Posts

Showing posts with the label SYAWAL 1439H (2018 MASEHI)

Lemang Ujang AU 2

Image
Assalamualaikum. Korang suka lemang tak? Aku satu family suka, macam kebanyakan orang Malaysia jugak. Arwah ayah dulu setiapkali drive balik Temerloh pulang pergi wajib singgah beli lemang kat Kijal, Terengganu. Dia memang suka segala macam makanan yang berteraskan pulut, termasuklah lemang. Aku pun sama, gitulah jugak.. suka sangat makan pulut, kalau dah mengadap tu bukannya reti beristighfar. Memandangkan aku dah berzaman takde kesempatan nak ke Kijal, maka lemang hanya hadir dalam hidup ni masa hari raya. Tinggal lagi, tekak ni memilih la pulak, diva dan demand tak ingat punya!  Susah nak kena dengan selera, melainkan Lemang Ujang di AU 2 Keramat. Kat sini korang, bagi aku yang memilih ni, lemangnya sangat sedap dan sempurna rasa serba-serbi. Setiap tahun dorang akan pajak khemah besar gedabak kat tepi jalan mengadap Aeon AU 2 pada bulan Ramadan, rapat hingga ke Zulhijjah. Bayangkanlah betapa lakunya lemang dorang, tak putus-putus permintaan sampai 3 bulan straight, otak aku...

WW ~ Torn Between A Camera and A Plate

Image
Suap lagi, Mak Lom...! ~ Nai at Tak Pe Je.

Raya 6 Syawal ~ Sehijau Daun Pisang

Image
Assalamu’alaikum. Jumaat datang seperti biasa, tak menunggu sesiapa. Cuaca agak mendung dari pagi dan hujan turun pada sebelah petangnya, amat membantu kelancaran puasa bagi mereka yang merebut pahala puasa sunat Syawal. Aku tak terkecuali, usaha perabiskan sepanjang minggu bekerja, mulai Isnin sehingga Jumaat Untuk mencukupkan enam hari. Minggu lepas aku sempat buat sehari je, sebab hari kedua hanya mampu bertahan separuh hari, sebelum dikunjungi bendera merah pada pukul 2pm. Ko rasa? Aku turun ke Gombak agak awal kali ni, belum pun 1.30pm dan berhenti solat Zuhur di Shell menghala ke UIAM. Itu pun terkejar-kejar, ada seorang gadis terpacul di ofis nak mintak sign surat sumpah. Nasib baik sekeping je, takde la nak menunduk kat meja sign dan stamp bagai lama-lama. Aku berkali-kali mintak maaf tak boleh borak2 sebab nak kejar masa.  Masa sampai kat sekolah, dari jauh aku nampak anak bertuah berdiri menunggu sorang2, semua yang lain dah balik. Lambat sikit mummy kali ni, dia kena tun...

Happier Without You

Image
You look happier, you do I knew one day you’d fall for someone new But if he breaks your heart like lovers do Just know that I’ll be waiting here for you.  Be happier, that’s the least I could ever hope for you. ~ Nai at Tak Pe Je.

3 Syawal 2018 Masehi ~ Nilai Kasihku

Image
Assalamu’alaikum. Dua minggu sebelum Syawal tiba, aku dah bagitau mak siap-siap supaya jangan duk paksa nak buat makan-makan bagai 1st day raya. Aku dan Salami adik aku beraya kat rumah mertua masing2, Apih pulak isterinya tengah jalani housemenship kat hospital, malam raya baru boleh gerak dari KL. Tempah sate je dengan anak sepupu mak, antara resipi sate paling sedap di dunia bagi kami sekeluarga. Raya ketiga kita buat open house, panggil semua anak-beranak datang makan ramai-ramai. Ok, settled. Semua orang relax dan aku boleh settle kan segala bagai urusan kat ofis dengan tenang. Cakap memang tak semudah melakukan, tapi tetap tidak mustahil untuk dilaksanakan. Mak diharamkan daripada mengangkat hatta sebiji senduk, aku tak kasi muka punya. “Mok gi tido gi, esok takut letih!” Dia pergi masuk bilik, kejap lagi datang ke dapur semula. Tak senang hati dia selagi tak siap semua benda. Dengan berapa kerat je orang kat rumah, kerja kami siap cuma ambik masa sampai pukul 4-5 pagi la, kan. S...

2 Syawal 2018 Masehi ~ Biru Cintaku

Image
Assalamu’alaikum. Pagi2 buta aku buat entry ni, mata terjegil sebab pukul 10pm sengaja minum cappuccino secawan besar, menongkat mata nak tengok wayang dengan pakwe kat Pavilion. Kali ni kita cerita pasal Hari Raya Kedua pulak, sementara masih dalam mood raya.  Mak merajuk sebenarnya hari raya kedua tu, sebab aku takde pagi2 untuk menziarahi Tok Cik kat Paya Banir macam tahun-tahun sudah. Tapi iya la, batasannya aku seorang isteri, yang wajib taatkan suami. Aku tabahkan hati dan buat segala yang termampu untuk menjaga hati semua orang dan gunakan segala kemahiran memujuk yang ada pada diri. Takde la susah sangat, sebab bukannya aku tak balik langsung.. bezanya, aku sampai Temerloh jam 3pm lebih kurang, dan mak pun dah balik dari rumah Tok Cik. Lagipun, esoknya aku nak buat open house, panggil anak-beranak datang makan nasi Arab lauk kambing.  Aku tau mak sedih tapi dia kena kuat, sebab bukannya dia tak tahu hukum. Nak buat drama memang tak laku dengan aku sekarang, sebab aku l...

1 Syawal 2018 Masehi ~ Hari Nan Merah

Image
Assalamu'alaikum. Kita masih dalam bulan Syawal dan rata-ratanya belum move on daripada mood raya, especially manusia di Lembah Kelang.. minggu ni dah start la majlis terbuka. Maka akan sendat lagi padat ler segenap pelosok lebuhraya dan jalanraya, sila bertabahlah, ya? Aku tahun ni subuh-subuh hari Rabu (12hb Jun) dah bergerak turun ke Pasar Borong Selayang, sebelum menuju ke rumah mertua. Suami macam biasa akan memenuhkan cooler box dalam bonet kereta dengan daging kambing, untuk dimasak sebagai juadah hari raya. Dah selesai di pasar barulah kami bersesak-sesak di jalan menuju Kuantan. Terbaik punya sesak, sejam dari tol Gombak belum bolos ke terowong, ko rasa? Hurmm... adat ler setahun sekali meredah traffic jam yang luar biasa hebat. Anak bujang tahun ni pilih warna merah, so berbaju merahlah kami tiga beranak pada 1 Syawal tahun 1439 Hijrah. Seram jugak nak pakai merah tanpa was-was, nasib baik la badan dah banyak mengecil. Itupun aku tempah kurung moden ala kebaya pendek d...