Nuffnangx

Friday, 19 May 2017

Hijau Zamrud Pujaan Kalbu

Assalamu'alaikum. Salam Juma'at, kawan-kawan sekalian. Penghulu segala hari kali ni menyaksikan aku berbaju zamrud daripada kain saree, warna yang sangat dekat di hati seorang aku. Baju raya tahun lepas sebenarnya ni, tapi baru terasa nak pakai hari ni. Kira macam diperap dalam almari hampir setahun lamanya, tapi tak basi pun, apa ada hal? Terlebih rajin la pulak update blog, sampai pagi petang hari ni saja. Tadi kan pergi jumpa orang kat Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, macam jauh benar bunyinya, padahal kat Keramat belakang Aeon Setiawangsa tu aje. Seronok sangat-sangat berpeluang pakai baju selain hitam putih dan tudung bercorak, terasa macam nak pergi open house raya gitu! Maklum la, dah namanya pun pakai baju raya, kira relevan la perasaan tu, kan?


Kepala terasa lebih ringan lepas mengurut, alhamdulillah... takde la macam kena hempap dengan gong ataupun lesung batu. Badan pun rasa segar, tak lemau dan layu-layuan tak larat bangun segala. Makan nasi lepas solat Zuhur tadi berselera benar, ikan tongkol masak lemak cili padi. Aku ambik ikannya aje seketul, kuah tak ambik, makan dengan salad dan dua tiga cubit ikan masin goreng. Itulah, aku takde strict gila2 sampai nak tolak ikan masin, ish rugi besor namanya! Lepas tu ambik la hawa dan rasa seketul kuih badak berendam yang bibik buat dan sesudu bubur jagung yang adik aku bawak dari Rawang. Hamboi2...  confirm terasa macam open house raya, dah la pakai baju raya! 


Bayangkanlah masa Raya nanti kan, baru tau langit tinggi ke rendah. Sebab tu la sesiapa nak diet, sila diet sebelum puasa... at least by the time hari raya tiba, tak la azab sangat nak buat damage control. Macam aku ni memang takkan tolak juadah hari raya yang menjadi pujaan kalbu sejak zaman berzaman, cuma kali ni kena la insaf sket kot, tak boleh ikutkan nafsu serakah macam selalu. Eh, good luck to you la, Nai! 

Cukup sampai sini dulu ya, terima kasih sudi baca. Jumpa lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment