Posts

Showing posts with the label JEJAK KANSAI

Jalan-Jalan di Sekitar Dotonbori, Osaka

Image
Assalamu’alaikum. Dotonbori memanglah wajib dikunjungi kalau kita melancong ke Kansai, dah jadi macam rukun, senang cerita. Kat situ jawabnya besarlah kemungkinan untuk kita bertembung dengan orang-orang Malaysia dan Indonesia, yang kadang-kadang naik sama flight dengan kita dari Kuala Lumpur, ataupun yang kita sapa berbahasa bahasi di Kansai Airport masa mula-mula sampai. Maklumlah, terjumpa bangsa sendiri di tempat orang ni seronok nak berkongsi senyuman, kalaupun tak berapa rajin nak berborak panjang.  Kami sebenarnya dah pergi ke Dotonbori sekembalinya dari Kyoto, pusing-pusing kawasan yang makin malam makin hidup suasananya. Sempatlah aku tawaf H&M yang gedabak kat situ dan rembat sehelai oversized jumper rona putih susu. Keesokannya pagi-pagi kami pergi lagi, maklumlah dah sampai penghujung lawatan, tunggu masa nak balik tanahair je. Kat situlah pun nak beli souvenir apa yang patut untuk dibawa pulang, walaupun currency depa mahal nya mak ai, berbanding Ringgit yan...

Osaka Castle In The Hill

Image
Assalamu’alaikum. Banyak istana yang menarik untuk dikunjungi di Kansai, salah satu yang wajib jenguk adalah Osaka Castle. Seluruh jajahan takluk negara Orient mukabuminya berbukit bukau, bergunung ganang dan luas mata memandang. Tak kisahlah China, Korea mahupun Jepun, semuanya macam tu, tahan menapak, mendaki lagi dan lagi sepanjang masa korang di sana. Jadi, apa lagi nak dihairankan kalau kita berpeluh-peluh nak boleh sampai ke Osaka Castle ni? Pastikan korang jenguk awal-awal kawasan ni, sementara tenaga masih banyak dan kaki belum lenguh teruk.  Nak ke Osaka Castle ni banyak kaedahnya, tinggal pilih je jaringan mana yang korang selesa, mana-mana pun kena banyak menapak jugak,sama je. Dah berjaya menapak dari stesen keretapi, menapak lagi keluar dari stesen. Ya, sungguh gedabak segala stesen, rasa macam eh, bilanya nak jumpa exit ni? Misi menapak diteruskan lagi sebaik sahaja meloloskan diri dari stesen. Sayup mata memandang, oh... jauh lagi tau tempat nak dituju...

Hutan Buluh Arashiyama, Kyoto

Image
Assalamu’alaikum. Sehari sebelum ke USJ, kami berkelana ke Kyoto dulu, pagi-pagi naik tren jarak jauh, memang sempat tidur berdengkur bagai satu round. Aku yang ngantuk, mamat dua orang tu yang lena tidur. Rasa nak marah jugak seposen dua masa tu, aih...! Sejuk lain macam Kyoto ni korang, angin dia boleh peteskan keting korang macam kena tackle main bola. Masa tu memang tak daya betul dah menanggung lutut yang cedera, terjatuh tangga sebelum ke Osaka. Menyesal toksah cakap la kan, tak sempat pergi betulkan urat dengan tukang urut. Nasib baik sakit tu akan ok lepas dapat duduk dan belunjurkan kaki lepas bebas. Azab bila kena naik atau turun tangga.  Pakwe sewa basikal untuk kami ronda sekitar kawasan menuju Hutan Buluh Arashiyama. Bayangkanlah, aku lengkapkan berapa pusingan naik turun bukit segala bagai. Yang bagusnya, masa tu takde menda pun, lutut aku relax je.. seronok ada la, lama tak naik basikal.  Panorama seluruh kawasan menuju Hutan Buluh tu sangat menakj...

Seharian di Universal Studio of Japan

Image
Assalamu’alaikum. Setahun kot baru nak sambung cerita Jejak Kansai ni, ko rasa? Ikutkan bajet, memang tak berapa mampu nak masuk USJ ni asalnya, tapi pejam mata aje ler, datang jauh-jauh, takkan nak hampakan perasaan anakanda yang terlampau kepingin ke situ. Balik besok usahakanlah macamana nak cover semula apa yang patut. Jadi, kunjungan ke USJ hari keempat tak silapnya, adalah kemuncak perjalanan kami di Kansai, klimaks dah tu kira, yang lain-lain dah jatuh aksesori.  Pagi-pagi lagi dah berkelubung meredah kabus dari apartment ke stesyen tren, dua kali jugak la tukar tren nak boleh sampai ke USJ ni. Manusia kat Jepun ni memang obses dengan taman tema dan menyokong 200% industri pelancongan dorang. Maka, sepertimana Disneyland Tokyo, rakyat merekalah yang memenuhi Universal Studio Japan. Kira kita ni nampak sangat pelancong kalau masuk taman tema, tak macam di Paris, Hong Kong ataupun Singapura. Lebih kurang kat Legoland JB la, penuh dengan orang Malaysia.  Aku ada...

WW ~ Keeping Warm In Winter, Hijabi's Way

Image
~ Nai at Tak Pe Je.