Hujung Minggu Di Midvalley

Assalamu’alaikum. Minggu lepas kami bertiga naik grab ke Mid Valley, kena panggil kereta 6-seaters ya kawan-kawan. Masa PKPB kita tak boleh naik grab lebih daripada 2 orang, kecuali kalau kereta yang jenis 6-seaters. Ingat lagi dulu terpaksa burn duit sebab tak boleh naik bertiga nak pergi outing, tapi masa tu tak tau pulak ada exception kepada general rule. Sekarang dah tau senang la nak rancang perjalanan. Kenapa sampai ke Mid Valley kami pergi, jauh tu dari tempat lepak biasa? Sebabnya anak bertuah nak tengok movie anime pujaan dia: Demon Slayer DAN nak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Nampak tak betapa specific nya permintaan dia? Kami kena cari Golden Screen Cinema yang ada outlet Madam Kwan’s, ko rasa? Maka demikianlah kami tercampak ke Bangsar sana, walaupun ada je tempat dekat setakat nak layan movie. Zaman anak bertuah kecik dulu, ofis kami di kawasan Pavilion sana, memang selalu lepak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Takde nya pernah dia order makanan lain kalau singgah si...