Bila Mak Lom Ke Bazaar Ramadan

Assalamu’alaikum. Jumaat lepas, 2 Ramadan, aku masuk ofis macam biasa, menjalankan tugas apa adanya. Turun ambik anak awal sikit, nak elak daripada tersangkut dalam kesesakan lalu-lintas di MRR2. 



Semenjak dua menjak ni cuaca di Lembah Kelang panas terik pada sebelah pagi hingga ke tengahari dan masuk je asar paling lambat, akan bergegarlah langit dengan gegak gempita guruh, kilat sabung-menyabung dan hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Lepas hantar anak balik rumah, aku masuk ofis semula dan turun menjenguk bazaar Ramadan di belakang bangunan ofis. Cepat2 pilih kuih apa yang patut sebelum hujan mulai turun.



Ikutkan hati memang nak terus balik rumah sebenarnya, tapi ada yang telefon janji nak datang sebelum jam 4.30pm. Hurmm... Sampai ke sudah tak nampak bayang pun! Bertabahlah wahai Nai...! 



Mak bising bila tengok kuih yang aku beli, banyak sangat katanya. Aku nak gelak je, sebab bukannya dua tiga orang ahli rumah ni, dah macam asrama kot! Dan terbukti akhirnya memang habis licin kesemua yang dalam gambar ni, ko rasa? 

Sabtu dan Ahad pun sama, aku masih ringan tulang menjenguk bazaar Ramadan untuk memilih kuih-muih apa yang berkenan di hati. Makan ramai2 waktu iftar dan sambung lepas terawih. Memang tak pernah membazir pun, sebab aku beli ikut keperluan dan logistik.

Selama ni aku tak pernah mengambil tugas memilih kuih di bazaar, tahun ni aku putuskan untuk berubah. Sebabnya hanya aku yang tau kuih mana yang kena dengan selera mak, suami dan anak. Diri sendiri belakang kira, aku entahlah takde specific interest pulak tahun ni, kecuali kuih koci. Tadi puas hati dapat makan, dari iftar sampai moreh, dah macam kuih koci muka ni gamaknya.

Adik aku si Ida ucap terima kasih tadi masa teman aku beli sunquick, susu fresh dan susu pekat di Aeon. Katanya terima kasih sangat kakak banyak bagi untuk family. Aku kata, memang itu pun yang menghidupkan aku sampai ke hari ini, untuk berbakti kepada keluarga. Walaupun tak selalu aku dengar kata2 macam yang Ida lafazkan, aku takde hal, this is the least that I could give, with all my heart.

Semoga segala2nya dipermudahkan untuk aku dan korang semua selagi jasad masih bernyawa. Ameen...!

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan