Posts

Showing posts with the label SIBLINGS

Awal & Akhir : Satu Kesan Abadi

Image
Assalamu’alaikum. Samada satu suratan ataupun kebetulan, hanya anak sulung dan bongsu yang akhirnya mengadakan majlis kenduri kahwin di rumah Terengganu. Anak kedua majlis resepsinya di Temerloh dan anak ketiga di Taman Setiawangsa. Nampak gayanya anak keempat kalau pun terbuka hati nak menamatkan zaman solo, besar kemungkinan majlis resepsi bukanlah di Terengganu. Sekarang pun dia dah berbahagia di United Kingdom, entah nak balik Malaya entahkan tidak... Kami takde warna tema, kombinasi warna pelangi, mungkin? Korum pun tak cukup, isteri Apih menunggu hari nak bersalin anak kedua, jadi dorang memilih untuk tidak memandu 6 jam dari KL ke Terengganu. Isteri Mi pun menunggu hari, cuma due masih lambat dan memang nak bersalin di Terengganu. Demikian pun, kemeriahan majlis di kampung masih terasa dengan kelainan yang luar biasa: siap dengan pengimbas suhu, kaunter saringan diawasi abang-abang RELA dan pelayan-pelayan sado dari Primula Hotel bertugas sepanjang majlis. Koleksi gambar yang fo...

Kisah Songket dan Konvo Ida

Image
Assalamu'alaikum. Sorry lama tak update blog,  sikit lagi nak bersawang, sibuk sikit semenjak dua tiga menjak ni. Bukan apa,  lama tak berjalan jauh,  dah lebih 5 tahun ekonomi tak mengizinkan.  Tahun lepas dapat tiket promo redeem Enrich points pergi balik UK,  perjalanannya pertengahan bulan Mac baru-baru ni.  Balik je KL,  terus masuk ofis dan sebelah petangnya pergi konvo Ida,  siap dapat VC award lagi ambik Masters,  ko hado?  Mengantuk Tuhan aje yang tau,  tidur sepanjang perjalanan ke Shah Alam. Anak sedara duk ulang alik depan belakang nak duduk dengan Mak Lom,  terpaksa mintak mak pegang sebab dah tak tahan sangat rasa kantuk. Jet-lag kekdahnya, begitulah. Kesian Ida,  sampai kat Shah Alam dah habis majlis,  tak sempat tengok dia naik pentas. Anak aku ada extra class, tak dapat join. Daddy dia jumpa client, pun takde. Ibu Muhammad pulak masih kerja,  tak leh join jugak. Mana yang ada je ...

Lace & Batik ~ A Night Look

Image
Assalamualaikum.  Bagi orang macam aku,  baju tradisional tak pernah lekang dek panas dan tak juga lapuk dek hujan.  Dari zaman berzaman pun itu jugaklah yang aku duk bawak dalam penampilan fizikal diriku ini.  Tak kisahlah trending ke tidak,  in ke out,  viral ke sebaliknya,  citarasaku nampak gayanya tak terkesan langsung.  Sekarang ni,  trend terkini di Malaysia dah popular 'semula' lace dan batik, jadi kalau aku pakai macam tu,  takde la termasuk dalam kategori minoriti.  Even pergi majlis resepsi kat hotel pun,  tetiba jadi 'blend in' dengan rata-rata tetamu lain.  Malam tadi aku pergi memenuhi undangan di Hotel Flamingo dengan adik aku si Ida, yang menggantikan abang iparnya sebagai pasanganku. Dua-dua pakai lace dan batik,  seronok bergambar berdua. Jenuh jugak aku fikir nak padankan lace biru dengan kain batik yang mana,  akhirnya aku pilih yang tanah hitam dan corak dominan pink.  Shawl mula-mu...

WW ~ 90’s Sisters

Image
Vintage Mode Back to the 90’s! ~ Nai at Tak Pe Je.

Gegar Hingar Bingar di Ngences Giga

Image
Assalamu’alaikum. Semalam cuti Hari Buruh yang sungguh family-oriented aktivitinya sepanjang hari. Susah nak dapat moment macam ni sebenarnya, walaupun kami selalu berjumpa di bawah satu bumbung. Ye lah, dah nama pun bonda duduk dengan aku, maka secara automatik rumah aku jadi istana hinggap, rumah keluarga dan tempat berkumpul dan berkubang macam tongkang pecah. Tapi tetap susah nak bagi semua sekali ada depan mata, sebab ada kalanya giliran dorang lepak dengan keluarga mertua. Dah pulak Ida dengan Nazri sibuk buat Masters, masing-masing busy memanjang. Belum masuk cerita cik abang aku lagi, ingat senang nak tangkap dia join impromptu plan kami? Itulah yang best nya semalam, sebab hampir semua ahli ada masa makan malam di Ngences Giga, Setiawangsa. Yana je la join lambat, Apih gi jemput dia lepas habis praktikal. Tapi aku dah tak boleh nak tunggu, sebab nak kena pergi isi minyak kereta dan topup kad Touch N Go. Aku la wassap Nazri ajak tong-tong belanja family makan, ye la...

Adik Dah Masuk Dunia Hitam Putih

Image
Assalamu’alaikum. Adik bongsu aku dah rasmi jadi lawyer minggu lepas, elok sangatlah tu.. sempurna sudah impian arwah ayah, Alhamdulillah. Sama je nasib macam aku, dia bukan minat pun nak ambik law dan tak beriya nak praktis, cuma taat dan patuh pada permintaan ayahanda. Gitu la dik, takpe, kakak ada... itulah yang aku janji kat dia dulu-dulu, lepas SPM. Seronok tengok dia akhirnya happy dan pasrah dengan suratan takdir. Kakak ni biasalah, sentiasa ada untuk adik-adik, selagi hayat dikandung badan. Jadi, masa dia diterima masuk dan didaftarai di Mahkamah Tinggi Malaya, aku tampil menjadi 'mover' dia. Buat pertama kali dalam sejarah amalan guamanku, aku bersetuju untuk jadi 'mover' sebab takde senior lawyer lain yang free masa tu. Hehehe, kalau tidak memang takde nya aku sanggup. Mana boleh, hati tisu macam aku ni karang buat drama air mata pulak masa baca teks ucapan yang disediakan oleh Pempetisyen. Dah warning siap-siap, "Adik jangan tulis sedih-sedih, mal...

Ikan Di Laut, Asam Di Darat. Dalam Kuali Bertemu Juga.

Image
Assalamu’alaikum. Ini kisah minggu lepas, hari Sabtu. Kenduri kahwin kat sebelah Lembah Kelang pulak, sama2 memeriahkan majlis dan memenuhi undangan. Panas betul minggu tu, matahari sejengkal atas kepala, dah pulak kena beratur bagai mengiringi pengantin masuk ke Dewan Kekwa, Shah Alam. Aku kagum dengan diri sendiri sebab boleh berbaju kurung saree lagi tengah-tengah panas! Takde nak simpan pakai raya pun, dah melaram bawak pergi kenduri! Lawa kan warna biru ni? Jatuh cinta lagi dan lagi setiapkali aku pandang warnanya.  Kaum kerabat aku dari Temerloh memenuhi dewan... Acara wajib sebelum bersurai, haruslah havoc kat pelamin orang, kan? Dah besar sepupu-sepupu aku, time ni la rasa kertu dan remaja purba naw2...! Macamana la pengantin tahan panas bersongket bagai eh?  Sepupu aku si Athirah ni dah jadi orang Shah Alam, mak cakap nanti nak jemput datang rumah, jamu makan pengantin. Tapi itulah, balik je dari kenduri hari tu, mak dengan aku pakat tumbang secara duet pulak.. demam ...

Moksu Dah Nikah...

Image
Salam. Adik ipar aku yang paling bongsu dah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, si Amin dari Berserah, Kuantan. Majlis akak nikah dan resepsinya diadakan penuh adat resam seperti selayaknya. Selepas akad nikah sempurna di masjid berdekatan, kami pakat bersilat di rumah, melayan para tamu, saudara-mara, sahabat-handai jauh dan dekat. Kami 3 beranak pakai baju tema biru, aku siap beli baru kat Aeon waktu rehat pergi lari sekejap.  Moksu kata baju pengantin warna biru, banyak la ko punya biru, dik! Jenuh aku telek kat mana yang birunya entah. Hari yang sama, sepupu aku si Abg Wan akhirnya bertemu jodoh dengan orang seberang jalan. Family aku tak sempat makan kat kenduri rumah family mertua Abg Wan sebab terus berkejar dari Temerloh ke Kuantan, meraikan majlis resepsi Mok Su. Gambar keluarga mertua bersama pengantin aku belum mintak dgn Moksu, mana yang ada je la, ya? Junior diapit mummy dan daddy... Kenduri awak nanti entah macamana la agaknya, nak..!  Bu...