Posts

Showing posts with the label NAI MENJAHIT

Pak Su Dah Kahwin!

Image
Assalamu'alaikum. Selamat Hari Malaysia kepada semua yang berkenaan, cuti lagi kita ni ya? Lama aku tak update blog, sekarang lebih menggunakan masa terluang dengan drama-drama bersiri Korea di Netflix, rasanya mimpi pun dah dalam Bahasa Korea, jangan tak tau! Jadi, marilah kita sama-sama menjamu mata dengan update kali ni, iaitu sekitar pernikahan adik bongsu kami di Chendering, Terengganu Darul Iman. Majlis akad nikah dan resepsi sebelah pengantin perempuan jatuh pada hari Sabtu, 5hb September 2020. Dalam masa orang Malaysia duk kepoh dengan Emir-Mira, kami sibuk dengan majlis sendiri, tapi tetap peka apa yang tular di Instagram. Ah, gitu!    Pak Imam  awal-awal dah bukak rasa sendu, bila dia mulakan dengan suruh ingat pada yang telah tiada, terutamanya arwah bapa pengantin lelaki yang juga bekas gurunya bla,bla,bla aku dah ke laut duk dongak ke siling pun tak mampu nak bendung air mata...

Raya PKPB Mei 2020

Image
Assalamu'alaikum. 3 bulan sudah kita hidup dalam Perintah Kawalan Pergerakan, untunglah dah diberi kelonggaran sebaik saja masuk fasa PKP Bersyarat. Rentas Negeri tak boleh, jadi mereput saja kat rumah masing2 jangan duk gatal pergi balik kampung bagai, ok? Buang masa je mencuba, nanti kena patah balik jugak, semak otak aku fikir kenapa depa tak boleh paham tujuan peraturan ni dibuat, oh my God! Tinggal lagi ye lah, nuclear family aku semua ada kat Lembah Kelang, senang la cakap, ye? Tak jugak... keluarga mertua aku takde kat sini, kalau aku kat tempat pakwe, pedih jugak tangkai hati dengar takbir raya! Tapi sebab kita sayangkan orang tua kita, kita kebalkanlah hati untuk tidak pulang ke kampung dan meletakkan depa dalam risiko yang tak diingini.  Harus ada kuih raya, walaupun takde tetamu yang sibuk nak bertandang kecuali adik-beradik yang tak duduk sebumbung. Aku usaha beratur kat AEON minggu lepas, semata-mata nak beli kuih pilihan kalbu. Bekas kuih sekali dengan dulang tu aku ...

Seluar Batik Di Tasik Kenyir

Image
Assalamu'alaikum. Awal bulan Mac baru2 ni family mertua aku buat trip naik houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Maklumlah tabung percutian keluarga yang duk kumpul sikit sorang setiap bulan lebih setahun dah melimpah ruah kekdahnya, kena la perabis dengan percutian yang dipersetujui bersama. Maka tibalah waktunya kami segerombolan berkonvoi ke Tasik Kenyir, tapi kali ni aku nak cerita pasal seluar je, bukan pasal percutian itu.  Masa kemas kain baju, aku memang sengaja bawak seluar batik je semua, takde jeans ke seluar trek ke apa. Supaya senang aku kulu kilir pakai seluar yang sama dari pagi sampai malam, kecuali masa ada aktiviti air, baru tukar seluar lain yang sesuai dengan keadaan. Puas hati dapat manfaatkan seluar-seluar batik yang menjadi pujaan hatiku! Sesetengah orang segan nak bawak berjalan ataupun pakai depan khalayak ramai, tapi aku takde hal. Bukannya aku bogel, nak malu apa ke benda, betul tak? Lagipun kain batik aku bukan kaleng-kaleng, orang...

Selembut Kapas Mengelus Nafas

Image
Assalamu'alaikum. Dekat dua minggu lepas aku ada pergi Nagoya Wangsa Maju, saja cari kain untuk projek #naimenjahit ke peringkat yang seterusnya. Langkah kanan pulak nak dijadikan cerita.. ada banyak harga promosi dan stock clearance. Sudahnya aku bawak balik 2 set kain cotton berukuran 4 meter setiap satu, 4 meter kain style lama tebuk-tebuk warna peach dan 4 meter kain jenis apa entah, warna emerald.  Kain cotton yang stock clearance ni aku dapat RM9 semeter, jadi total 8 meter yang aku beli masa tu adalah RM72. Dua-dua kain tu pulak aku boleh dapat sehelai dress labuh tanpa lengan dan sehelai palazzo. Baki kain aku ingat nak buat simple tshirt, tengoklah apa kesudahannya nanti jadi ke tidak. Kain ni teramatlah sejuk dan selesa dipakai, siap boleh bawak tidur lagi. Nak layer dengan jaket denim ataupun cardigan kat luar, satu pilihan. Nak pakai tshirt ataupun cardigan kat bahagian dalam, satu pilihan lagi. Disebabkan materialnya yang teramat sejuk, takde hal korang nak ...

WW ~ You Can't Break Me

Image
Never!  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Palazzo Sampai Malam

Image
Assalamu'alaikum. Lama pulak aku tak update blog ni, sorry korang! Tak sempat nak kejar, bukan apa. Ni duk lepak sementara masuk waktu Maghrib, marilah kita berceloteh kejap. Bagi yang tau, aku kan suka buat palazzo guna macam-macam jenis kain. Cuma kalau guna kain pelikat ataupun kain batik, aku siap boleh pakai sehari semalam... pergi keja, jalan-jalan sampailah tidur malam. Selesa tahap dewa, punya! Lagi pulak potongannya memang sengaja dibuat gobos. Tak kena caranya, boleh nampak lebih berisi daripada biasa, tapi malas nak fikir banyak, asalkan selesa dipakai sudah! Kain pelikat petak-petak ni arwah ayah punya, memang banyak aku duk simpan dalam almari buat pakai dengan telekung solat, especially yang aku hadiahkan sepanjang ayah hidup. Tapi takde la aku sebat semua, ada je yang anak-anak lelaki dia pakai, tak kurang jugak bagi kat orang.. biar pahala berpanjangan. Saja aku potong style tu, boleh pakai tukar2 depan dan belakang, ikut mood dan keadaan. Ada sehelai warna...

Baju Seluar

Image
Assalamu'alaikum. Kalau riki-riki baju nak pergi Mekah, mesti ada jumpa busana Muslimah yang orang panggil "baju seluar". Sebenarnya fesyen ni lebih kepada punjabi suit, tak pun salwaar kameez cuma kaki seluarnya kecik menghala ke hujung kalau untuk dipakai oleh kaum wanita. Salwaar (seluar) kameez (tunik/baju labuh) yang dipakai oleh kaum lelaki barulah seluarnya lebar di hujung kaki. Bila dah dimodenisasikan oleh orang-orang Malaysia dan Indonesia, dah jadi baggy pulak seluar untuk busana Muslimah sekarang. Kira kombinasi tunik dengan palazzo la lebih kurang. Dulu nak beli ready made bapak mahalnya baju seluar ni, makan ratus kalau yang elok. Yang tak elok pun takde bawah RM100 sepanjang pengetahuan aku. Dulu la, sekarang aku tak tau. Kot la ada yang jual murah kat mana-mana, bagitau aku ya.. Aku buat sendiri je sejak menceburi bidang jahit menjahit ni, bagi aku takde la pakaian yang paling mudah nak dibuat melainkan seluar gobos. Aku selamba je guna pinggang g...

WW ~ Maroon Leo

Image
#teammaroon ~ Nai @ Tak Pe Je.

Kongsi Cerita, Gong Xi Ni!

Image
Assalamu'alaikum. Takde rancang pun nak pakai merah hari ni, tapi bila dah masuk kereta baru perasan, sesuai pulak dengan tema CNY pakaian atas sampai bawah. Mak tanya, "ni baju bila pulak?" sambil tersengih, pelik sebab tak pernah tengok aku pakai. Aku bagitau la dia, baju ni aku modify daripada body hugging midi yang aku beli lama dulu kat Padini. Maklum la, mak aku Lembaga Penapisan Filem paling utama kat rumah ni. Kiranya ada dua tapisan nak kena lulus, mak dengan cik abang, ingat senang ke jadi aku? 😂  Kalau nak dapat gambaran rupa asalnya, lebih kurang macam ni (kredit pada Shopee), cuma jenamanya Padini dan lebih labuh sampai buku lali. Masa beli tu dah tau takkan lepas nak pakai punya, tapi dah berkenan sangat, angkat jugak. Ingatkan nak pakai masa pergi bercuti kat tempat sejuk, malangnya tak berapa selesa kat bahagian lengan, dah la senteng. Natijahnya, tergantung sepi dalam almari begitu saja. Satu hari aku mulakan projek murni untuk upcycle midi dress...

Laila Namamu Teratas, Nai?

Image
Assalamu'alaikum. Korang tau, aku ada sepasang baju kurung pesak yang paling nostalgik dalam lipatan sejarah hidupku ini. Aku tak banyak koleksi kurung pesak, tak macam kurung Pahang ataupun kurung modern. Tapi mana yang ada tu aku memang sayang, especially sepasang kurung daripada kain saree berwarna kuning, sepasang sutera Terengganu berwarna biru Mydin dan sepasang lagi berwarna hitam polos berbunga timbul, yang jarang2 aku pakai. Masalah dengan baju kurung pesak ni sama je dengan seluar jeans kalau dah umur pun 10 tahun, maka wajiblah mengecil berbanding saiz terkini, yang meriah sungguh jumlahnya. Banyak sangat dah yang aku ucapkan selamat tinggal tapi tidak yang tiga ni, kabhi nahi!  Meh sini tengok yang warna biru dengan hitam tu, meh... I II Rasa nak lempang pipi sendiri, dah kenapa aku biarkan badan naik beriya? Muakakaka. Maka gigihlah aku modify jadikannya kurung modern paras peha belah tepi kiri kanan supaya lega nak duduk antara dua sujud semasa ...

Stress Management

Image
Assalamu'alaikum. Stress jangan buat main, kalau tak diuruskan dengan baik boleh jadi depression, weh! Setiap orang mesti ada cara deal dengan menda alah bahaya ni, aku biasanya menjahit. Sebelum menjahit dulu2 aku window shopping, yang akhirnya membahayakan lagi diri sendiri sebab boleh jatuh bankrup. Heheh. Kena tau punca stress dulu sebenarnya, baru mudah nak uruskan, tak kisahlah guna pendekatan apa. Kalau banyak sangat punca sampai tak tersenarai pendek, ambik yang paling mendesak. Hadapi satu-satu, jangan lari ataupun sengaja abaikannya, nanti makin menggunung boleh tumbang menimbuskan kita ke lubuk yang sangat dalam. Takut karang tak jumpa jalan nak panjat keluar, lagi susah!  Tak tau nak guna terapi yang bagaimana, boleh cuba selfie. Tapi kadang2 kalau masa tengah stress yang amat, selfie pun boleh memburukkan lagi keadaan. Ye lah, hati tak keruan memang takde apa yang berkenan di mata. Ambik 10 selfies, 1 pun takde yang helok pada pandangan, bikin panas ada la, ...