan bekas tu berbalas pantun? Begitu... 


Selamat sudah sambutan Majlis Hari Jadi untuk Junior tahun ni. Berbaloi-baloi dia pilih kek sendiri, pergi naik basikal jemput sendiri kawan-kawan, tiup belon sendiri bagai, kebahagiaan yang dikongsi dan diperolehi adalah sungguh ohsem dan mengharukan. Alhamdulillah. Dah besar anak mummy, tahun depan dah nak ambik UPSR kot! 

Tu je la cerita kali ni, terima kasih sudi baca sampai habis. Jaga diri hiasi peribadi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.








WW ~ Gaya Bertandang Majlis Tak Rasmi

Tak mau overdressed kenn...


~ Nai at Tak Pe Je.



Tuesday, 8 September 2015

Isnin, Gerimis dan UPSR

Assalamu'alaikum. Hari ni Junior start cuti 3 hari sempena budak-budak Darjah 6 nak ambik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mesti mak bapak dah tak lena tidur, bak kata sorang kenalan, parents lagi saspen daripada calon exam. Biasa la tu... Sampai giliran aku nanti baru tau langit tinggi ke rendah. Hari ni boleh la aku relax sebab Junior baru Darjah 5. 


Aku bawak dia ikut pergi ofis hari ni, siapkan homework BM yang belum habis dari malam semalam. Dia ambik alih tempat aku macam biasa, sebab bleh guna PC, sekali harung pinjam blazer hitam spare kat kerusi. Badan cekeding memang takkan tahan duduk dalam bilik air-cond. Masa meeting pun aku biarkan dia duduk kat meja, kebetulan pulak client aku tu jenis lepak dan dah jadi kawan-kawan je pun sekarang. Dia kekal kat kerusi dan meja, aku ambik tempat atas sofa dari awal sampai ke akhir rancangan. Dah siapa lagi nak ambik alih tempat tu besok pun, kan? Balik rumah tadi hujan rintik-rintik mengiringi itik pulang petang. Budak bertuah tu tak mandi pun terus salin baju tidur. Sejuk ler tu.


Untuk anak-anak harapan nusa bangsa yang akan menduduki UPSR besok, selamat maju jaya dan buatlah yang terbaik kasi meletop punya! Insya Allah berkat usaha dan doa semua orang, kejayaan akan menjadi milik kalian. 


Usaha. Doa. Tawakkal. Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin. 

~ Nai at Tak Pe Je. 


Monday, 7 September 2015

Blue Wave In Phuket, August 2015 (Team Biru Cik Kiyah)

Assalamu'alaikum. Awal tahun aritu MAS ada buat tiket promo ke Phuket, rapat baring punya diskaun. Hasil undian kat firm kecik kami, masing-masing bersetuju nak adakan family trip ke Phuket. Pasangan masing-masing ada gak la kena keluarkan belanja apa yang patut, nak tanggung 200% nan hado boss depa kot...! Beberapa bulan kemudian, tibalah saat keberangkatan yang gemilang itu. Rombongan Cik Kiyah pun bergeraklah ke Phuket bersama-sama, kebanyakan daripada kami memandu secara car pool dari rumah masing-masing dan memarkir kereta di Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya Sentral. Tempat parking kereta kat situ ada dua, satu yang berbayar dan satu lagi tak berbayar. Bezanya jalan jauh je sket. Berapa bayarannya aku tak berapa pasti, tak silapnya dalam RM3 sehari. Dari situ kami pakat beli return ticket ke KLIA dan sesiapa yang ada kad Touch N Go lagi senang tak payah beli tiket, cuma pastikan baki kredit mencukupi untuk memboloskan diri ke stesen berikutnya. Tiket sehala adalah RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Baby tak kena pun, FOC sahaja. 


Flight kami petang kat KLIA berlepas ikut jadual dan tiba kat Phuket pun sama jugak, ikut jadual. Alhamdulillah. Selesai pemeriksaan imegresen dan angkut bagasi segala, bergerombolan la kami naik dua van yang dah menanti seperti dijanji. Jauh jugak nak sampai ke daerah Patong dari airport, jalan pun boleh tahan sesak nak masuk bandar. Sebelum check in hotel, kami singgah makan kat Restoran Kusuma, cawangan baru bukak dekat bebenor dengan hotel yang kami duduk. HQ nya ada kat Pantai Patong, deretan gerai makan yang korang nampak paling banyak orang Malaya bertudung bawal, Ariani, Fareeda segala bagai itulah Gerai Kusuma. Halal 100%. Makan kat situ boleh lah, semua pun takde nak merungut janji kenyang. Siap order nasi goreng untuk breakfast keesokan harinya, mintak hantar ke hotel. 


Hari pertama yang indah, dah selesai makan nasi goreng kami tunggu van datang ambik nak gi Island Cruising, pakej halal jugak pastinya: yang siap ada makan-minum atas bot. Phuket yang dalam ingatan aku jauh lebih cantik sebab kali ni musim kemarau dan cuaca teruk berjerebu. Terkilan sikit rasa jauh di sudut hati tapi takpe la, bagi yang pertama kali pergi tetap takkan terasa apa-apa perbezaan. 


Kehijauan airnya pasti menggamit korang untuk ulang mengunjungi...


Anak aku dah makin berani macam Daddy dia, baguslah tak penakut macam aku. Selamba badak je terjun dan buat katil sendiri dalam laut. Eiii.. Aku tengok gambar pun ngeri! Athiyya terkelip-kelip dari atas bot tengok Abang dia terapung penuh yakin. 


Aku rasa budak-budak zaman sekarang terlebih dos berani mati. Tengoklah budak tecik sorang tu, siap nak berendam dalam air sepanjang waktu kayak bergerak. 


Itu bukan mangsa banjir, ya kawan-kawan! 


Ni sebelum dia turun berendam. Tidur dulu kumpul tenaga.


Anak sedara aku pun tidur jugak, penat berlari dalam bot. 


Mak tersengih je sepanjang masa, Alhamdulillah.. Berbaloi-baloi dia rehat tak pergi ke mana lepas raya semata-mata nak kumpul tenaga bercuti kat Phuket. 


Eh, penat la nak cerita dah. Tengok gambar je la, meh! Buat je dialog sendiri kalau rajin. 


Jenuh jugak bergambar kat James Bond Island. Tak berapa clear sebab kan bagitau tadi cuaca berjerebu.. 


Daripada bersesak dan berpanas kat depan landmark James Bond Island tu, baik kita bergambar kat tempat teduh pulak. Hurmm... Aku memang selalu dengan bam bam Athiyya pun, sehati sejiwa la katakan..


Mak yang bahagia dengan cucu perempuan sulungnya... Ada iras, kan?


Sesungguhnya kali ni aku tak banyak gambar selfie ataupun solo. Yang pasti, abang kayak ni nampak familiar. Tak silapnya tiga tahun lepas dia jugak yang bawak kami bertiga naik kayak. 


Daripada 3 kali aktiviti berkayak kali ni, aku turun sekali je. Badan tak berapa selesa, seram sejuk dan penat sangat-sangat. Selebihnya, duk melayan anak sedara atas bot dan borak dengan mak. Junior macam biasa ada Daddy dia nak jadi pengiring. Dua-dua pun ulat air. Shot ni aku ambik dengan kamera henfon je, tapi aku bangga sebab pada pandangan aku nampak lawa gila. Hehehhe.


Kat bawah ni pulak gambar bibik kat Hutan Paya Bakau, dengan suasana yang jauh betul berbeza sebab dah jadi kawasan berpasir. Kami masuk ke situ menyusuri gua yang gelap gelita dengan diketuai abang-abang sado yang bawak kayak, menyuluhi perjalanan dengan lampu suluh. Memang adventurous habis la kan, kena hati-hati kepala kena tunduk bila disuruh tunduk, karang terhantuk batu-batan gua yang tajam kat atas. Dah elok-elok jalan becak ala-ala lepas hujan tetiba ada tempat air dalam ke paras paha/pinggang tengok ketinggian masing-masing la kan. Masa tu la nak menguji tahap kepercayaan kita kat pasangan masing-masing sebenarnya, korang. Sebab kalau kita tak yakin dia boleh jaga kita, jenuh meroyan sengsorang tetiba gi pegang abang kayak pulak haaa... Haru, weh! Dan yang paling penting, sila jangan jadi terlampau paranoid dan terlebih kreatif ataupun imaginatif duk pikir bukan-bukan style jalan cerita seram pulak dalam gua tu! Aku pesan je, sebab ye la tempat-tempat gitu memang tak lembut kan namanya pun gua. Keras. Celupar tahap mana pun mulut kat luar, masuk dalam sila bersopan santun terus jadi bisu pun takpe kenn? 


Tempat yang sama, Hutan Paya Bakau tiga tahun lepas semasa bukan musim kemarau dipenuhi air. Nak masuk ke situ kami melalui gua yang sama, cuma dengan menaiki kayak. Sampai kawasan-kawasan yang dekat dengan batu-batan yang terjang dan tajam, kami kena pakat baring atas kayak. Kira ok la, dapat merasa dua pengalaman berbeza kat situ kan? 


Ikutkan banyak lagi gambar dan cerita nak dikongsi tapi melampau dah panjangnya entry kali ni. Ambik masa lebih dua hari nak siap, sebab aku masih tak berapa sihat dan terlebih Vitamin Malas. 

Ok la, terima kasih banyak sudi baca sampai habis. Kagum aku kalau korang berjaya baca semua tanpa skip dan scroll down tengok gambo je. Jaga diri hiasi peribadi dan sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.