Posts

Showing posts with the label RMO 2020

Bahagiakan Matamu

Image
Assalamu’alaikum. Lama-lama duduk dalam ruang yang sama akan buatkan kita lemas dan rimas, lebih-lebih lagi kalau keadaan pun menyemakkan pandangan. Jadi tak dapat tidak memang kita kena ketepikan bajet untuk cari penyelesaian kepada sistem susun atur yang lebih suaimanfaat. Ataupun kalau terpaksa, gunapakai saja apa yang sedia ada dalam rumah, walaupun itu bermakna akan perlu kepada penyelesaian lain beberapa ketika nanti. Macam aku ni, buat hati kering je ambik dua buah drawer Ikea ( Trysil )  yang aku letak dalam bilik tamu sejak rumah ni diizinkan Allah untuk didiami. Nanti bila dah cukup bajet, akan aku ganti dengan drawer lain untuk memudahkan adik-beradik menyimpan baju masing-masing. Lagipun sejak dua tiga menjak PKP yang berpanjangan ini, siapa je boleh datang lepak macam dulu.  Mula-mula aritu aku ambik sebiji dulu, untuk selesaikan ruang penyimpanan segala macam alat kerja dari rumah, ye la kertas A4, letterhead, kertas warna-warni, bekalan alatulis apa bagai. Selan...

Norma Periuk Ko Baru

Image
Assalamu'alaikum. Dah nak habis Ramadan baru terhegeh2 jenguk blog sendiri, habis bersawang sana sini, adoiyya! Bila nak buat entry, terkial2 sebab sistem dah bertukar.. punyalah jakun mak lom kau tak tau! Malas nak pening kepala, aku keluar dari Chrome, masuk Safari.. nasib baik masih boleh guna sistem lama, kalau tak entahlah bila nak update blog.. masalah utamanya tak reti nak upload imej. Blog aku ni kan macam diary bergambar, mana best kalau polos takde imej langsung, baik aku tulis jurnal hantar kat JKSM. Ok la, cerita pasal norma baru ni kan, pergi mahkamah pun terasa renyah dan azab sekali, bagi yang tengah banyak masalah lagi bertambah sendat jiwa raga bakul kepala semua, confirm!   Tapi semua ni demi menjaga kita sesama sendiri, walau macamana getir pun terpaksa jugak kita redahi bersama. Cara pengendalian kawalan keselamatan ni beza-beza antara satu mahkamah syariah dengan mahkamah syariah yang lain, ya.. aku tak banyak pengalaman, baru pergi dua mahkamah setakat ni. Di...

Mereput Demi Negara

Image
Assalamu'alaikum. Nak dijadikan cerita, sebelum diwajibkan melepak kat rumah selama 14 hari, aku dah memang tak masuk ofis dekat 14 hari atas sebab-sebab yang tak perlu diceritakan di sini. Aku bukan tak kerja, cuma tak masuk ofis, kecuali bila ada benda urgent yang tak dapat dielakkan. Bila dah kena duduk rumah ni, aku dapat tau ada penghuni kondo Sri Maya di Jelatek yang positif covid-19, tetiba aku rasa bersyukur sangat sebab takde kontek dengan orang ramai bila tak aktif bukak pintu untuk orang datang jumpa pesuruhjaya sumpah. Ye lah, mana tau salah seorang yang datang dalam tempoh aku tak bukak pintu tu sebenarnya pembawa virus, yang mana dia sendiri pun tak tau? Kiranya aku dah putuskan jaringan penularan virus jahat itu tanpa sedar. Alhamdulillah... sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-sebaik kejadian!  Bila Tan Sri Muhyiddin Yassin kata nak buat pengumuman penting sebelah malam, orang2 Malaya diserang panik secara berjemaah dan memandai jadi Nujum Pak Belalang ...