Posts

Showing posts from September, 2019

Berjimba di KLCC

Image
Assalamu'alaikum. Cuti Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA baru-baru ni adalah juga birthday anak aku. Malam sebelumnya kami bertiga pergi makan-makan sambut birthday dia,  siangnya tempoh bertenang sebelum pakat potong kek bersama nenek, mak bapak saudara dan sepupu sepapat lepas isyak. Jadi,  aku ada masa terluang nak berjimba secara bujang dengan alumni Suzaideen team KL nan bertiga. Impromptu jugak yang menjadi,  kalau rencana lama-lama sudahnya tinggal kenangan. Lepas zohor kami berkumpul di KLCC,  lunch kat food court.  Mungkin kedengaran macam kekwat gila babas,  tapi aku tak biasa makan kat food court KLCC, jadi aku memang jakun tak tau nak pilih gerai mana. 1st time dulu pakat tapau Nasi Kukus Mok@Sube (taukenya yang lawa nak mampus kat tengah tu) makan kat situ,  order air je tapi kali ni aku tawaf satu pusingan dan order kuey teow goreng daging di Wok & Grill. RM9 satu mangkuk,  portion memang besar tapi sebab lapar punya pasal,  licin aku kerjakan

Sembang-Sembang Kosong, Meh...

Image
Assalamu'alaikum. Aku diserang mental block, tak tau nak update apa entah kat sini. Menung depan skrin, keluar semula tak tau amenda nak cerita. Gambar berlambak sebenarnya, boleh sangat naikkan kat sini untuk dijadikan modal, tapi akhirnya takde maknanya jugak.. tetap keluar tanpa sepatah kata. Hari ni sepatutnya Wordless Wednesday, ada pulak kata-kata keluar untuk update blog, jadi mari kita teruskan apa adanya, kawan-kawan. Walaupun sebenarnya takde cerita penting pun, takpe la daripada takde langsung, kan? Korang jenis keluar rumah pakai mekap tak? Aku kalau tak mekap pun, tetap akan pakai toner dan pelembab kat muka sebelum keluar ke mana-mana, itu paling malas la kira. Kalau tak malas, akan sapu bedak dan pakai lipstick. Tapi kalau datang rajin, jenuh jugak mekap ala-ala full face, terutamanya bila ada majlis kenduri ataupun apa-apa majlis formal. Kalau datang extra rajin pulak, hari-hari aku buat full face, tinggal bahagian mata je kadang-kadang tak sentuh sebabnya

Landasan Utara Ke Sempadan Thai

Image
Assalamu'alaikum.  Lama tak update blog, mereput bersawang karang jenuh nak renovate. Ogos baru beranjak pergi,  memahat 1001 cerita suka dan duka di lembaran hari. Sempena bulan kemerdekaan dan ulangtahun kelahiran, aku memerdekakan diri dengan bermusafir ke utara buat pertama kalinya tanpa ditemani anak dan suami. Dengan tiket kombo LRT ke Putra Heights RM10, aku gerak lepas solat asar dari rumah. Sesampainya di Putra Heights,  bas Rapid ke KLIA2 baru je berlalu pergi, 6.30pm tepat. Silap aku jugak tak check dulu jadual kekerapan bas perantara itu,  kan?  Kalau tunggu trip 7pm takut tak sempat kejar waktu boarding 7.25pm sebab perjalanan mengambil masa 40 minit lebih kurang. Maka aku panggil MyCar datang,  semput-semput je sampai 7.25pm kat airport. Aku berlari la kan,  takde makna nak catwalk jaga ayu bagai,  ko rasa? Dalam hati berpesan: Lain kali toksah duk berkakilebar sangat la masuk ofis lama-lama, dah tau nak kejar flight 8.05pm!  Saspen gila keadaan masa tu weh, d