Assalamualaikum. Diriwayatkan, setelah sekian lama terpisah dan saling merindui, akhirnya Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu di Jabal Rahmah. Maka dengan itu, berbondong-bondonglah umat Islam memanjat puncak bukit ini demi mendapat jodoh. Yang belum berpunya, menyeru nama impian kalbu, tak kurang jugak yang dah berpunya, menyeru impian kedua, ketiga mahupun keempat. Huntong laa.... ! Bagi sesetengah orang, ini semua khurafat. Bagi aku pulak, tergantung niat asal itu sendiri, jangan sampai tersalah sandaran kerana yang memakbulkan tetap Allah swt, selebihnya adalah ikhtiar semata-mata. Sama jugak macam orang kepingin anak, dengar je makan buah zuriat boleh mengandung, pulunlah makan. Takpun, mandi kat Tasik Dayang Bunting di Langkawi sana, sejuk menggigil pun berendamlah sejam dua. Sekadar menyebut dua contoh, banyak lagi cerita kat luar sana, kan. Maka dengan itu, tempat-tempat mus...