Posts

Showing posts with the label PJS SETIAWANGSA

#mudahterhibur

Image
Assalamu'alaikum. Kerja aku ni Allah temukan dengan macam-macam jenis orang, dari macam-macam peringkat usia, latar belakang dan pendidikan. Perangai, gaya bahasa, perawakan, perwatakan dan pembawakan diri sudah tentu jugak bermacam-macam. Bukan takde yang menjengkelkan, cuma aku lebih suka berkongsi tentang perkara yang menghiburkan. Contohnya hari ni, ada seorang regular customer datang bertandang, membuang pandang seraya bertanya, "Puan, ni radio ke bekas buat air?" Boleh je aku jawab, "Oh, itu mesin jahit!" tapi aku cuma tersenyum menahan ketawa dan berkata, "Mesin buat kopi tu..." Tak kurang jugak yang sibuk mencari jawapan kepada soalan-soalan peribadi, "Puan tak pakai cincin, puan dah kahwin belum?"  Tak pun, bila aku pakai cincin, "Cantik cincin puan, mana satu cincin kahwin?"  Sesetengah orang cepat melatah dan mudah nak sentap, tapi aku selalu memandang segala sesuatu dengan hati yang lapan...

Tentang Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah (Pindaan) 2018

Image
Assalamualaikum. Dengan berkuatkuasanya Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah yang baru pada 1hb Mac 2018, maka Kaedah terdahulu (1993) telah secara rasminya luput dan tidak lagi terpakai. Antara perkara fizikal yang jelas berubah adalah ukuran dan maklumat yang perlu dipamerkan pada papan  nama (signboard). Kaedah 16 (c): Signboard Nama Saiz:  40 cm x 50 cm Maklumat: Nama, Nombor ID, Alamat ofis & Waktu Operasi.  Memandangkan saiz dan maklumat yang wajib ada dalam signboard baru dah berbeza daripada dulu, maka wajib jugalah semua Pesuruhjaya Sumpah menukar signboard lain. Bagi yang baru sangat lagi dilantik, memang la terasa sebab nak kena buang signboard lama dan keluar modal lagi buat yang baru. Apakan daya, dah kebetulan Kaedah ditakdirkan berubah tahun 2018. Terimalah itu sebagai suatu suratan yang tak termasuk dalam bidangkuasa kita nak merubahnya. Tinggal lagi, kot la saiz tak berubah, boleh la pakat tempah sticker je tampal atas papan sedia ada, jima...

Our Cozy Little Pantry

Image
Assalamu'alaikum. Dah lama aku duk fikir macamana la nak selesaikan masalah ruang yang sempit kat pantry ofis, ada la dekat 3 tahun. Macam-macam dah idea keluar, cuma tak praktikal dari segi struktur dinding dan yang lebih utama, dari segi bajet. Ada duit banyak je menda boleh buat, betul tak? Akhirnya aku ketepikan sedikit bajet dan panggil orang tarik letrik, buat soket baru kat tempat yang dulunya bersempit-sempit letak meja makan. Sebabnya, aku nak alihkan peti pindah duduk situ dan meja makan ambik tempat peti. Jadilah keadaannya macam dalam gambar ni, tapi sorry aku takde gambar sebelum dan ada yang selepas aje.     Payah jugak nak bagi gambaran apa yang berubah sebenarnya. Cuma tempat yang sekarang ni ada rak kasut dan kipas meja tu dulu kami letakkan meja makan, mengadap partisyen dinding. Boleh makan maksimum 4 orang je sekaligus, itupun bersesak-sesak. Kalau orang nak lalu pergi tandas ataupun surau, memang kena guna sistem bangun dan keluar dari lif at...

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Image
Assalamu’alaikum. Berkuatkuasa 1hb Mac 2018, caj Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah telah bertukar sepertimana yang diperincikan dalam Jadual berikut: Walau bagaimanapun, caj untuk Surat Akuan Sumpah masih lagi sama seperti dahulu kala, iaitu RM4.00 setiap satu. Itu pun masih ramai yang mintak diskaun, ko rasa?  Begitulah laporan khas daripada diriku ini, PJS Setiawangsa. Nak datang silalah, ya...  Tetuan Nailah Ramli & Partners, No. 27-1, Tingkat 1, Jalan Setiawangsa 9, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. Tel: 03-4251 6068/69 Email: nrpartners@yahoo.com Waktu Operasi:  Isnin - Jumaat 9am - 5.30pm ~ Nai at Tak Pe Je.

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Image
Assalamu’alaikum. Okay, dalam banyak-banyak perkara tentang Pesuruhjaya Sumpah, bab mematikan setem ni aku nak kongsi dengan korang semua. Kita buat dalam bentuk rumusan fakta sudah la, ya? 1- Setem Hasil: RM10 sekeping, beli kat mana2 pejabat pos. Ada sesetengah Pesuruhjaya Sumpah dah beli siap-siap, standby kat ofis kot-kot la orang datang berkehendakkannya. Tapi jangan kecewa, marah atau tak puas hati kalau takde tau, sebab itu bukan tanggungjawab dia. Kira value-added service. 2- Dokumen apa yang Pesuruhjaya Sumpah boleh matikan setem hasil ni? Bukan semua dokumen, ya, tuan-tuan dan puan-puan. TIGA jenis je pun:  -i- Afidavit;  -ii- Surat Akuan Berkanun (a.k.a Akuan Sumpah); atau -iii- Deklarasi/Pengakuan Bertulis.  Dengan syarat Afidavit, Surat Akuan Berkanun dan Deklarasi/Pengakuan Bertulis itu ditandatangani dan diangkat sumpah di hadapannya. 3- Cara mematikan setem, takde cop2 bulat bagai macam kat LHDN tu, ya... kena buat dua palang kat lua...

Pesuruhjaya Sumpah Setiawangsa

Image
Assalamu’alaikum. Sesiapa yang memerlukan khidmat Pesuruhjaya Sumpah, bolehlah berkunjung ke alamat berikut (Updated): No. 25-2, Level 2, Jalan Setiawangsa 9, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. Tel/WA:  +6010-659 7780 Tel: 010-659 7780 Waktu Operasi: Isnin - Jumaat, 9am - 5.30pm. Lebih selamat jika telefon terlebih dahulu sebelum datang. Harap maklum. Terima kasih.  ~ Nai at Tak Pe Je.