Posts

Showing posts with the label MELANKOLIK

Oh, Silakan...

Image
Hey you, I'm just now leaving Can I come around later on this evening? Or do you need time? Yes, of course, that's fine Hey you, good morning I'm sure you're busy now, why else would you ignore me? Or do you need space? You can't help it if your mind has changed So go ahead and break my heart again Leave me wonderin' why the hell I ever let you in Are you the definition of insanity? Or am I?  Oh, it must be nice To love someone who lets you break them twice You're so blue, are you still breathin'? Won't you tell me if you found that deeper meaning Do you think I've gone blind? I know it's not the truth when you say, "I'm fine" So go ahead and break my heart again Leave me wonderin' why the hell I ever let you in Are you the definition of insanity? Or am I? Oh, …  

WW ~ Hutang Budi Dibawa Mati

Image

Saat Yang Ku Idam

Image
Hingga Tiba Saat Itu... ~ Nai @ Tak Pe Je.

Demi Masa Yang Berputar Tak Menunggu Kita

Image
Assalamu'alaikum. Balik ambik keputusan PT3 minggu lepas, banyak aku borak dengan azieq. Biasanya borak ringan-ringan je, kali ni guna bahasa orang dewasa pulak. Aku kata kat dia, "If you could pull this off, there's nothing you can't  pull off".  Dengan dia, bercakap memang saling melengkapi ayat, makin besar makin ketara. Satu lagi aku ingatkan kat dia, "Come shine come rain, always find the brightest side of things, like I raised you up with all this while". Secara kasar, nampaknya dia membesar dengan pendekatan yang aku terapkan, kira berjaya la propaganda mummy selama ni. Tinggal lagi tetap perlu dipantau, bimbang terlebih garam ataupun gula sampai menjadi penyakit. Ye la kan, budak setahun jagung baru nak 'up' takkan kita lepaskan sembarangan tanpa seliaan.  Dah selesai pesan berpesan, dia mintak singgah makan pizza (Hawaiian chicken) dan beli mocha frappucino hala balik. Seperti biasalah, memang specific kehendak dia dan tak paya...

Hujan Pasti Berhenti, Bersabarlah...

Image
Assalamu'alaikum. Berat betul rasa hati sepanjang hari ni, emosi memang pelik kalau bendera merah, abaikanlah aje, ya..! Tapi itulah, ikut mana pun hidup perlu diteruskan seperti biasa, waktu pun takkan terhenti dengan bungkam dan buntunya akal fikiran. Hujan yang membasahi bumi Lembah Kelang pun seakan-akan memahami nada pilu seorang aku.  Dan hujan petang Juma'at membawa maksud, jalan akan lebih padat lagi sendat daripada biasa. Kebetulan hari ni Minggu Orientasi belum berakhir, Junior wajib menghadiri program ceramah agama berserta kesemua pelajar sekolah dari jam 2.30 - 5.00 petang. Dengan rasa melankolik tahap lagu jiwang, aku ligat mencari jalan yang kurang tersumbat menuju Gombak. Alhamdulillah, pilihanku tepat dan nasib nampaknya menyebelahi, maka aku berjaya memboloskan diri daripada keadaan yang pasti akan menambahkan gelora jiwa. Yakin bahawa bajet masa setengah jam sebelum 5pm akan ngam-ngam untuk sampai ke destinasi, aku putuskan tak nak lalu jalan bertol....

Deep Conversation

Image
Andai hatimu terkesan dengan apa yang kutulis, itu hatiku yang berkata-kata.   Getar yang kau rasa, adalah jiwaku yang merintih.  Andai bagimu aku kau kenali, fikir sekali lagi.  Itu cuma yang aku izinkan sirna.  Hakikatnya, aku juga masih mencari siapa diri ini.  Di sisimu, di sisi dunia, dan yang paling rumit, di sisi-Nya, Tuhan Yang Esa.  Aku adalah insan tersisih, dalam zaman yang perih.  Saat fitnah menjajar menjadi koran buruk, yang didendangkan dengan nada sumbang, aku bungkam.  Benarlah kalam Allah, berbondong-bondong manusia sepelosok alam, persimpangannya nanti cuma ada dua.  Mahu ke kiri atau ke kanan, pilihannya di tangan kita. Terpulanglah... Namun, andai kanan destinasi pilihan, ikhtiarnya bermula kini.  Di sini, hari ini, tika dan saat ini.  Masa mengejar dan takkan pernah menunggu sesiapa. Aku, kamu, dia dan mereka, kita di hujung waktu. Ayuh, bangkitlah dari lena yang pa...

Mutiara Kata Hari Juma'at

Image
Assalamu'alaikum. Lama dah entry ni terperap dalam draft department, jadi ada baiknya aku bebaskannya ke dunia luar, kesian berlama-lama sangat kat situ, tak baik tau! Aku tulis mutiara kata ni sebagai reaksi kepada keadaan-keadaan sekeliling yang aku nampak depan mata, secara langsung mahupun tidak. Dalam suatu perhubungan, kebanyakan masanya, mesti ada salah satu pihak yang suka sangat nak mengubah pasangan masing-masing supaya mengikut acuan yang dikehendaki, bahkan kadangkala sampai ada yang menggunakan paksaan, manipulasi emosi dan kekerasan fizikal. Kenapa harus begitu, cuba soal diri sendiri, kenapa harus begitu? Berubah ke arah kebaikan tak salah, bahkan dituntut agama kita, itu semua orang pun tahu. Tinggal lagi, diri sendiri perlulah menginginkan perkara yang sama seiring dengan peredaran masa. Maksud aku, tak kisahlah kita ni berubah kerana manusia pada awal kejadian, bukan kerana kesedaran dan kemahuan sendiri pun, janji dalam hati yang paling dalam, kita...

Dari Kacamata Seorang Pencinta

Image
Assalamu'alaikum. Dah lama sangat aku tak ambik masa menikmati suasana lepas hujan, ada dekat berkurun lamanya; berkurun dalam erti kata yang sebenar, bukan setakat metafora ataupun penguat adjektif semata-mata. Suasana nyaman dan mendamaikan itu seakan-akan terpendam sekian lama dalam taman hati, lebih macam sekali kita pandai kayuh basikal, sampai bila-bila pun kita takkan lupa punya. Haa.. macam tu perumpamaannya perasaan aku terhadap suasana selepas hujan turun.  Hujung minggu lepas, aku dengan tindakan separuh sedar, duduk bersila depan pintu mengadap balkoni bilik, perasaan yang dah lama aku lupakan menerjah-nerjah tangkai hati, membawa aku ke alam persekolahan menengah rendah. Dengan jelas, aku nampak seorang aku yang berusia 15 tahun, lengkap berbaju kurung plain dari kain cotton berwarna biru lembut, bertudung separa labuh warna putih sedang duduk menunggu hujan reda di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu waktu itu, Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Haji ...

Self-Inflicted Irreparable Madness

Image
Is When You Can't Bring Yourself  To Move On From A Pain You Didn't See Coming. And You Knew It From The First Hello. ~ Nai at Tak Pe Je.

An Open Vow To Dearest You

Image
My love, More than a decade ago, I agreed to sail a ship with you. Nobody said it was going to be easy, neither did we promise not to stumble and fall. As I stood there not knowing what future held for us, I never failed to entrust my faith in our Creator. That He would lead us the way. That we would do just fine, come rain come shine.  Looking back, boy, I've had my share of losings! But yeah, life has made us humanely sane, right to the very core. I'm still a bride at heart, just twice as much a little scarred and wiser, as much as you otherwise are a nurtured groom. We've had our ups and downs, countless  joys and sorrows. As much as we're sometimes afraid of tomorrow, we've got each other and that has helped a  lot, really. In this yet another turbulent year of challenges, let's not forget God's promise, "With Every Difficulty, There's A Relief". See, even He never promised life would be easy, when instead He soothed us wit...

Masa Tak Menunggu Kita

Image
Assalamu'alaikum. Kejap je masa berlalu, sedar tak sedar anak pun dah besar. Aritu belek-belek album lama, mata jatuh kat gambar budak kecik tengah sengih dengan level kecomelan mintak dilempang. Automatik aku tersenyum dan hati diterpa 1001 rasa serentak, kacau kejap jiwa. Macamana la perasaan mak aku setiapkali pandang aku pagi-pagi masa aku salam peluk cium nak pergi kerja? Kadang-kadang dia pandang aku lama-lama, macam tak percaya anak dia dah kertu. Hidup ni memang satu kitaran biologi, perasaan yang sama bertukar ganti dengan watak dan peranan yang berbeza. Kita takkan mungkin pernah sunyi daripada mainan perasaan di dada waktu. Hakikatnya begitu..! Aku sudah banyak kali tewas dalam perjuangan menambah zuriat. No more tears to shed. Aku dah redha, bukan putus asa, cuma tak nak mengharap. Kesian kat orang sekeliling yang sama-sama mengharap hanya untuk kecewa di hujung jalan. Apa yang tak aku lakukan untuk kekalkan kandungan? Takde, semua dah aku usaha. Tapi kalau dah...

Zahir Tak Terucap

Image
Assalamu'alaikum. Aku seorang yang penuh dengan kata-kata, selalu mudah meluahkan rasa walaupun perlu berselindung di sebalik bahasa. Tapi aku dikelilingi manusia yang lebih senang berbahasa bisu, memendam rasa. Lalu aku mula belajar untuk berdiam pada kebanyakan masa, bimbang terlebih mengungkapkan jiwa.  Mereka mungkin tidak tahu betapa hidup ini terlalu singkat untuk berteka-teki. Esok belum tentu milik kita, mengapa harus dipersia waktu yang masih bersisa? Hargailah hari ini. Berterima kasihlah pada semalam, pada kelmarin dan masa silam. YouTube Video Zahirkanlah yang tersirat, usah biarkannya kekal bungkam di sudut hati.  ~ Nai at Tak Pe Je.

Jauh Di Sudut Hati

Image
Hidup memang penuh dengan dugaan. Kadang-kadang datangnya bertimpa-timpa, rasa macam tak mampu nak tanggung. Dah tu nak buat apa? Kena jugak tanggung, betul tak? Kita kan ada Tuhan, cari bantuan Dia mula-mula sekali, bukan akhir sekali. Kita pulak terbalik, dah habis cari manusia dan benda hidup kat dunia ni duk mintak bantuan, dah takde jalan lain baru nak ingat kat Tuhan. Dah kenapa? Sebab kita ni manusia, memang dijadikan dengan sifat pelupa. Padahal hati kita selalu rindu akan penciptanya. Makin jauh kita lari, makin tak keruan jadinya. Makin banyak kita isi hati dengan selain penciptanya, makin sarat penderitaan yang dirasa. Maka kita akan makin jauh dan menjauh dari landasan utama. Kita sesat dalam terang. Kita bungkam dalam kelam. Pejamkan mata seketika. Menangislah semahunya. Meraung jika perlu. Kemudian, jujurlah sekali dengan hati. Kembalilah kepada Tuhan yang sangat-sangat dirinduinya. Tak ada istilah terlambat bagi Tuhan. Dia selalu lembut dengan kita, selalu dekat dengan ...

WW ~ Sabar Itu Indah.

Image
Peace... ~ Nai at Tak Pe Je.

Terbaik Bagimu

Image
Izinkan aku kekasih... Yang Selalu Menyayangi: ~ Nai at Tak Pe Je.

WW ~ Perasaan Yang Aku Mengerti dan Engkau Mungkin Fahami

Image
Label: Wordless Wednesday  ~ Nai at Tak Pe Je.

Demi Sebuah Cinta, Kasih dan Sayang

Image
Assalamu'alaikum. Ubat paling mujarab dalam dunia ni adalah cinta dan kasih-sayang. Dengan cinta dan kasih-sayang kita akan ada banyak sebab untuk teruskan sebuah perjuangan. Dengan cinta dan kasih-sayang kita akan lebih bersemangat untuk meneruskan sebuah kehidupan. Jika itu kita miliki, bersyukurlah walau apa jua dugaan yang perlu kita tempuhi kerana tak semua manusia diberikan keistimewaan itu. Rezeki cinta dan kasih-sayang tak ada tolok bandingnya, takkan mungkin boleh diganti dengan emas dan permata. Nilainya adalah darah dan air mata, bersatu hingga akhir waktu.  Karma itu bukan suatu cerita dongeng, jadi kita jangan ambil mudah atas setiap perbuatan kita terhadap orang lain, apalagi orang tua kita. Nanti kita semua juga akan merasa tua, nasib kita bagaimana bukan sesuatu yang kita boleh ramalkan. Cuma kita perlu percaya, buat baik akan dibalas baik dan buat jahat akan dibalas jahat.  Bonda memang seorang anak yang banyak berbakti kepada orang tua dan ...

Cinta Terulung Dalam Hidupku

Image
Assalamu'alaikum. Sesiapa pun tak pernah dan tak akan pernah mampu ambik alih takhta kasih bonda dari hatiku. Harsh statement. Hakikatnya begitulah. Aku kan vokal, rasa apa aku cakap, cakap apa aku rasa. Expressive kata orang putih, dah memang macam tu apa nak dikata? Mak selalu suka curi-curi pandang anak dia dan rasa kasih yang terpancar dari sinar matanya memang menjemput segala rasa dalam hatiku. Bahasa bisu yang kadang-kadang diluahkannya, "Sayangnya kat anak mak sorang ni". Oh, anak mak yang sorang ni pun sayang gila kat mak, tau!  Mak dah semangat nak teruskan hidup, muka pun dah ada kaler. Dia dah suruh aku pergi belikan tudung raya untuk baju-baju dia dalam almari. Siap nak try hoodie kuning aku sebab nak pakai style tu pulak raya tahun ni. Perghh tahniah la Nai, sebab sungguh kuat menahan perasaan dan tetap tersenyum sedaya mungkin sepanjang adegan mencuba tudung itu berlaku.  Dua gambar dari dua hari yang berbeza. Mak memang lawa pa...

Kompilasi Suka-Suki, Merah Mata Coklat-Hitamku

Image
Assalamu'alaikum. Tengok dalam senarai entries, ada 1 draft yang belum diproses. Sebelum dijeruk diperam dan dAipekasamkan, baik aku susun ayat dan taip apa yang patut kat sini. Kadang-kadang aku ni bukan ada motif sangat letak gambar dalam satu draft, tapi sesedap tutti frutti je ikut mood.  Contohnya gambar basikal ni, pujaan dan penyelamat aku daripada obesiti ni, entah kenapa ada dalam kompilasi gambar pada tika dan saat ini. Padahal masa tu aku ada ambik gambar untuk kongsi dengan whatsapp group, sebab semua pakat upload gambar apa yang depa tengah buat. Kebetulan aku baru lepas kayuh basikal, snap aje la gambar benda alah tu. Yang ni masa tengah tunggu nak boarding flight, sejuk la konon sampai pakai jaket bagai. Tapi itu la masalahnya, aku memang penyejuk especially kat tempat yang pasang aircond full blast punya. Kebiasaannya siap kena selimut beriya walaupun dah pakai *cardigan/jaket/sweater (potong mana yang tak berkenaan). Dan jaket ni lain dari yang l...

Chuck & Wilson versi Nai at TPJ

Image
Assalamu'alaikum. Ini kisah sebuah pom-pom kaler merah dan riwayat hidupnya yang singkat. Baru je ni aku beli, kat Miss Teen Pavilion KL 2 minggu lepas hari Ahad. La gi berapa sen nak 50 henggit. Eh , mahal la bagi aku takat pom-pom berbulu kaler merah! Tapi beli jugak tu, sanggup sebab memang minat menda-menda comel dah pulak kaler merah angpau gitu..! Sayang sangat tau kat pom-pom merah ni.. Hari-hari aku sangkut kat handbag, ikutkan hati nak sangkut kat leher (ok, tipu). Dah la comel, lembut dan ohsem, baik hati pulak tu dia.. Tak pernah memberontak walaupun aku selalu heret dia gi semua tempat. Bila aku tinggalkan dia, mana ada selingkuh bagai. Yang penting, aku tak sakit hati walaupun dia tak pernah call, viber, whatsapp, telegram, facetime, skype hatta sms aku langsung. Never. Presenting ladies and gents, Miss Red Pom-Pom:- lepas ni adalah luahan hati aku kepadanya yang jauh di mata. (Sibbaik la ada gak gambar closeup Miss Red Pom-Pom ni. Boleh gak ditandakan sebagai...