Nuffnangx

Tuesday, 27 September 2016

Santai Sabtu Bersamamu

Assalamu'alaikum. Ini kisah keluarga nuklear kami bertiga, berhujung minggu bersama-sama. Lama dah takde ruang dan waktu nak pergi berjalan jauh sikit, bercuti apatah lagi. Maklumlah, sejak anak bujang nak exam dan ditambah pulak dengan kegawatan ekonomi, maka bertabahlah, duhai anak! Bagus jugak, sebenarnya.. Biar dia belajar menghargai erti susah-senang mencari rezeki, bukan main petik je dapat serba-serbi.




Anyways, Junior ajak tengok cerita Suicide Squad dan daddy dia bawak pergi KLCC, tayangan jam 12.15 tengahari. Disebabkan blockbuster itu dah hujung-hujung nak habis waktu, TGV guna panggung Beanie, kerusi kacang untuk 2 orang, RM50. Kami bertiga, maka kena beli 4 seats, takde pengecualian, merah kuning hijau kejap muka mummy dengan daddy. Hurmm.. Aku hulur limaplo kat cashier, diikuti cik abang lagi separuh. Dia tak mintak pun, tapi tak sampai hatinya lahai, sama-sama paham la, kan? 




Itu budak bukan main lagi meng'abangkawasan'kan beanie seats itu, untung la...! Bak kata daddy dia, patutnya bawak bibik lagi sorang, baru tak rugi satu seat. Hehehe, dah rezeki dia, takpe la. Kami tak pernah masuk panggung Beanie, so memang tak tau langsung kekdah seating mahupun harganya. Tapi borak-borak berdua kat kerusi kacang itu, sebenarnya bagi kami keselesaan dan privacy yang didapati dengan harga RM50 memang berbaloi-baloi, bahkan jauh lebih murah daripada Gold Class. Ye la beb, tak kata gitu, nak kata macamana lagi, kan?

 

Ok, tentang cerita Suicide Squad pulak, itulah dilema ibu-bapa zaman sekarang. Nak sekat tak bagi tengok kat wayang, depa boleh download tengok kat rumah, ataupun paling tidak, lama-lama nanti ada kat Netflix. Nak ketatkan pengawasan kat rumah, silap-silap depa menyelinap cari kebebasan kat rumah kawan. Sudahnya, dengan kategori Parental Guidance 13, aku seram-sejuk memikirkan masalah dunia dan cabaran membesarkan anak teruna. Ingat senang ke? Cuma, tinggal lagi, cerita tu banyak pengajaran yang boleh kita ambik, dan itulah yang aku cuba perbesarkan depan Junior, tanpa berbunyi macam penceramah bebas.




Bad versus evil, katanya. Kata aku, takde justifikasi atas kejahatan seseorang, itu pasti, tapi dalam masa yang sama, nak jadi baik ataupun jahat itu pilihan kita sendiri. Tak boleh selamanya menyalahkan keadaan, itu cuma alasan. Tinggal lagi, ada manusia yang hatinya lebih busuk daripada iblis dan senang bertopengkan kebaikan, menjadikan orang-orang yang dilabel jahat sebagai kuda tunggangan dan kambing hitam. Dalam keadaan yang memerlukan, pada saat itulah sebenarnya akan terserlah siapa yang baik dan siapa yang jahat. Pun masih lagi sangat subjektif, terpulang dari dimensi mana kita melihat sesuatu, menilai seseorang.

Apa-apa pun, aku dah jatuh tangga kat lagu 'You Don't Own Me' yang sangat ohsem dan penuh inspirasi. 



~ Nai at Tak Pe Je.







Friday, 23 September 2016

Dan Demi Zaman Yang Sentiasa Berubah

Assalamu'alaikum. Lain padang, lain belalang. Lain dulu, lain sekarang. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Apa lagi pepatah, peribahasa ataupun perumpamaan yang korang ingat tentang perubahan keadaan dan perwatakan? Walau apapun, semuanya memang sangat sesuai dan kekal relevan dengan situasi kehidupan, bak kata pepatah lagi, Tak Lekang Dek Panas, Tak Lapuk Dek Hujan. 

Tengok contoh kaedah fesyen kat seluruh dunia ni sudahlah, terutamanya fesyen Muslimah di Malaysia, senang ada pengkhususan kajian tempatan. Kalau dulu, dari tudung sampailah kasut, warna senada seirama, satu set hijau atas sampai bawah. Itulah maksud matching, iaitu sama. Tapi sekarang maksud matching bukan lagi sama, tapi sesuai dijodohkan bersama. Dah pulak ada color blocking, mis-match bukan lagi menjadi satu 'dosa' dalam berfesyen, sekurang-kurangnya bagi orang yang tak berapa kisahkan persepsi orang lain. 

Macam akulah. Takde la dahsyat sangat aktiviti color-blocking aku, setakat pakai tudung hijau dengan dress polka dot kelabu jurr... Bukan apa, penat la nak pakai tudung putih ataupun hitam pada hari-hari yang takde urusan rasmi. Memang la tak matching pun hijau dengan kelabu, tapi dah aku nak pakai tudung kaler hijau dengan dress kaler kelabu, suka hati aku la kan. Tak Pe Je! 


Kejadian itu berlaku pada hari Juma'at, 19hb Ogos 2016, sehari sebelum umur aku genap 4 series. Takde menda pun dah harijadi sejak sekian lamanya, sekadar melengkapkan putaran waktu di dunia ini, sebelum menuju negara abadi, yang sunyi daripada segala kesedihan dan air mata.


Tahun ni dugaan dirasakan terlebih perit daripada biasa, tapi Alhamdulillah.. Masih diberikan segala bagai sebab dan musabab untuk mensyukuri nikmat yang ada. Seberat manapun beban yang digalas, mungkin kekuatan menempuhinya berganda-ganda dek pengalaman. Lalu, nikmat Tuhan yang manakah mampu aku dustakan?


Dan mungkin atas dasar itulah, kata orang, wanita makin berseri dengan makin bertambahnya kematangan. Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya terhadap diriku ini, tapi bagi aku secara peribadi, aku memang suka pandang wanita yang tersenyum penuh ketenangan. Aku mudah alah pada sejuk dan bening mata wanita yang penuh pengalaman hidup, kuat dalam tangisan dan sepak terajang kehidupan.


Aku ingin menjadi wanita sebegitu, jika diizinkan Tuhan, mudah-mudahan. Aku tak mahu menjadi wanita yang hatinya mengeras bak kerikil disebabkan keterjangan dunia. Bahkan aku ingin menjadi seperti cendawan Mekah, yang makin lama makin berfungsi sebagai penawar segala penyakit, walaupun kekal dalam kelembutan. Dengarkanlah rintihan hati ini, Tuhan.. 

~ Nai at Tak Pe Je.



Sotong Goreng Campak-Campak Jer

Assalamu'alaikum, Salam Juma'at penuh kasih-sayang untuk korang semua, semoga bersabar menempuh detik-detik terakhir sebelum pulang ke rumah untuk menyambut hujung minggu tercinta. Bagi yang memang bercuti hari Juma'at, aku malas nak jealous sebab dulu-dulu aku membesar kat Terengganu, pernah jugak merasa suasana cuti setiap Juma'at. (Statement tak boleh blah, kan?)

Hari ni aku macam biasa, kerja dengan cara dan keserasianku, yang memang tak perlu masuk ofis sangat. Dalam pada menyiapkan dokumen apa yang patut, mengejar payment segala bagai, aku ambik masa bersilat kat dapur sekejap, sebelum menyerahkan tugas kepada bibik. Kalau tak, dia akan masak ikut kepala dia dan adalah sangat tak bijak untuk aku komplen selepas semua dah siap. 


Apa yang aku masak? Sotong Goreng Campak-Campak namanya, kau ada? Masak ni sebenarnya bahan-bahan tumis ke rebus ke takde beza sangat, pi mai pi mai duk tang tu jugak. Bawang besar, cili kering/padi (takde dalam gambar), bawang putih, halia dan serai mesti tak boleh tinggal dalam senarai. 


Anyways, cara-caranya meh aku share, meh:-

1- Gaulkan sotong dengan garam dan kunyit, biarkan kejap kat tepi diam-diam sudah.

2- Tumis kesemua bahan ruji yang aku sebut kat atas tadi sekaligus, sampai naik bau dan bawang kekuningan, kemudian masukkan 1 sudu makan rempah daging, kacau lebih kurang 3 minit.

2- Campakkan (dengan sopan) 3 sudu makan sos cili, 2 sudu makan sos tomato, 2 sudu makan sos BBQ/blackpaper. Kacau lagi, jangan bagi berketul-ketul.

3- Campakkan (tetap maintain sopan) sotong, kacau bagi bergaul-mesra dengan segala bahan dalam kuali itu, dan tutup kuali kejap nak bagi wap masuk dalam. Kejap je, jangan kasi hangit.

4- Kalau perlu, campakkan tak sopan sangat pun takpe, garam dan gula secukup rasa. Siap.


Tepat jam 12 kami makan berdua, terima kasih kepada bibik yang cekap menyiapkan menu-menu lain, walaupun cik abang cuma sentuh sotong dengan sayur. Dan lepas makan sampai sekarang, aku masih punya banyak urusan yang perlu diselesaikan sebelum asar. Mengadap depan laptop, aku rehat kejap tunggu azan zohor dan sementara tu, update blog ni.

Terima kasih sudi singgah, sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Thursday, 22 September 2016

Bawal Elle Zada, Putaran Waktu & Aku

Assalamu'alaikum. Dua tahun lepas aku teman sorang kawan shopping kat Elle Zada Wangsa Maju, dia nak beli dress dan shawl. Aku pun beli la 3 helai shawls: 1 jenis double-sided chiffon kombo biru dengan kuning dan 2 jenis bawal bunga-bunga. Jenuh la nak style kan ikut citarasa yang sesuai dengan diriku ini, asyik tak happy je hasil lilitan, especially yang jenis bawal tu. Hari ni buat julung-julung kalinya aku try cara baru, tetiba je dapat idea tengah berdiri depan cermin. 


Mulai sekarang, dah tau dah macamana nak cheat pakai shawl ni, takde la rasa pelik dan tak selesa dengan diri sendiri, dan takde la biarkannya memanaskan bangku simpanan sepanjang masa. Kat mana entah lagi sehelai shawl yang serupa tapi berbeza warna, nantilah bila senang-senang aku carik pelan-pelan. Janganlah tetiba aku dah bagi kat orang lain, bukan boleh aci sangat. 

Industri tudung ni macam ni la, sangat cepat bertukar angin dan gaya, tak terkejar sebenarnya bagi peniaga-peniaga kecil. Tapi aku yakin dan percaya, fesyen ni macam jugak tamaddun, ia bersifat 'nyanyuk':- sampai waktunya nanti, fesyen lama akan kembali 'in-trend' dan begitulah sebaliknya. Bagi consumers pulak, seharusnya punya keberanian dan keyakinan diri untuk tampil dengan apa jua fesyen mahupun gaya yang dekat di hati sendiri. Tak semestinya yang tengah hangat di pasaran itu wajib kita ikuti dan tak semestinya ia sesuai pun dengan diri kita in the first place. Yang penting, jangan jadi hamba fesyen apatahlagi hamba pandangan sosial, tak berbaloi pun nak puaskan hati orang luar sampai menyakitkan hati sendiri. Tak gitu?

~ Nai at Tak Pe Je.





Wednesday, 21 September 2016

Sotong Warisan Pantai Timur

Assalamu'alaikum. Korang suka sotong? Aku takde la suka sangat, tengok mood dan jenis masakan. Encik Suamiku Suka Sotong, bukan tajuk novel ataupun cerekarama terkini, bahkan cuma satu kenyataan terbuka dalam blog ni jurr. Maka bila wujud stok haiwan itu dalam freezer, aku akan luangkan masa masak apa-apa juadah yang disukai orang tu. Malam tadi aku buat Singgang Sotong style orang Terengganu, simple yang amat, boleh bikin hashtag "Everyone Can Cook" gitu! 


Tak banyak beza pun dengan resipi yang korang mungkin boleh dapat kat google search, cuma aku tokok tambah ikut selera tekak manusia kat rumah ni. Meh aku share, meh.

Bahan-bahannya:
1- Sotong;
2- Lada hitam (sesudu camca) - tumbuk, jangan lempang;
3- Bawang kecik (6 ulas) tapi kalau bawang besar, setengah labu dah cukup dah - mayang;
4- Bawang putih (4 ulas) - mayang jugak;
5- Halia (setengah ibu jari) - hiris;
6- Cili padi (3 tangkai) - dibuang bijik;
7- Asam keping (2 keping);
8- Serai (2 batang) - titik;
9- Asam limau nipis (setengah bijik) - perah airnya; 
10- Sos ikan (3 sudu makan);
11- Garam & gula secukup rasa.

Cara-caranya:

1- Rebus semua bahan kecuali sotong, asam keping, sos ikan, garam dan gula sampai mendidih.
2- Kemudian, masukkan bahan2 yang ditinggalkan tadi.
3- Akhir sekali, letak la garam gula secukup rasa. 

Senang, kan? Bagus menda-menda bersup macam ni, cuma yang parahnya, makan nasi bertambah-tambah la pulok! Ok, try masak nasi buang kanji, baru susah sikit nak naik badan. Heheh.

Sekian, selamat mencuba! 

~ Nai at Tak Pe Je.





WW ~ Completely Unforgettable

Yet, still...


Yang masih,
~ Nai at Tak Pe Je.

Tuesday, 20 September 2016

Jiwa Batik Seorang Aku

Assalamu'alaikum. Bulan lepas aku ada cerita tentang misi memburu batik sarung pilihan hati, hari ni baru datang seru nak buat entry tayang hasil tangkapan yang bolehlah dikatakan berjaya. Mau taknya, empat helai untuk sesi percubaan, boleh? Bagi sesiapa yang dikategorikan sebagai 'impulsive buyer', mungkin itu bukanlah sesuatu yang aneh sampai nak gebang beriya. Memang takde pelik apa pun tindakan membeli sedemikian rupa, cuma itu tergolong dalam kategori 'concentrated purchase', yang jauh membahayakan dompet.Kalaulah ada kedai yang menjual batik sarung macam ni kat KL, mau mereng aku, rambang mata tak nampak jalan di dunia dah, weh!

Batik-batik dalam Instagram Nagarabatik memang cantik, dan disuaipadankan dengan kain polos yang matching. Aku ambik keputusan untuk pesan dua helai batik sekali dengan kain polos dan dua helai batiknya aje, yang mana aku rasa pilihan terbaik, sebab setakat ni aku kurang minat dengan apa yang aku pegang dan lihat: kain polos tu keras kejung, bibik kata kena basuh dulu sebelum tempah kat tailor, sebab banyak kanji? Entahlah, kadang-kadang aku bukannya paham sangat apa yang bibik cakap, dan kebanyakan masanya, dia tu over confident. 

Setakat ni aku dah hantar batik nombor 1 dari kiri dan nombor 4, untuk dijadikan kain belah dan kain susun depan, tak sabar nak pakai dengan mana-mana baju yang sesuai dalam almari. Aku tak tunggu majlis apa-apa pun untuk pakai batik sarung ni, ikut sedap oren je bila-bila rasa nak pakai, aku selamba je pakai, begitulah. 


Yang gambar lebah tu aku rasa nak jahit pakai basahan kat rumah je, tapi macam rugilah pulak tak buat kain elok-elok. Nampak playful macam tu, rasa nak tempah buat skirt potongan payung, bahasa kampung aku, ala.. Org KL panggil 'A' cut. Cuma sejak umur 4 series ni dah cemuih pulok nak pakai 'A' cut bagai, lagi selesa pakai kain lipat depan, at least bleh buat basahan kat rumah ataupun bawak balik kampung, pakai dengan T-shirt lengan panjang. Takpe la, tengok keadaan dulu macamana, bila mood dah elok sikit, aku buat keputusan.

Itu je pun nak cerita, tengok dah panjang berjela-jela jugak, cakap pasal kain batik je padahal, hehehhe. Okay la, terima kasih sudi melayan pot-pet Cik Puan TPJ ni, korang. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

Nota Kaki:
Aku pernah kerja part-time conteng batik tau dulu, masa sekolah rendah kat kampung. Macam tu sekali tau, cintaku terhadap batik.

~ Nai at Tak Pe Je.


Sementara Menunggu Cuti

Assalamu'alaikum. Hari Malaysia baru-baru ni aku tak cuti pun, pagi jam 10.30 dah terpacak kat AEON Mall jumpa orang. Masa sampai kat Starbucks, tempat yang dijanjikan, aku terasa macam zaman muda-muda dulu time nak jumpa kawan chatroom, sebabnya aku terpisat-pisat mencari yang mana satu orang yang ditunggu. Dia duduk kat luar, ruangan smoking ke duduk kat dalam, tempat tertutup? Nasib baik la at least aku tau orang tu lelaki dan foreigner, dari bunyi nama dan lenggok bahasa wassap, aku boleh teka nationality dia sebelah Bangladesh sana ataupun sebelah Pakistan. Masa muka aku blur tu la, dia tersenyum dan mengangkat tangan, chewah confident je tanya, "Miss Nai?". Baru teringat, profile picture wassap aku kan sedebik muka dan style aku dressing, senang orang nak kenal. Ye la, nothing to hide, kan? 


Bila dia balik, aku ambik masa habiskan Americano sambil berbalas-balas pantun dengan clients yang terlebih masa terluang disebabkan hari cuti, maka kekdahnya aku takkan layak pun ambik cuti daripada melayani mereka. Kadang-kadang rasa tak kuasa dah kerja ni, korang.. Entah bila nak sempat fikir pasal diri sendiri pun tak tau. 


Aku tension lain macam sikit hari tu, emosional terlebih, sampai masuk toilet, kunci pintu dan menangis. Itu sudah over stressed, weh... Bilanya nak pergi berjimba perabiskan duit yang memang dah takde ni? Laaa.. Bila dah rasa lega dan touch up muka, baru aku selfie kat powder room tu, takkan tak leh figure out? 

Perasaan ni jangan diikut sangat, korang, nanti susah nak buat damage control. Apa jua keadaan hidup dan tekanan sekeliling, jadilah tuan dan bukannya hamba kepada emosi, kecualilah kita nak cepat tua ataupun dapat darah tinggi, strok, lemah jantung dan yang sewaktu dengannya. Kena banyak minum air masak, bertenang dan berfikiran positif, kalau tak, masaklah kita dengan segala bagai masalah kesihatan. Lagi satu, jangan jadi manusia yang cepat melenting bagi pihak orang lain, apa hal orang lain yang masak, kita nak tumpang panas? Buang karen je, kan?

Daripada menyibuk dengan benda-benda yang tak sepatutnya, lebih baik kita menyibukkan diri dengan apa yang berfaedah dan bermanfaat, kalaupun bukan kepada orang lain, sekurang-kurangnya kepada diri sendiri. Ada jugak kebaikan yang nak dijadikan bekal kehidupan di akhir sana nanti, tak gitu? 


Jadilah seperti air yang mengambil ruang dan bentuk objek, tapi dalam masa yang sama, mengekalkan sifatnya sendiri dan tidak pula mengubah keadaan objek itu tadi. Sudah pasti itu jauh lebih baik daripada menjadi parasit yang menguasai rumah yang ditumpang dan akhirnya beraja di mata, bersultan di hati. Andai kita tak mampu untuk berbudi, sekurang-kurangnya kita tak perlu menuang tuba ke sawah padi. 

Okaylah, cukup dulu sampai di sini, lain kali cerita lagi, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Monday, 19 September 2016

Played Hard To Catch

Assalamu'alaikum. Some colors are just somewhat almost impossible to capture in its justifiable nature, like my lilac silk kebarung and its matching skirt. I've been contemplating to 'upgrade' the songket skirt with beads and sequins, which seems like an eternity to eventually make it happen. The thing is, the color scheme is too strikingly similar that both looked like as if they had come from one piece of fabric instead of separately. 


I used to have that kind of lilac kebaya from saree more than a decade ago, which I passed on to bibik when we went back to Temerloh for Eid-ul-fitr recently. Hence, the replacement, much to my delight. 


This intended beads-sequins-project is so stressful even to merely think about, habis tu macamana? Phewww! Let's see how it goes, I might end up sending it to a trusted tailor in Ukay Perdana, whom I just learned to love of late. Not that I'm in any rush, anyways, so let it rest. 

That's it for now, you guys, thanks for dropping by and reading this entry right till the end. Have a productive week ahead, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Saturday, 17 September 2016

Sedu-Sedan Syair Cinta Hati, Kisah Mata & Kaki

Assalamu'alaikum. Juma'at sebelum UPSR dua minggu lepas, spek anak aku patah, terkena bola masa main basketball kat sekolah. Cikgu dia bagitahu dalam whatsapp, mintak hantar spek lama kat pondok jaga, nanti Junior turun ambik. Nasib baik la spek lama dia elok lagi, itu pun jenuh selongkar bilik dia nak cari kat mana. Aku sampai kat pondok jaga tu dalam jam 11.30 pagi, nak naik ke kelas dia karang memang cikgu pesan letak je kat situ, so aku pun baliklah sambung buat kerja.

Petang tu pegi ambik dia kat sekolah sorang-sorang, tak ajak orang lain teman macam biasa. Hati rasa tak sedap nak tunggu je dia datang cari kereta, aku park kat tepi jalan dan pergi carik dia kat pintu pagar. Jenguk dua, tiga kali ternampak la dia tengah duduk kat bangku, pelik sangat-sangat, dah kenapa dia duduk penuh sopan santun tak berlari sini sana? Aku panggil dia tak dengar, maklumlah ditenggelami suara budak-budak yang dah macam burung ciak segala bagai. Aku masuk dalam pagar, panggil dia depan-depan, masa tu aku nampak dia berjalan terhenjut-henjut dan muka aku rasa kebas serta-merta, macam kena sedut darah dek pontianak dalam cerita seram. Naluri ibu aku bertindak balas lebih daripada biasa, tak boleh nak chill ataupun relax langsung. Something is cooking, Nai, kata hatiku. 

Aku ambik beg dia, galas. Ambik tangan dia, pimpin. Kalau boleh nak dukung dia masa tu, serius tak tipu. Anak aku ni daya tahan sakit dia macam aku, so aku sangat-sangat tau skala richter dan darjah celcius tahap keseriusan keadaan dia. Kalau dah macam tu cara jalan, duduk tertib badan melengkung atas bangku dari awal menunggu, muka aku kejap hijau kejap kuning kejap merah kejap kesemua sekali dalam satu saat. Jauhlah pulak tempat parking nya, damn! Disebabkan panik, aku tak sempat nak cerna fakta dan suruh dia tunggu situ je, biar aku gi ambik kereta. Dah tambah pulak dengan dia yang terbiasa menahan sakit, cepat aje memecut keluar pagar dengan terhenjut-henjut pun. 

Masuk kereta, aku suruh dia bukak kasut, biru dah kaki. "Cikgu dah letak minyak angin, mummy", katanya, nak tenangkan aku. Aku sikit lagi nak pitam, janganlah ada retak ke apa wahai tulang kaki! Yang keluar dari mulut aku, "Lain kali, kalu jadi macam ni, mintak cikgu tuam dengan ais, ya sayang? Orang tak sapu minyak angin kalau seliuh." Dia angguk, bersyukur gamaknya aku tenang. Cuba kalau dia tau apa dalam hati aku! Ok, bukan masa nak membebel, marah ataupun menyalahkan sesiapa, pungut segala kekuatan cepat-cepat, aku pecut balik rumah. Masa tu rasa nak langgar je semua kereta yang bersusun kat simpang, kasi ruang untuk aku bergerak bebas. Sampai kat traffic light, masa lampu merah, aku call mak mintak dia panggil tukang urut mana yang available ASAP, Hazieq seliuh kaki, aku bilang. Tukang urut yang biasa aku panggil tak dapat dihubungi pulak, (another damn!) Soalan-soalan lain aku jawab sampai rumah, ya sila bertenang, sebab mak aku 360 degree my opposite. 


Asalnya aku nak bawak dia buat spek baru, tapi apadehal spek baru bagai, kaki anak bengkak biru tak nampak urat kot! Casually aku tanya dia apa yang dah jadi, sambil mengekalkan nada nyaman umpama angin memuput lembut. Dia terjatuh masa turun tangga nak pergi ambik spek kat pondok jaga, katanya. Aku terus kata, itulah sebabnya jangan melompat dan berlari macam kena kejar dek hantu masa turun tangga, dah pulak tak pakai spek. Ya Allah, terima kasihlah kau bagi aku kekuatan untuk tidak menjerit memekik mengherdik...! Dalam split second tu sempat jugak aku text bapak dia bagitau apa dah jadi. Sebab yang dia tau tengahari tadi cuma pasal spek patah, belum ada berita pasal kaki seliuh. Dah la orang tu tengah tak berada dalam kawasan, paling awal pun esok malam baru flight balik. 

Sampai je kat rumah, cepat-cepat kami tuam kaki dia dengan ais, diiringi muzik panik dan sesi menyalahkan guru sekolah oleh bonda dan bibik. Kena komplen tu, kena report kat guru besar tu, bla bla bla. Heheh aku duk maintain tenang, tu yang buatkan orang lagi push. Dah default setting aku macam tu, apa nak buat? Bila ada keadaan genting, aku mesti jadi macam tu, tak dapek nak nolong! 

Tukang urut cuma free petang dalam jam 5 lebih, aku terlampau penat fizikal mental, boleh tertidur masa junior diurut kat bilik depan, bangun-bangun dah 6 lebih. Gi jenguk anak, dia tengah tidur dengan lenanya. Turun bawah, mak marah-marah sebab aku tak teman anak masa kena urut, katanya suara anak menjerit sampai ke rumah jiran, boleh mak sendiri buat dek? Pergh... Menyirap tak, agak-agak? Aku bingung kejap, sebab memang tak sedar apa-apa langsung, nak dengar suara menjerit apatah lagi. Takpe la, Allah lebih tau... Mungkin aku putus urat merih kot tengok anak kalau tak dilenakan sedemikian rupa.

Aku mintak maaf dekat junior, memang aku tak sedar dan tak dengar dia menjerit, kalau tak mana mungkin aku tak datang duk sebelah dia. Malam tu sebelum tidur aku sapu kaki dia dengan losyen gamat dan lurut pelan-pelan kasi urat lebih lembut. Esok petang tukang urut datang lagi sekali, takde la sakit macam mula-mula dah. 


Aku tak bagi dia banyak bergerak, tidur pun dalam bilik aku je, tak payah naik-naik tingkat atas. Makan minum semua dalam bilik, solat atas kerusi. Nak ambik wudhuk, aku tolak kerusi tu sampai depan bilik air, pangku dia masuk. Dah berfungsi sebagai wheel chair pulak, bagus betul kerusi beroda saat-saat emergency macam ni. 

Bangun Subuh keesokannya, aku tengok kaki dia dah tak sakit untuk memijak. Solat pun dah boleh berdiri, maknanya urat dah tak bengkak la tu, lega Tuhan aje yang tau. Aku sapu lagi losyen gamat dan lurut urat kakinya every now and then, dan bila sampai masa tukang urut datang, dia dah tak menjerit dan aku pun ada kat sebelah dia. Tak cukup mulut tukang urut tu cerita keadaan Hazieq semalam, menjerit menangis meraung, urat bengkak biru bla bla bla. "Ye, kak.. saya seorang perempuan yang tak menghukum diri tanpa hujungnya, sila bertenang", bisik hatiku sambil bibir tersenyum dan kepala diangguk-angguk perlahan.

Malam tu daddy sambung tugas sapu losyen gamat kat kaki dia sampailah di ambang UPSR, Ahad malam, dia mintak nak tidur kat bilik sendiri. Ye lah, orang dah besar.. Sila jangan tarik muka kelat, ya mummy! Menjelang hari kedua exam, urat kaki dah jelas kelihatan dan berjalan pun dah stabil macam biasa, tapi daddy masih lagi sapu losyen gamat dan urut kaki, sebab ada lagi beza warna dan saiz kaki, bengkak belum surut sepenuhnya.

Spek baru dia siap hari ketiga exam, aku pergi buat hari Sabtu pagi, hantar gambar dari kedai suruh Hazieq pilih. Dia nak warna hijau jugak, katanya. Terbang beratus-ratus ringgit, hurmm... Dah nak jadi ke cerita, redha aje ler, mummy! 


Hazieq sejak habis UPSR ni dia nampak merdeka lain macam, padahal ada lagi satu episod exam yang dia kena ambik. Takpe la anak, mummy nampak je macam lepaskan awak. Mummy lagi tau taktik dan teknik segala bagai, sila jangan melompat bila sampai masanya. 


Okay lah korang, dah azan Isyak pun. Adik aku panggil makan durian ni, aku solat dulu, ya. Sampai jumpa lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.













Berkorban Kerana Allah

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara bumi bertuah tanah tempat tumpah darahku, dan selamat bercuti panjang dengan ucapan, "Isnin mudah-mudahan tidak diserang angin M(alas), ameeen...!". Tak terlambat jugak rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban buat semua umat Islam di seluruh pelosok benua. Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima masuk oleh Yang Esa tanpa sebarang pindaan mahupun cacat celanya, Insya Allah.

Aku rasa agak terkorban lebih daripada biasa tahun ni, tapi takpelah, ada la tu bahagian masing-masing selagi ada hayat dikandung badan. Kat dunia ni pun bukan tempat bersenang-senang, ye tak? Banyak onak dan duri, penuh lekuk dan liku yang tak dapat tidak wajib ditempuhi, mau tak mau harus dilalui. Tinggal lagi, dari satah condong manakah yang dipilih untuk melihatnya. Aku pilih untuk berdamai dengan pilihan yang tidak berbentuk objektif, walau sekejam mana ia kelihatan dari perspektif dunia. Semoga pengorbanan itu turut dikira sebagai ibadah di sisi Yang Maha Mentadbir, meskipun tiada logika di dunia Human Resource. 


Anyways, kami bertiga berbaju tradisional tema biru Aidil Adha tahun ni. Baju aku tu dah pakai sekali lepas Aidil Fitri dua bulan sudah, masa jumpa orang kat Damansara, dan shawl tu pulak baru dipakai lepas beli kat Elle Zada Wangsa Maju dua tahun lepas. Lamanya diperap, kan? Oversized shawl dua lapis, kombinasi biru dan kuning sangat susah nak digayakan sebelum tahun ni. Sebabnya, kalau tak kena gaya, akan nampak lambakan kain langsir menyelimuti diri, sanggup ke Mak Long? Bila dah tau style lilitan ala Elfira Loy, barulah kemas dan mesra alam semesta shawl yang cantik itu terletak mana yang patut. Berombak-ombak rindu, beralun-alun laut biru kekdahnya, barulah tak semak mata memandang. 


Anak dan bapaknya memang dah ada baju Melayu yang matching, aku tempah tiga pasang sebelum puasa lagi. Yang warna hijau, dah pakai raya puasa. Yang belum lagi aku kongsi gambar dengan korang, warna **peachy pink yang dipakai masa pergi kenduri kahwin kaum kerabat aku kat Premiera Hotel, KL. Baju anak aku tu awal tahun depan confirm dah senteng, bolehlah dimajukan kepada kaum kerabat yang memerlukan. Spring cleaning kena selalu buat, kalau tak melimpah-ruah sangat gerobok rumah.


Masa ambik gambar, aku bagitau anak bujang, inilah kali terakhir aku bergambar raya masa dia sekolah rendah, tahun depan dia dah sekolah menengah. Tengoklah cara aku peluk dia, aduhai.. Sabarlah hati, anak dah besar nanti sudilah kiranya bertempel lagi dengan mummy!

Okay la korang, penuhi hujung minggu anda dengan berkasih-kasihan dengan seisi keluarga, ya! Jaga diri dan sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

**Nota Kaki Ayam. Ni la gambarnya:



~ Nai at Tak Pe Je.












Friday, 9 September 2016

Junior Turns 12 (9/9/2016)

Assalamu'alaikum. Hari ni birthday anak bertuahku nan seorang itu. Alhamdulillah... Genaplah umurnya 12 tahun, merdeka sudah daripada UPSR. Dah start nak masuk fasa 'macho' ala-ala segan nak bermanja (konon-konon). Boboy la katakan, gitulah... Mummy awak ni dah la ada seketul tu je anak, lagi kena refrain diri daripada memanjakan. Hurmmm... Nasib ler. 

Dua hari sebelum habis exam, aku tanya dia nak hadiah apa untuk birthday, cepat dijawabnya, PC. Aku kata, yang tu kan mummy janji lepas UPSR. "Ye la, birthday Hazieq Juma'at, UPSR dah habis masa tu," bernas dia berhujah, membuatkan aku terdiam sejuta bahasa. Amek ko, Nai... Checkmate! 

Hari ni aku mintak tolong assistant aku hantar ke rumah PC aku yang tersengih tak disentuh kat ofis sana, pasangkan dalam bilik Junior. Lena betul dia tidur, sampai tak sedar kami duk menyiapkan apa yang patut, dalam pukul 11 lebih masa tu. Aku kejutkan dia dan nyanyikan lagu Happy Birthday, disambut senyumannya dengan muka mamai. Bila aku tunjuk PC yang dah siap terpasang kat meja, terkejut besar dia! Redah hati ibu seorang aku, sangat terharu. 

Masa aku nak turun pergi jumpa orang dekat jam 12, dia datang mengadu PC takde sound detection ke apa ntah, mintak bawak balik speaker dari ofis, dan kalau boleh nak mintak keyboard yang abjadnya besar, senang nak main game. Aku janji nanti lepas selesaikan kerja, aku belikan.


Janji haruslah ditepati, terutamanya kepada anak-anak, betul tak? Maka, jenuh la aku berkejar ke Wangsa Walk belikan dia gaming keyboard dan speaker baru, tak sampai hati nak bawak balik yang dah uzur tu bagi dia. Lagipun speaker kat dalam bilik ofis aku tu sebenarnya yang 'leftover' daddy dia, pass kat aku bila dia beli speaker besar. Punyalah happy anak teruna aku dapat semua tu, priceless sungguh! Apa yang tak sanggup mummy usahakan untuk awak, anak? Segala yang termampu, hatta nyawa pun sanggup mummy pertaruhkan...!

Malam ni makan kambing bakar, garlic bread dan salad, dan of kos, dengan kek sekali. Chocolate Indulgence, peberet semua orang kat rumah, kecuali daddy dia. 


Panggang guna gril letrik je, tak larat nak hidupkan api dan guna arang, walaupun sebenarnya bakar-membakar memang kebaboom kalau guna arang. Renyah weh menda-menda old school ni.. Kecuali la memang masa banyak terluang dan badan belum penat lesu.


Hasilnya masih lumayan dan enak dimakan bersama-sama...


Anyways, Happy birthday to my heart and soul, my reason for reasons. Mummy loves you so much! Semoga segala yang terindah menjadi milikmu nan abadi, sentiasa membahagiakan insan-insan yang menyayangimu sehingga akhir waktu. Ameen.


Terima kasih sudi singgah dan baca sampai habis. Jumpa lagi, take care! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Romantika Merdeka 2016

Assalamu'alaikum. Wake me up when September ends, will ya? (Tetiba). Lama dah nak update blog dengan cerita ni, sekarang je yang baru sempat. Gambar kat lokasi kejadian banyak, tapi gelap sebab tinggal satu je lampu yang nyala kat tempat tu; yang lain semua dah terbakar secara berjema'ah. Lagipun, sensored atas sebab aurat dan yang sewaktu dengannya. 

Ceritanya takde apa sangatnya pun, berkumpul mana yang ada dengan impromptu plan BBQ atas atap malam 30hb Ogos, dengan hashtag Di Ambang Merdeka, haaaa gitieww...! Menda-menda macam ni kalau rancang sangat pun bukan semestinya menjadi, bila tak rancang elok pulak itik pulang pagi. (Apa entah kaitan dengan itik?) Sosej & Oblong beef patties ada ler atas portable BBQ, macam dalam gambar kat bawah. 


Pukul 4.30 petang 30hb Ogos tu aku gi ambik Junior balik sekolah dengan adik ipar dan anak sedara tersayang. Bibik ada bagitau sebelum tu yang depa nak tidur rumah aku malam Merdeka, tengok bunga api atas bumbung. So, aku suggest la buat simple BBQ session, lepak mana yang ada. Sekali Apih turun dari Dengkil sana dan Ida pun join, dengan baju kerja masing-masing.


Ida sekarang duk self-teach main gitar, tersangat la hipster bunyinya belajar gitar melalui you.tube! Turned out malam tu Ida bagi gitar kat Apih dan kitorang fe-feeling buskers ramai-ramai. Mak sporting habis, tak tarik muncung pun macam dulu-dulu. Uish... Dia pantang betul muzik2 ni, jenuh aku dapat silent treatment bila beli gitar kat Apih masa dia Form 3. Aku rasa mak jaga hati kitorang je tu.. Hehehe. 


Dan macam biasalah, chef-in-charge malam tu, Salami adikku yang sangat boleh diharap dalam segala apa keadaan sekalipun, terutamanya bab masak-memasak. Berpeluh-peluh dalam gelap, ditemani cahaya yang sedikit. Kalau dia pindah balik kampung nanti tak taulah apa nak jadi kat kami semua. Mudah-mudahan rezeki dia dipermudahkan kat KL ni, Insya Allah. 

Dah tu mana gambar bunga apinya, kan? Aishh... Tak sempat nak ambik, percaya tak? Sebab aku turun mandi dan tukar baju, tak kuasa dah berpeluh dan berbau asap segala bagai. Bila naik tu, percikan-percikan bunga api merdeka dah tak semeriah peringkat permulaan. Ada anak aku ambik, tapi malas pulak nak mintak daripada dia jap-jap ini. Alah, korang bukannya tak pernah tengok bunga api, kan? Ngee...

Okay lah, terima kasih sudi baca entry yang entah apa-apa ni. Sampai jumpa lain kali, nah video penutup bicara.

Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.