Pra Lebaran: Blues Anak Bujang

Assalamu’alaikum. Sekali setahun, kami bertiga mesti turun Pavilion KL bawak anak bujang beli baju raya. Kalau dulu Parkson, sejak naik sekolah menengah dan takde saiz yang sesuai dengan dia, tukar kepada Padini pulak. Orang dah ada citarasa sendiri ni bukan boleh main-main, beb... budak zaman sekarang cepat tau apa yang depa nak, bukan macam kita dulu, terima je apa yang parents belikan. Mummy ni haa, tukang suggest je kot la ada yang mengena. Dalam banyak-banyak suggestion tu ada la jugak masuk shortlists, ok la kan? 


Selebihnya, mummy tukang pegang baju-baju yang dipilih sebelum pass kat daddy untuk menyelesaikan bil di kaunter, ko rasa? Anak sorang semata wayang, lautan api pun sanggup direnangi, begitulah kasih seorang ayah. Sendiri ikat perut ke takde baju baru ke takde hal, janji keperluan anak cukup dan sempurna. Kegembiraan letaknya di situ, semoga direkodkan sebagai ibadah dan dilipatgandakan rezeki hendaknya. Ameen...


Aku tahun ni belum beli apa-apa lagi, duk sibuk jahit baju yang memang dah sedia ada menimbuni bakul kain pasang. Lace dan batik masih ada dua pasang yang belum dijadikan baju, malas nak matchy-matchy dengan seantero Kepulauan Melayu tahun ni, dah jadi terlampau meriah dengan kombinasi itu. Lalu aku tukar kepada lace dan satin, ke belakang pusing pulak. Dah siap jahit, tinggal nak pasang pelapik bahu je lagi, entah bila nak datang mood aku pun tak tau.


Summer vibe all year round...


Tu dia posing dengan bunga kuning, jangan jeles!

Korang dah settle persiapan raya? Aku silap haribulan pakai je tudung-tudung yang berlambak dalam almari tu, tapi tengok keadaan dulu. Kena cari tudung bonda lagi, awal puasa aritu baru beli sehelai kat kiosk Aeon AU2. Lawa, kaler peach tak silapnya, style sarung teratai daripada kain sifon. Sandal bonda dah beli, lari kejap gi Aeon Wangsa Maju tengahari semalam, saspen jugak takut dia tak berkenan. Bila dia kata “Oh, lawonya!” hati rasa lega lain macam. Saiz pun ngam, sebab ukur kaki aku je, satu saiz lebih kecik. Tahun lepas punya sandal pun dah lunyai bonda pakai, elok la dapat yang baru raya tahun ni. Kalau bukan raya, jangan harap dia bagi kita nak belikan sandal! 

Ok la, cukup sampai sini dulu. Selamat menyambut Nuzul Qur’an dan beristirehat di rumah bersama keluarga tersayang. Terima kasih sudi baca hingga ke hujung, sayang korang! 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker