Posts

Showing posts with the label DECOR IDEAS

Bahagiakan Matamu

Image
Assalamu’alaikum. Lama-lama duduk dalam ruang yang sama akan buatkan kita lemas dan rimas, lebih-lebih lagi kalau keadaan pun menyemakkan pandangan. Jadi tak dapat tidak memang kita kena ketepikan bajet untuk cari penyelesaian kepada sistem susun atur yang lebih suaimanfaat. Ataupun kalau terpaksa, gunapakai saja apa yang sedia ada dalam rumah, walaupun itu bermakna akan perlu kepada penyelesaian lain beberapa ketika nanti. Macam aku ni, buat hati kering je ambik dua buah drawer Ikea ( Trysil )  yang aku letak dalam bilik tamu sejak rumah ni diizinkan Allah untuk didiami. Nanti bila dah cukup bajet, akan aku ganti dengan drawer lain untuk memudahkan adik-beradik menyimpan baju masing-masing. Lagipun sejak dua tiga menjak PKP yang berpanjangan ini, siapa je boleh datang lepak macam dulu.  Mula-mula aritu aku ambik sebiji dulu, untuk selesaikan ruang penyimpanan segala macam alat kerja dari rumah, ye la kertas A4, letterhead, kertas warna-warni, bekalan alatulis apa bagai. Selan...

Akal Diberikan Percuma, Produk Dijadikan Serbaguna

Image
Assalamu'alaikum. Kerja menyusun dan mengekalkan kekemasan dapur bukanlah sesuatu yang mudah, tanyalah sesiapa pun. Sistem yang kita rasakan sesuai digunakan bulan lepas, belum tentu tetap relevan selang beberapa bulan kemudian. Pendek kata, ikut keadaan dan keperluan terkini, semua tu bila-bila masa boleh dan perlu berubah. Mana mungkin boleh statik kejung macam patung terukir di batu.  Tinggal lagi, sekarang kita disajikan dengan banyak pilihan dan tak payah ribut-ribut keluar usha barang dari satu kedai ke satu kedai. Janji ada sambungan internet, maka segala-galanya di hujung jari anda, selagi ada kemampuan membeli. Harga pun boleh dikatakan kompetitif, kadang-kadang jauh lebih murah berbanding dengan kedai fizikal, lebih-lebih lagi pada zaman pandemik sebegini. Sebagai contoh, rak serbaguna macam dalam gambar-gambar ni, kita boleh bandingkan harga antara Lazada dengan Shopee.  Kalau nak diikutkan, kita boleh dapat produk yang jauh lebih murah dengan fungsi yang sama, iait...

Jom, Main Sorok-Sorok!

Image
Assalamu'alaikum. Hujung minggu biasanya waktu untuk orang berehat, siap ada yang tidur bangun tidur bangun makan pun tak ingat. Ada jugak yang ambik peluang nak kemas rumah, habis dibongkar almari dan diubah kedudukan perabot. Tak kurang pula yang baru ada ruang waktu nak mendobi ataupun menggosok baju bekalan seminggu, pergh berkicap la badan dari hujung rambut hingga hujung tumit! Dalam pada tu, ada jugak yang tak sempat nak berehat, lagi sibuk daripada hari-hari bekerja. Walau dalam kategori manapun kita, apa yang penting adalah kita masih ada bumbung untuk berteduh daripada panas dan hujan dan makanan untuk dihidangkan atas meja, maka alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.  Aku tak ke mana-mana sejak balik kerja hari Jumaat, memang terperap kat rumah je sampai hari ni. By choice, kekdahnya. Bangun pagi Sabtu, aku rapikan keadaan depan rumah, sapu porch dan wujudkan sistem baru untuk dipraktikkan oleh bibik terkasih. Dimulakan dengan pasu lama yang digunakan untuk meletakk...

Benda Letak Di Kaki Pun Letaknya Di Mata

Image
Assalamu'alaikum. Kalau korang jenis kaki travel hujung2 tahun cari pasal kat tempat sejuk beku, mesti korang ada simpan kasut khas yang sesuai dengan cuaca dan suhu macam tu, betul tak? Masalahnya sekarang, kat mana nak campak bila dah mereput kat rumah, nama pun negara hujan panas sepanjang tahun? Takkan nak buang pulak, benda makan ratus, pakai pun kejap aje, ishh dilema sungguh! So, meh aku share kat sini cara penyimpanan yang aku buat, mana la tau kot korang berminat nak ikut sama. Kita letak dalam bekas plastik tergantung ni, transparent senang nak nampak bila diperlukan dan tak payah duk selongkar kontena plastik bertutup sekotak demi sekotak. Stress nanti kalau tak jumpa, nak kena kemas semula lagi la sakit jiwa! Perkara seterusnya, kena pilih mana nak gantung pulak biar jangan menyemakkan keadaan dan tempat penyimpanan yang memang dah sedia sesak. Sebelum ni bibik gantung kat belakang almari stor, layered pulak dengan beg untuk simpan sut blazer. Semak toksah caka...

Rak Terbuka Ruang Tamu

Image
Assalamu’alaikum. Rumah aku ni jadi tumpuan keluarga sejak arwah ayah meninggal dan bonda tinggal dengan aku. Adik-beradik semua ada kat Lembah Kelang, sorang pun tak balik duduk Terengganu. Tinggallah rumah gedabak arwah ayah bina untuk anak-anak bini nun di sana, entah bila ada rezeki nak jadikan Bed & Breakfast. Cerita mak nak buat homestay tu dah sedekad, selagi aku tak turun padang, nampak gayanya tinggal cerita je la. Alangkan nak buat tahlil arwah kat rumah aku ni pun, jam 6.40pm takde siapa pun bentang sejadah kalau aku tak terhegeh-hegeh buat. Bibik pun selamba badak lagi duk menggosok baju, tau nak tahlil lepas maghrib tapi tak tengok jam pukul berapa. Nasib baik la aku dalam keadaan yang teramat sangat composed dan penuh pasrah, persediaan nak menyambut Ramadan la katakan. Menyimpang pulak dari tajuk asal, meh kita kembali ke pangkal jalan. Memandangkan adik-beradik aku selalu datang lepak kat rumah dan bergelimpangan barang depa letak atas tangga, aku ambik keputusan...

WW ~ Hidup Ini Dibatasi Realiti & Fantasi

Image
Assalamu’alaikum. Antara harapan, impian dan angan-angan.. Di situlah letaknya kenyataan. ~ Nai at Tak Pe Je.

Our Cozy Little Pantry

Image
Assalamu'alaikum. Dah lama aku duk fikir macamana la nak selesaikan masalah ruang yang sempit kat pantry ofis, ada la dekat 3 tahun. Macam-macam dah idea keluar, cuma tak praktikal dari segi struktur dinding dan yang lebih utama, dari segi bajet. Ada duit banyak je menda boleh buat, betul tak? Akhirnya aku ketepikan sedikit bajet dan panggil orang tarik letrik, buat soket baru kat tempat yang dulunya bersempit-sempit letak meja makan. Sebabnya, aku nak alihkan peti pindah duduk situ dan meja makan ambik tempat peti. Jadilah keadaannya macam dalam gambar ni, tapi sorry aku takde gambar sebelum dan ada yang selepas aje.     Payah jugak nak bagi gambaran apa yang berubah sebenarnya. Cuma tempat yang sekarang ni ada rak kasut dan kipas meja tu dulu kami letakkan meja makan, mengadap partisyen dinding. Boleh makan maksimum 4 orang je sekaligus, itupun bersesak-sesak. Kalau orang nak lalu pergi tandas ataupun surau, memang kena guna sistem bangun dan keluar dari lif at...

WW ~ Tempat Membuang Pandang

Image
Assalamu’alaikum. ~ Nai at Tak Pe Je.

Lagi Rak Serbaguna 5 lapis Dari Shopee

Image
Assalamu’alaikum. Kisahnya, aku order lagi kat Shopee rak serbaguna untuk selesaikan kecelaruan barang-barang dapur, macam yang aku tulis tempoh hari ( KLIK SINI ). Masih lagi daripada penjual yang sama, kali ni aku pilih yang 1.25m je, berbanding 1.5m sebelum ni.  Sebab utamanya, memang semak lain macam bibik ‘kemas’ ikut versi dia, selagi ada perkakas elektrik kat dapur tu, dia mesti nak jadikan storage, heran aku. Macam sekarang ni, alhamdulillah nampak lebih teratur walaupun kalau ikut hati ni, nak je aku susun semula tapi ye la, dah dia komander kat dapur tu, melebih-lebih karang dia sakit hati pulak... aku jugak yang susah.  Letih dah nak bagitahu dia, mana-mana menda yang tak selalu pakai tak payah nak sibuk display kat luar, tapi tak paham-paham jugak. Kalau laki aku memang dah lama surrender cakap dengan bibik, takut nanti tak sedar jadi menengking dah, lagi naya. Aku dah pesan, bagi aku je handle, tak pasal-pasal lari karang. Setakat ni boleh la...

Set Sofa Untuk Dijual

Image
Assalamu'alaikum. Awal tahun 2016 aku ada post pasal sofa make-over kat SINI , kalau korang follow blog ni mesti pernah terbaca, masa tu masih belum masuk rumah baru. Sofa ni asalnya aku nak hantar balik kampung, alang-alang mak nak buat homestay, biarlah ada manfaat menda alah ni. Tapi memandangkan nak menghala ke Terengganu sana bukanlah dekat, lebih baik aku jual je sofa ni sekali dengan meja kopi, kot la ada yang berminat nak beli.      Kenapa tak simpan je, menda elok lagi, mungkin ada orang tanya macam tu, kan? Sebabnya, tak sesuai dengan deko rumah ni... dah pulak makan space, makin tambah kecik jadinya ruang family yang entah bila nak ada bajet untuk aku siapkan. Bila dah takde sofa dengan meja kayu ni, bolehlah aku start pelan-pelan ganti dengan apa menda yang patut dan perlu, supaya serasi dengan konsep semasa.  Dalam ketiga-tiga sofa ni, yang kat bawah ni aje ada orang duduk hari-hari, tempat adik bongsu aku study dan buat kerja, dari masa...

Hasil Tangkapan Jualan 11/11 Shopee

Image
Assalamu’alaikum. Sabtu lepas tarikhnya cantik, 11.11.17... bukan main hebat lagi peniaga duk buat promosi sempena tarikh 11/11 tu, padahal saja cari sebab kreatif nak naikkan jualan. Dah nama pun bisnes, kena la pandai cipta peluang, bukan semata-mata tunggu nak rebut peluang, nganga sampai lalat masuk dalam mulut. Macam aku pulak, takde la beriya terpanggil nak join membeli dan membelah dompet hanya kerana orang duk canang promosi 11/11. Cuma dah alang-alang selalu jenguk Lazada dan Shopee, aku saja cuba nasib nak tengok harga rak serbaguna kot la menarik harganya. Alhamdulillah, dah rezeki aku, memang ada promosi kat Shopee, sesuai dengan kehendak dan bajet. Itu je la pun yang aku rembat, benda-benda lain tak termasuk dalam keperluan buat masa sekarang.  Inilah dia bendanya, rak biasa je pun. Dah lama aku cari penyelesaian untuk menyimpan barang-barang dapur bersaiz gedabak, nak kasi lapang sket atas kaunter almari dapur. Bukan boleh mata aku ni pandang benda semak, rasa stress ...

Mastering The Art of Patience

Image
Assalamu’alaikum. Dalam banyak-banyak perkara, sabar paling payah nak buat, cakap bolehlah, senang. Lebih-lebih lagi kalau diletakkan dalam keadaan yang sangat mencabar emosi, memang hazabedah ler nak bersabar. Tapi itulah sebenarnya ujian yang kebanyakan manusia selalu gagal big time, kita hampir pasti akan terlupa, penat, malas ataupun tak punya kuasa nak bersabar. Mungkin sebab itulah sabar ni pahalanya besar sangat di sisi Allah, dah confirm susah yang amat nak buat. Bak kata Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya, “Be The Happiest Woman”, sabar itu adalah seekor kuda perang. Patience is a war horse. Maknanya, manusia yang boleh bersabar tak ubah seperti kuda perang, bukan calang-calang makhluk Allah weh kuda perang tu!  Kuda perang mana ada penakut, lemah, lembik, malas, gelojoh, gopoh, bertangguh, berlenggang kangkung, menyiput sedutkan diri bagai. Jadi, jom lah kita pakat belajar kemahiran bersabar, mudah2an semangat kuda perang akan semakin menguasai diri kita semua, har...

WW ~ That Little Corner Full of Love

Image
Salam.  ~ Nai at Tak Pe Je.