Nuffnangx

Wednesday, 24 February 2016

WW ~ Dayang-Dayang Dulang

#kipidap #dongibap


~ Nai at Tak Pe Je.

Sunday, 21 February 2016

Wanita Berselubung Sarung

Assalamu'alaikum. Kalau korang tak suka tudung dan baju berbau dapur, kita gang. Pantang betul kalau dah lawa-lawa bersiap wangi segala, sekali diselimuti aroma dapur. Kira potong mood gitu. Minggu ni aku baru tergerak nak ambik batik sarung dan berselubung dengannya supaya masalah yang sama tak melanda diri ini.


Hari ni bibik tanya la apasal aku duk bersibai dengan kain batik segala. Bila dia tau sebabnya, mengilai pecah ketawanya. Aku senyum aje, dah bagi dia satu hiburan aku tumpang happy. Yang penting, perfume aku tak tenggelam dek bau yang tak menyenangkan. 

At least bergerak jugak kain batik dari lipatan, takde la memenuhi bangku simpanan je kebanyakan masa. Mudah-mudahan pindah rumah baru nanti dah takde masalah pengudaraan, jadi tak payah la berselubung dengan sarung lagi. 

Ok lah, terima kasih sudi baca. Selamat bekerja semula esok hari. Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Saturday, 20 February 2016

After A While. Back In The Network.

Assalamu'alaikum. It's been a while, yes.. Bagaikan sirih pulang ke gagang, aku kembali menghadiri majlis networking. Pilot project 2016 group peguam syarie perempuan semalam dimulakan dengan Majlis Ilmu tentang TPPA, memberi input dan informasi supaya kami lebih memahami apa sebenarnya Perjanjian Kontroversi tu, adakah seperti limau Mandarin ataupun mempelam Harum Manis. 


All ladies means all prettily dressed too. Ahaks. Aku rasa macam open house raya pulak, seronok dapat berkumpul macam tu. Bertempat di tingkat atas Tim's Teapot Terrace Cafe, Taman Melawati, dekorasi yang sangat cozy memang membuatkan kami semua selesa dan kurang panas walaupun mengadap isu panas panas panas luar biasa. 


Takde la aku nak borak pasal isu panas tu lebih-lebih, kan, saje la nak update blog dalam masa yang sama. 


Bahagian atas Tim's Teapot Terrace Cafe ni ada kedai langsir, dimiliki oleh tauke yang sama. Memang meletup koleksi yang depa ada, duit je tak berapa nak ada. Tapi melihat itu kan percuma, jadi apalah salahnya kan?


Bergambar sudah semestinya!


Aku berkenan sangat decorative cords yang dijual, tapi maklum lah barang baik.. dari USA pulak tu, maka tak terjangkau dek bajet yang sungguh sendat buat masa ni. Bukan nak guna untuk pengikat langsir tau, tapi nak letak kat sekeliling sofa yang aku DIY tukar sarung aritu.. Tak sempat2 lagi carik.


Aku tau sebenarnya hati aku meronta-ronta mintak pejam je mata dan beli. Tapi serius bajet aku tak mengizinkan. Masa breakfast kul 9am tadi aku luahkan menda yang sama kat bonda. Dia sokong keputusan aku, katanya biarlah dulu.. Tak ke mana tali tu pun. Sofa tu tetap boleh duduk takde menda alah tu. Hai.. Realiti memang selalunya tak seindah mimpi. Sabar, Nai.. Sikit je lagi.

Orait. Nak siap-siap gi selesaikan apa yang patut pulak. Terima kasih sudi baca. Jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.







Wednesday, 17 February 2016

Monday, 15 February 2016

A Wedding To Remember

Assalamu'alaikum. Semalam Valentine's Day kan? Aku masa zaman remaja dulu sambut jugak, biasalah baru nak naik. Dah banyak tahun 14hb Februari bagi aku hanyalah harijadi adik lelaki aku si Apih. Masa tetapkan tarikh nikah dia tahun lepas, dia mintak 13hb Feb tapi ayah mertua dia nak keesokannya, sebab hari Ahad lebih mudah keluarga nak datang katanya. Maka semalam kami semua seawal jam 8 pagi sudah berkonvoi ke Masjid Putra, Bandar Baru Nilai, lokasi majlis akad nikah dan kenduri. 


Lama betul Pak Imam berceramah sebelum menyerahkan majlis kepada wali mujbir pengantin perempuan. Apih kata kalau dengan Pak Imam dia berdebar nak berakad tapi kalau dengan ayah mertuanya dia takde hal. Pelik tapi benar, may be sebab Apih memang dari kecik sangat rapat dengan arwah ayah kami. Jadi dia relax je dengan father figure, aku rasa je la kan. Depa praktis dulu sekali dan dengan sekali lafaz, sahlah Apih bergelar seorang suami.


Lamanya dua pasangan ni berjuang untuk sampai ke sini, kami semua sangat-sangat bersyukur semuanya dah selamat. Alhamdulillah. 


Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. 


Sama kasih sama sayang, setia bersama susah dan senang.


Masa tengok adik ipar aku, rasa berbaloi-baloi sangat aku tempah baju kurung dan veil dia kat Bandung. Usaha la aku hantar baju contoh kat Dadang Tailor, budak muda yang aku jumpa masa bawak family pergi bercuti tahun lepas. Memang lawa jahitannya. Alhamdulillah... 


Kami takde tema pun sekeluarga, tapi kebetulan majoriti pakai baju warna belacan/pink. Aku ni mujur dah muat baju kurung, boleh la ambik yang sesuai nak bawak masuk majlis. Ida paling vogue, macam nak pergi ambik Anugerah Skrin kata adik lelaki aku si Salami. Takpe la, asal dia bahagia. Anak aku pulak baju Melayu yang sama tema dah senteng, nasib baik ada sepasang lagi yang masih muat. Biru pun birulah, boleh kawan dengan Ida. Lagipun, persalinan pengantin masa bersanding warna biru, kira ok la tu.


The Valentine's Couple: Apih & Yana. Air laut biru, I love you! 


Makan beradab kali ni aku dgn mak je, cik abang nak teman ayah dia yang segan nak join. Aku temankan mak, dia temankan ayah. Hurmm... Air sirap tu sangat ohsem okay! Rasa macam kenduri kat kampung yang aku tak pernah lupa kesedapan sirapnya. Sekarang ni pun susah nak jumpa sirap sedap kat majlis kenduri di kampung, tau! Catering ni dari Kelang sinun, jenuh ke Nilai. Cik abang aku dah terjatuh suka dan berkenan nak gunakan service depa.  Tengok la macamana nanti.


Akad nikah awal pagi kat Dewan Masjid Putra, bersanding jam 12 tengahari. Sementara nak menunggu acara seterusnya, apa lagi nak buat selain daripada lepak dan bergambar sampai lebam?


Baju kurung kain saree yang menjadi penyelamat ni akhirnya sangat berjasa kepada nusa dan bangsa. Hehehe.


Apple pie si Athiyya ni haruslah cute melimpah-limpah, kan? Haishh... Geram la Mak Yong tengok!


Mak baru ada dua orang cucu... Lepas ni mudah-mudahan dapat cucu yang ramai daripada Valentine's Couple. Nak harapkan aku, hurmmm... Banyak disimpan di taman syurga sana menunggu mummy.


Ni pengantin lama berdua, jadi orang belakang kamera dan gubahan hantaran. Alamak, aku belum ambik gambar hantaran dengan dia! Takpe la, next week bila dia datang rumah aku update entry ni.


Pasangan susah senang bersama. Aku tumpang bahagia. 


Apih dah settled down, tinggal Ida dengan adik. Adik-beradik aku semua lambat dapat jodoh, aku je sorang yang agak awal. Jenis berkepit dalam satu molekul punya family. Hehehe.


Ya Allah Ya Tuhan kami, kau permudahkanlah segala urusan kami, kukuhkanlah iman kami, lapangkanlah dada kami, tetapkanlah pendirian kami, berkatilah hidup kami sekeluarga di sini dan di akhirat sana. 


Ameen....

~ Nai at Tak Pe Je.



















Friday, 12 February 2016

Air Laut Biru, I Love You.

Assalamu'alaikum. Salam Juma'at semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Aku tengah tunggu peluh mengayuh basikal statik warna merah pujaan hati benar-benar kering sebelum menyegarkan badan dengan air suam. Jenuh jugak berdekah-dekah ketawa keseorangan lepas tengok video throwback kelas recorder kat instagram @faizdickievp. Ye, aku adalah #villagepeople yang tak sempat-sempat nak sokong brader faiz gi beli buku kat MPH. 

Anyways, aku saje la nak tayang gambar-gambar semalam hari Khamis yang super busy, pagi ke malam. Macam jugak hari ni, lepas subuh aku dah mengayuh basikal merahku dengan slow & steady.. Dapat 45 minit cukuplah, bisik hati kecil ini. Tapi dah terlajak sudah, tengok jam kat handphone dah jam 8.15 pagi. Menggelupur berkejar siap-siap nak ke Jalan Duta, dalam record time 8.40 pagi tayar kereta dah berpusing. Nak hair dryer blow perm bagai memang tak aaar! 


Selesai kat Jalan Duta, aku kena pantau projek ubahsuai rumah kejap dan berkejar masuk ofis macam lipas kudung.  Mekap apa semua dah wiped out diserap terik mentari. Tetiba rasa penat sangat, dah keluar orang yang aku jumpa dari bilik, memang terbaring berangan nak tidur. Tapi angan-angan biasalah, tak seindah realiti, so aku terkocoh-kocoh bangun meneruskan agenda impromptu balik rumah makan. Tak selera weh makan time berkejar-kejaran dengan putaran detik saat dan waktu. 


Petang lepas solat Asar berkejar pulak ke KLCC, tunggu orang yang janji nak jumpa jam 5.30 petang. Haremmmm ke laut time management dia, akhirnya dekat 7.50 petang baru sampai. Sibbaik dia call explain bertalu-talu mohon pengertian dan jasa baik aku tunggu. 

Manusia macam ulat kat KLCC petang semalam, aku tak kuasa nak berjalan-jalan. Menyandar je kat bangku seramik belakang pentas CNY, membelakangi Zara. Sumpah aku terlelap beberapa saat, mengantuk tahap gaban. Bila dia call dah nak naik highway Putrajaya, baru aku bangun pelan-pelan pegi masuk keluar butik Mark & Spencer dan Mango. 

Marathon Khamis tak berhenti di situ, malangnya. Berderau darah aku berlari menuju surau sebab belum solat Maghrib. Bengap betul aku tak pergi solat dulu masa tunggu minah tu, boleh pulak keluar masuk butik lepas terlelap kat bangku. Dan berlari semula kat Chakra Thai di Tingkat 4 Ramlee Mall, jumpa dia yang dah start makan segala lauk-pauk atas meja. 

Panjang cerita kat meja makan, seriously. Yang paling best, aku dipaksa habiskan lauk yang 4,5 jenis untuk berdua. Gila nak habis? Memang tak aaar! Dia bukan apa, tak puas hati aku langsung tak makan apa-apa masa jumpa 1st time kat IOI Mall Puchong minggu lepas. Ye la, masa tu aku belum baik demam.. Mana la ada selera bagai. Aku kalau dah takde selera biasanya makan minggu jugak la, lama aku tau.. Tapi dah jenis aku macam tu.

Lepas makan, aku diminta teman dia untuk tengok-tengok laptop pulak. Layan aje la, memang nak kena turun escalator pun nak balik kan? Dia aku nampak boleh dijadikan kawan, sebab baik dan jujur orangnya. Aku tak pernah ada kawan orang Bidayuh yang baru masuk Islam macam dia, so why not kan? Masa makan tu pun dia duk bagitau pasal niat dia nak tutup aurat secara proper, aku takde tanya apa-apa pun padahal. Rasanya dia tau aku bukan jenis judgmental, rasanya la kan. Dia nak hantar aku balik tapi takpe la, memang dah ada orang standby pun tunggu nak ambik aku. Masa salam nak balik tu aku terjatuh sayang pulak kat dia, haish. Hatiku ini memang penuh kasih dan sayang, masalah betul! 

Berjela-jela dah jadinya entry ni, bukan ada apa-apa pun. Tak kisah la, janji aku update blog. Terima kasih la sudi baca, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Thursday, 11 February 2016

Masa Tak Menunggu Kita

Assalamu'alaikum. Kejap je masa berlalu, sedar tak sedar anak pun dah besar. Aritu belek-belek album lama, mata jatuh kat gambar budak kecik tengah sengih dengan level kecomelan mintak dilempang. Automatik aku tersenyum dan hati diterpa 1001 rasa serentak, kacau kejap jiwa. Macamana la perasaan mak aku setiapkali pandang aku pagi-pagi masa aku salam peluk cium nak pergi kerja? Kadang-kadang dia pandang aku lama-lama, macam tak percaya anak dia dah kertu. Hidup ni memang satu kitaran biologi, perasaan yang sama bertukar ganti dengan watak dan peranan yang berbeza. Kita takkan mungkin pernah sunyi daripada mainan perasaan di dada waktu. Hakikatnya begitu..!


Aku sudah banyak kali tewas dalam perjuangan menambah zuriat. No more tears to shed. Aku dah redha, bukan putus asa, cuma tak nak mengharap. Kesian kat orang sekeliling yang sama-sama mengharap hanya untuk kecewa di hujung jalan. Apa yang tak aku lakukan untuk kekalkan kandungan? Takde, semua dah aku usaha. Tapi kalau dah Allah kata bukan rezeki, sampai bulan ketujuh pun kecundang juga. Jadi siapalah aku untuk melawan takdir dan suratan? 


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cuma tinggal lagi, aku punyai banyak sebab untuk bersyukur pada Tuhan. Alhamdulillah, terus saja fokus dan menghitung rahmat-Nya. Dia Maha Mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi. Aku hanya insan yang tak punya apa, cuma mampu berusaha dan bersandar pada yang jelas kelihatan. Selebihnya, aku berserah...


Sekarang masa untuk kembali menguruskan berat badan, hidup perlu diteruskan. Tahun ni aku dah tekad nak fokus pada apa yang nyata dan pada kerjaya, Insya Allah. Cukuplah aku menangis, dah tak larat dah sungguh! Aku tunggu menantu dan cucu je la, apa lagi nak dikata?


Anak aku pun dah nak sama tinggi dengan mak dia, masa sangat mencemburui kita semua. Aku pun berapa lama sangat nak hidup kat dunia ni kan? Mudah-mudahan dapat terus berjasa kepada insan-insan yang tak pernah jemu menyayangiku. Bagi yang membenci, semoga Allah menenangkan hati kalian sebelum ajal menjemput. Kita tak hidup menongkat langit, ingat tu. 

Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.





Saturday, 6 February 2016

This Girl Has Been Cooking

Assalamu'alaikum. Yes you heard it right, this girl has been cooking quite a bit these days. Aku demam lama betul baru ni, dua minggu back to back. Demam perasaan gitulah, mesti lama lain macam. Sebelum demam tu jenuh la duk pulun masak macam-macam menda kat rumah. Dah jadi macam Western Kitchen lebih kurang rumah aku. 

Dalam banyak-banyak yang aku masak tu, aku paling suka Cream of Mushroom Soup dan garlic bread. Pergh... Memang tersengih-sengih masa makan, macam tak percaya aku buat sendiri. Hehehe. Tak lama lepas tu aku pun demam, tak lalu makan langsung. Terbaring kena heat stroke, nak bangun angkat bumper sendiri pergi klinik pun tak mampu. 


Hari ni aku dah sihat, Alhamdulillah. Selera makan dah ada semula, dan aku turun lepas solat Maghrib masuk dapur, buat waffles. Nampak sket keadaan aku pakai batik sarung dalam gambar, masih dalam wudhu' kekdahnya. Heheheh. Aku panggil orang datang mengurut petang tadi lepas solat Asar. Mandi lambat sket la kan, kasi lama sket gap sebelum sejukkan badan dengan air paip.


Dua kali aku buat waffles malam ni, sebab bila cik abang balik, junior dah habiskan adunan pertama. Senang je buat menda ni, takde hal langsung nak ulang tayang banyak kali pun. Nai takde hal punya! 

Esok mak nak balik Temerloh, junior nak ikut aku tak kasi. Darjah 6 dah kot, masa bulan madu sudah berlalu. Dia paham, aku mintak dia sabar kejap je. Nanti boleh berjimba sampai lebam. 

Ok la kawan-kawan, have a nice weekend ahead! Terima kasih sudi baca, jaga diri & Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.