Posts

Showing posts with the label BFFS

Mampir di Sunway Putra Mall

Image
Assalamu'alaikum. Aku teman kawan baru2 ni, punyalah kelam kabut selesaikan apa yang patut sampai perut masuk angin, pukul 5pm belum lunch. Langkah paling praktikal saat dan ketika itu adalah singgah ke mall yang terdekat dengan lokasi kami. Maka tercengang-cengang la aku, confused kenapa tetiba ada kat Sunway. Bila kawan aku bagitau itu tapak Hentian Bas Putra yang lama, barulah aku tergelak sendiri. Sabor je ler, walaupun namanya Sunway Putra Mall, tak semestinya aku kat Subang Jaya. Nai, kadar gula dalam darah turun mendadak ke sampai blur beriya?  Lapar punya pasal, kurang upaya nak memilih makan apa.. masuk je Teh Tarik Place, sebab kawan aku cari nasi. Kalau sorang2 mungkin aku menapak masuk restoran Jepun, takpun aku lepak minum kopi kat Starbucks dan makan mini cocktails. Takpe, kita raikan kawan.. lagipun aku minat minum teh tarik dorang kat cawangan Wangsa Walk. Aku order Wantan Noodle bersama teh tarik, sedap jugak. Kawan aku makan nasi goreng ayam berempah, cubit sikit ...

Berjimba di KLCC

Image
Assalamu'alaikum. Cuti Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA baru-baru ni adalah juga birthday anak aku. Malam sebelumnya kami bertiga pergi makan-makan sambut birthday dia,  siangnya tempoh bertenang sebelum pakat potong kek bersama nenek, mak bapak saudara dan sepupu sepapat lepas isyak. Jadi,  aku ada masa terluang nak berjimba secara bujang dengan alumni Suzaideen team KL nan bertiga. Impromptu jugak yang menjadi,  kalau rencana lama-lama sudahnya tinggal kenangan. Lepas zohor kami berkumpul di KLCC,  lunch kat food court.  Mungkin kedengaran macam kekwat gila babas,  tapi aku tak biasa makan kat food court KLCC, jadi aku memang jakun tak tau nak pilih gerai mana. 1st time dulu pakat tapau Nasi Kukus Mok@Sube (taukenya yang lawa nak mampus kat tengah tu) makan kat situ,  order air je tapi kali ni aku tawaf satu pusingan dan order kuey teow goreng daging di Wok & Grill. RM9 satu mangkuk,  portion memang besar tapi sebab lap...

Landasan Utara Ke Sempadan Thai

Image
Assalamu'alaikum.  Lama tak update blog, mereput bersawang karang jenuh nak renovate. Ogos baru beranjak pergi,  memahat 1001 cerita suka dan duka di lembaran hari. Sempena bulan kemerdekaan dan ulangtahun kelahiran, aku memerdekakan diri dengan bermusafir ke utara buat pertama kalinya tanpa ditemani anak dan suami. Dengan tiket kombo LRT ke Putra Heights RM10, aku gerak lepas solat asar dari rumah. Sesampainya di Putra Heights,  bas Rapid ke KLIA2 baru je berlalu pergi, 6.30pm tepat. Silap aku jugak tak check dulu jadual kekerapan bas perantara itu,  kan?  Kalau tunggu trip 7pm takut tak sempat kejar waktu boarding 7.25pm sebab perjalanan mengambil masa 40 minit lebih kurang. Maka aku panggil MyCar datang,  semput-semput je sampai 7.25pm kat airport. Aku berlari la kan,  takde makna nak catwalk jaga ayu bagai,  ko rasa? Dalam hati berpesan: Lain kali toksah duk berkakilebar sangat la masuk ofis lama-lama, dah tau nak kejar flight 8.05pm!  ...

2 Syawal 1440 Hijrah : Kaftan Kurung

Image
Assalamu’alaikum. Entry ni lama terperap dalam draft, sebelum menjadi pekasam ada baiknya kita keluarkan ia, kasi CPR apa adanya. Sepanjang Ramadan, aku ada siapkan beberapa pasang baju untuk dipakai pada hari raya. Disebabkan praktikal dan selesa, aku buat keputusan untuk jahit sepasang kurung kaftan dan dua helai dress kaftan. Kurung kaftan tu aku pakai pada hari raya kedua, seharian suntuk tanpa rasa melekit mahupun berkicap, walaupun dilapik dengan inner kat bahagian dalam. Pengudaraan yang cukup membuatkan aku bebas bergerak dengan penuh yakin.  Pelik sikit bila boleh minum siang hari, maklumlah sebulan menahan lapar dan dahaga. Tapi itulah dia, terus sibuk mencari secangkir kopi untuk memulakan hari. Sedap jugak latte Dunkin Donuts kat R&R Gambang, menyesal tak beli dua gelas, dah kena kongsi dengan cik abang. Sebenarnya aku dah tanya, dia yang tak hendak, mungkin sebab tak yakin akan menepati selera. Sekali bila minum, eh.. sedap la pulak! Takpe la, sesekali pak...

Remaja Purba Ceria Bersamamu

Image
Assalamu'alaikum. Bila entah ada kesempatan nak berkumpul cukup korum gang sekolah menengah aku ni, semua dah tersangat rindu sesama sendiri. Mini gathering #teamKL dan #teamKT selalu ada, cuma belum ada jodoh dan rezeki yang menggabungkan kedua-duanya setakat ni. Tak dapat nak bayangkan keadaannya nanti, jika menjadi realiti. Meletup, sudah pasti! Jadi, tiapkali ada antara kami yang jemput datang rumah sempena apa jua majlis, memang wajib hadir, seboleh-bolehnya datang awal sebelum tetamu lain datang ataupun datang lewat selepas tetamu lain balik. Sebabnya, senang nak membawang dan bergelak ketawa pecah pankreas. Macam minggu lepas, sepertimana yang dipesan dalam wassap group, aku terpacak awal-awal kat rumah Za di Ampang. Lambat sejam je daripada jadual, memang tak sempat nak monopoli tuan rumah la, dia kena layan para tetamu yang memenuhi undangan. Hurmm.. botol air itu tetap setia menemaniku ke hulu dan ke hilir, kan? Aku tak letak gambar budak-budak ni b...