Posts

Showing posts from April, 2011

Disampuk Hantu Kak Limah

Tak pernah la aku ni jemu tengok komedi2 karya Allahyarham P.Ramlee. Entah berapa kali ulang tayang pun, duk ngadap la kalau ada peluang. Kadang-kadang saja tunggu sesetengah babak yang memang dah jadi wayang pun dalam otak. Lepas tu, gelak la jugak macam tak pernah nye tengok sebelum-sebelum tu. Naik hairan la kadang-kadang kat diri sendiri. Banyak dialog yang melekat sampai sekarang, contohnya "Entah la, labu", "Aku mati dalam iman, daa..", "Tu orang sebelah, hari-hari makan tulang, buat sup" dan macam-macam lagi.  Dah namanya legend, macam tu la... Komedi-komedi pasca zaman P.Ramlee tak de yang boleh bikin fenomena kat Malaysia ni. Kebanyakannya memang dah sebati dan terbawa-bawa dengan gaya lawak Seniman Agung kita tu. Sehinggalah (bagi aku) hadirnya pujaan hatiku, brader Afdlin Shauki. Itu pun awal kemunculannya bersama Harith Iskandar diminati golongan-golongan minoriti saja. Lebih diterima adalah kumpulan Senario (dan kemudiannya Saiful Apek + Ya...

Nombor Bertuah

Nombor bagi sesetengah orang tak lebih daripada angka. Tapi bagi sesetengah yang lain, nombor penentu kesejahteraan hidup, penyumbang kepada kekayaan mahupun kejayaan sesebuah perniagaan. Kalau dulu sindrom pemilihan nombor-nombor yang dikategorikan sebagai 'ong' atau 'bertuah' ini hanya di kalangan masyarakat Tionghua, tapi sekarang dah berjangkit sama kepada bangsa-bangsa lain. Al-maklum, 1 Malaysia la katakan... Implikasinya, penuh la JPJ dengan 'runner' kepada syarikat-syarikat menjual kereta dan individu-individu yang berebut nak dapatkan 'nombor cantik' bagi pendaftaran kereta masing-masing. Yang sanggup melabur sampai puluhan ribu ringgit pun ada semata-mata nak tempah nombor-nombor terhangat di pasaran, terutamanya nombor 1 - 3 digit dan yang mempunyai angka 8. Angka 8 dikatakan sangat 'ong' kerana dikaitkan dengan kekayaan, manakala angka 4 amat dihindari kerana bersangkut-paut dengan kematian. Kepercayaan ini memang amat kuat di kalan...

Masa dan Harganya

Anak-anak cepat membesar. Tiba-tiba dah buat kain buruk baju-baju dia orang, kalau pun tak didermakan. Cepat benar senteng baju-baju dan seluar, rasanya baru je beli. Kalau pergi outstation 2 minggu, balik rumah mesti nampak dia orang makin tinggi.  Ada jenis budak yang cepat nak jadi 'macho', especially yang lelaki. Masuk sekolah je dah malu kena cium dengan mak ayah depan orang. Nak peluk pun jenuh la mengelak. Padahal sejak baby memang biasa kena peluk-cium macam tu. Yang perempuan pun ada macam gitu, tau. Anak saudara aku macam tu. Atuk dia nak cium punya la susah, dah dapat siap lap lagi tu!  Ada jugak jenis budak yang lambat nak lepaskan diri daripada zaman dimanja-manja, dipeluk-cium bagai. Hatta berpisah tempat tidur dengan mak ayah pun payah. Sampai rimaslah mak ayah, dikacau-daun selalu. Sebenarnya kita kena belajar menghargai saat-saat terlampau diperlukan oleh anak-anak. Sebab akan tiba saatnya kita berasa seolah-olah tak diperlukan lagi. Kalau dulu, kitalah sega...