Posts

Showing posts from October, 2016

Fellow Blogger From Pakistan

Image
Assalamu'alaikum. I have been writing this 'journal' a.k.a blog called Tak Pe Je to keep me sane, basically, you know, that kind of feeling that you have got to write about anything and nothing at all. And in so doing, I have come across a few people who gradually became my acquaintances either in facebook or instagram or whatsapp or any combination thereof, if not all the three mediums, but of course. I remember when I was in Paris a few years back, Shay had made a point to meet me up and showed me around, you know, like a hostess. That's why when I saw Ifrah's instagram post capturing some KL view, I was amazed and immediately offered to at least have a cuppa coffee, why, she's in my city! (Check out her blog, Idziher!).

Amidst her hectic schedule, we managed to meet affer all, alhamdulillah. Yeah, I'm as bubbly as much as she is, so we had no problem clicking, you know. She kept telling me how different tea was in KL that she had to live with coffee inste…

Pesona, Gelak Tawa dan Jeritan Batin Ae Dil Hai Mushkil

Image
Assalamu'alaikum. Aku tak tau kenapa, tapi dari mula-mula kecoh kat internet pasal filem baru Karan Johar yang membariskan Ranbir Kapoor, Anushka Sharma dan Aishwarya Rai Bachchan sebagai pelakonnya, aku dah terpanggil nak mengikuti perkembangan cerita ni. Ada je berita pasal Ae Dil Hai Mushkil kat you.tube, aku akan tengok. Bila dah keluar teaser dan trailer dan lagu-lagunya, lagi bertambah teruja nak tengok. Sekali ada pulak kontroversi pasal ketegangan politik antara India dan Pakistan, dah mengheret ADHM sama tersepit kat tengah-tengah. Aku sebagai orang luar, takde la nak komen apa-apa pasal masalah politik depa kan, tapi macam tak berapa sesuai je nak kasi gempak tak kena tempat. Itu dah macam buli salah orang, cari subjek nak dijadikan kambing hitam dan kuda tunggangan. Macam nak menangguk di air yang keruh pun ada, sambil cuba mengaut keuntungan. Apa-apa aje la, yang penting ia dah secara tak langsung makin menghangatkan lagi bahang filem ADHM karya dan arahan Karan Johar …

Saat Maggi Kari Bertemu Ketam

Image
Assalamu'alaikum. Kat rumah aku ni maggi selalu banyak stok sebab biasalah, bekalan untuk ramai peminat. Tapi Junior dan suamiku tak selalu dibenarkan makan oleh Ma'am Besar Cik Puan Tak Pe Je, kesian kan? Eh, tak payah kesian, kalau sayangkan anak dan suami, memang kena jaga makanan apa yang boleh dan tak boleh selalu dimakan, mana boleh main ikut je kehendak depa sampai memudaratkan. Bila sesekali makan tu kan, nikmatnya lebih bermakna daripada biasa, tak percaya cubalah. 
Anyways, minggu lepas aku tanya apa yang cik abang nak makan untuk dinner, macam selalulah jawapannya tak tau, so aku pun macam biasalah bagi beberapa cadangan. Satu, tak nak. Dua, tak nak. Menu ketiga, Sup Ketam. Jawapannya, "Menarik jugak tu.. Maggi Ketam boleh?" Jawapan yang berbentuk soalan tu aku kasi green light, yang mana aku tau tak boleh suruh bibik buat, kalau nak tengok dia makan banyak. Ya Allah... beriya nya dia makan menda alah tu, dengan aku sekali tersampuk rasa enak yang luar bias…

Melaram Pergi Kenduri Kahwin

Image
Assalamu'alaikum. Sabtu lepas ada kenduri kahwin jiran depan rumah, meraikan akad berwali anak lelaki dorang kat D'Saji Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Aku ambik peluang ler melaram dengan batik lepas yang aku cerita aritu kat SINI, jodoh dengan kaftan sifon kesayanganku dan oversized satin hijab dari Nadiahijabs yang aku beli bertahun-tahun dulu. Taste aku ni biasalah, sangat klasik.. pakai pun Snowfly boots bertali yang bagi aku sungguh nostalgik. Masa kecik-kecik dulu aku suka sangat-sangat kasut style gitu, tapi takde edisi feminine. Dah kertu ni bila ada yang mengingatkan aku pada style dulukala, aku mesti terkesima selagi tak bawak balik jadikan koleksi.

Buffet D'Saji macam biasalah, jarang menghampakan, terutamanya fillet ikan dory dan seleksi kuih-muih tradisi Melayu. Kami sampai ke dewan sebelum jam 1pm, dan tak tunggu pun acara rasmi bermula. Kira kasi peluang kepada orang lain memenuhi tempat duduk, takde kami berlama-lamaan kat situ. 

Mak paling happy, seronok be…

WW ~ The Outsider

Image
Venue: KLCC

~ Nai at Tak Pe Je.

Embrace Each Day With Your Warmest Burst of Love

Image
Assalamu'alaikum. This is gonna be a quick post, for I've been in a middle of loads of things all at once now. Earlier this morning as I watched 3 parts of Beneath of Surface with Priyanka Chopra by the Film Companion while riding my static red bike, something in particular that the bombshell with brain said really got to me like a hurricane. It was simply inspirational in so many ways and deserves to be documented and passed on and over to generations to come.

Nothing that she said we never heard someplace else before, but the way she said it was to me the nicest things put together like the rarest pearl in the ocean of love. Having said that, dearest friends, let's embrace every passing day that comes our way with our warmest love. Let's not be afraid to be stronger than the storm or the thunder, let's not dwell in our pain and endless sorrow. And most of all, let's not wear our hearts on our sleeves, nor show the world the chinks in our armours. Because they …

Ulangtahun ke-60 Bonda, Kek Kebaboom dan Mee Kari Syurgawi

Image
Assalamu'alaikum. Hari Ahad lepas, 10hb Oktober 2016, bersamaan 9hb Muharam 1438 Hijrah, genaplah usia bonda 60 tahun, tapi kami sambut keesokan malamnya, sebab Pengarah Program, Miss Ida kita tak sempat nak kejar masa dan AJK Makanan, M'am Nai tak sempat nak kejar ayam untuk masak mee kari. Kekdahnya, hari Isnin tu mak ditakdirkan demam, isteri Apih dah kena balik kolej dan suami aku tak sempat habiskan meeting. Terbaik! Tapi takpe la, kita teruskan jugak acara sambutan sambil bagi mak rehat dalam bilik dan keluar potong kek kejap dengan dua orang cucunda. 

Kalau cukup korum dan mak tak demam, lagi la seronok, of course. Tinggal lagi, kita kena selalu ambik yang positif dan nikmati momen yang hadir depan mata. Hidup ni kan singkat dan kita tak tau bila masa kita akan berakhir, kecualilah kita insan-insan terpilih yang Tuhan kasi anugerah istimewa. Bagi kita insan-insan biasa ni, yang tak tau bila saat dan ketikanya nak pergi mengadap-Nya, jangan lepaskan peluang untuk meraikan…

Menapak Punya Pasal

Image
Assalamu'alaikum. Biasanya kan aku pergi KLCC mesti naik kereta, tak kisahlah samada direct sampai sana ataupun parking kat stesen LRT sebelum naik tren je. Tapi Khamis lepas aku malas nak drive, keluar rumah tu aku selamba oren je menapak ke stesen LRT, sebab takde la jauh sangat pun sebenarnya. Perasaan 'deja-vu' menyapa hatiku, tiba-tiba terasa sayu. Takpe la, kenang yang indah-indah sudah...

Aku ambik masa jalan-jalan kejap lepas jumpa orang, lama dah tak merewang takde arah tuju kat mana-mana. Seronok jugak buang masa dan tak beli apa-apa dalam Zara dan Mango sebelum lepak kat surau. Lepas asar aku pelan-pelan jalan ke LRT dan sempat jugak singgah kat Uniqlo dan Zara for Men, jenguk winter collection dalam perjalanan menuju ke sana. Tak lawa sangat pada pendapat aku koleksi tahun ni, tak macam koleksi wanita yang aku jenguk sebelum solat. Aku dah berkenan dua, tiga jugak tu dan dah masuk dalam bajet berkala. Aku memang la bukan jenis kuat shopping, tapi benda-benda yan…

WW ~ Sirap Cincau Nan Epik

Image
Bila panas...

~ Nai at Tak Pe Je.

Ketam Cili Pekat Setiawangsa

Image
Assalamu'alaikum. Kot-kot la korang terasa nak try masak ketam cara lain sikit, meh aku kongsi resipi, meh. Patutnya aku ambik gambar dari awal penyediaan dan sebelum ketam itu diserang kami semua, tapi biasalah, masak orang pemalas macam aku ni, fikir nak cepat siap semata. Nasib baiklah ada lagi leftover sepinggan yang disimpan untuk mereka yang berkenaan, dapatlah jugak ambik gambar dan buat hiasan mata kat blog ni haa.. Apa-apapun, aku cuba simplify resipi ni dalam bahasa lepak lagi santai, ok?
Bahan-Bahannya:
1- Ketam, diketuk dan dibelah dua. 2- Bawang besar 1 labu. Bawang, tau..bukan labu! 3- Bawang putih 6 ulas. 4- Lada besar 6 biji, dibuang biji. 5- Halia 1 ibujari comel. Kalau saiz ibujari besar, 3/4 dah cukup. 6- Air perahan lemon 3 sudu besar. 6 (a) - Belacan (kalau takde resdung). 7- Serai 2 batang, diketuk. 8- Bawang kecik 6 ulas, dimayang. 9- Cili padi 2 biji, dibuang biji dan diketuk manja. 10- Sos tomato + sos cili dicampur sekali 1 cawan (ukuran yang buat kek tu). 11- Kicap 2…

Saya Sayang Awak, Lafazkanlah...

Image
Assalamu'alaikum. Beruntunglah hidup ni kalau kita punya sahabat yang sanggup sama-sama bergelak-ketawa dan sama-sama berduka sengsara, jangan sesekali pernah kita lepaskan sahabat tahap dewa macam tu! Kata orang, kesempatan mempunyai sahabat macam tu datangnya sekali seumur hidup, aku rasa aku percaya, sebab aku dah laluinya sendiri. Aku selalu terasa diri sangat beruntung dianugerahkan persahabatan susah-senang bersama ni masa umur belasan tahun, saat-saat genting melayari alam remaja yang penuh kekeliruan baik dari segi identiti mahupun hala tuju kehidupan. Baiknya kami bagaikan adik-beradik, saudara-mara daripada keturunan yang sama, bahkan mungkin lebih ada tika dan saatnya. Itulah bagi aku harta yang tak ternilai dan rezeki yang tak ada tolok-bandingnya. Sekali seumur hidup kesempatan itu datang, ya aku setuju, sebab selepas mereka, aku tak lagi punya sahabat sebegitu, at least tidak dalam kelompok hati yang saling menyayangi sedemikian rupa. Selepas mereka, aku bertemu deng…

WW ~ As The Series Shifted, The Clock Froze.

Image
Deferred post, August 2016.

~ Nai turned 40: Tak Pe Je ~

OOTD Post, Update On Batik Lepas

Image
Assalamu'alaikum. SINIaku cerita pasal kain batik lepas yang aku beli dari IG Nagarabatik, yang mana baru dua helai daripada empat kesemuanya dah dihantar kepada tukang jahit. Aku memang dah pasang niat dari awal lagi nak padankan kain batik tu dengan baju-baju yang dah sedia ada dalam koleksi, mix & match aje ikut kesesuaian dan keserasian suasana. Hasilnya, aku sangat berpuas hati dengan kombinasi dari tudung hingga ke kasut, lengkap #teambajutradisional dengan jayanya. Melaram habis hari tu, padahal sebenarnya duduk kat ofis je pun. 

Sebenarnya nak bagi nampak jelas lukisan burung merak kat kain batik tu, aku kena pakai baju yang singkat sikit, tapi tak selesa la pulak, menonjolkan apa yang dah sedia terserlah dari jauh. Lagipun, umur macam aku ni manalah sesuai dah nak pakai sendat-sendat dan singkat-singkat sangat, dah berakhir zaman itu. Tapi itu atas pandangan peribadi dan keselesaan masing-masing, aku takde masalah pun tengok orang lain pakai, tumpang happy bagi pihak d…