Posts

Showing posts with the label PETUA MAK LOM

Rak Terbuka Ruang Tamu

Image
Assalamu’alaikum. Rumah aku ni jadi tumpuan keluarga sejak arwah ayah meninggal dan bonda tinggal dengan aku. Adik-beradik semua ada kat Lembah Kelang, sorang pun tak balik duduk Terengganu. Tinggallah rumah gedabak arwah ayah bina untuk anak-anak bini nun di sana, entah bila ada rezeki nak jadikan Bed & Breakfast. Cerita mak nak buat homestay tu dah sedekad, selagi aku tak turun padang, nampak gayanya tinggal cerita je la. Alangkan nak buat tahlil arwah kat rumah aku ni pun, jam 6.40pm takde siapa pun bentang sejadah kalau aku tak terhegeh-hegeh buat. Bibik pun selamba badak lagi duk menggosok baju, tau nak tahlil lepas maghrib tapi tak tengok jam pukul berapa. Nasib baik la aku dalam keadaan yang teramat sangat composed dan penuh pasrah, persediaan nak menyambut Ramadan la katakan. Menyimpang pulak dari tajuk asal, meh kita kembali ke pangkal jalan. Memandangkan adik-beradik aku selalu datang lepak kat rumah dan bergelimpangan barang depa letak atas tangga, aku ambik keputusan...

Garamkan Kulit Kepalamu

Image
Assalamu’alaikum. Hari ni aku nak kongsi petua hilangkan masalah kelemumur dan kulit kepala, ataupun masing2 dalam Bahasa Inggerisnya dandruff dan scalp. Bagi sesiapa yang dah kehabisan cara nak mengatasi masalah gatal-gatal kepala akibat kedua-dua faktor itu, anda tidak keseorangan. Banyaaaaaaaak sangat orang lain mengalami dilema yang serupa, salah seorangnya akulah!  Macam aku ni, ada satu lagi masalah, yakni rambut gugur. Nak dijadikan cerita, satu hari macam biasa pagi2 hantar anak sekolah aku dengar hot.fm dalam kereta. Gang Pagi Hot kan ada 3 serangkai kumbang yang meletup: Shuk, Ajak & Fizi. Sekali Shuk ada kongsi petua untuk kurangkan masalah rambut gugur. Katanya, campurkan garam dengan shampoo harian kita, nescaya akan ada perubahan yang ketara selepas diamalkan dengan konsisten.  Aku pun amalkanlah, dan memang ternyata berkesan untuk masalah rambut gugur. Tapi tak dapat nak membantu gejala gatal kulit kepala yang menggila, malangnya. Hari2 kot aku s...