Posts

Showing posts from July, 2015

My Lady In Red : Darling Icona (Diary of A Coffeeholic)

Image
Assalamu'alaikum. Juma'ah Barakah! Kejap je dah nak habis minggu ni, pejam celik pejam celik dah pun Jumaat. Itu la dia, anyways kali ni aku nak cerita pasal me lady in red, Miss Icona Espresso Maker keluaran De Longhi.  Pencinta kopi macam aku harus la teruja dengan mesin-mesin espresso ni kan, tinggal lagi sejauh mana sanggup nak mengumpulnya. Eh, idok ler ada niat nak kumpul mesin kopi macam kumpul setem pun, ish korang ni agak-agak la kan? Cuma ada la pasang angan-angan nak letak 1 kat Temerloh dan 1 kat Kuantan. Bukan apa, senang nak minum kopi setiapkali balik kampung sebenarnya. Tak payah susah-susah nak keluar ke bandar bagai carik kopi, kecuali la memang nak ngedet lepak-lepak sambil carik kawasan 3G kennn? Kalau nak tambah koleksi mesin kopi lebih-lebih karang, tak pasal-pasal kena bukak kedai kopi pulak, habis siapa pulak nak jaga bisnes kecik aku sekarang ni? Heheheh. Okay, itu dah masuk bab lain, kita tinggalkan dulu kat situ. Dah lama darling Icona ka

Mengejar vs Berlari Setempat

Image
Kenapa saya kejar awak?  Sebab awak lari. Kenapa awak lari? Sebab saya kejar.  Boleh tak saya berhenti mengejar? Boleh. Awak berhenti berlari.  Kalau berlari setempat? Saya kejar setempat. Nampak?  Saya tak nak awak lari, saya pun tak suka mengejar.  Saya nak awak duduk dan mengadap saya, deal with me. With all this. Tengok mata saya dan cakap betul-betul: I hate you so get lost.  ~ ok tak buat cerita macam tu? Aku ingat nak sambung tulis novel yang dah berkurun tergendala...

WW ~ Gothic Mood

Image
Label: Wordless Wednesday  #prayformalaysia N/B: "Hero Kalah Dulu" ~ Nai at Tak Pe Je.

Diari Hujung Minggu Seorang Kakak

Image
Assalamu'alaikum. Korang tau, masa Junior mula-mula belajar bercakap dulu dia panggil aku "kakak". Lama jugak la nak betulkan jadi "mummy". Sebab adik-adik aku selalu datang lepak masa cuti semester kat rumah dan yang selalu Junior dengar adalah kakak, bukannya mummy. Sampai hari ni aku duk cerita pasal tu kat dia, lagipun dia suka dengar pasal zaman dia baby dulu, especially kalau aku asyik gelak-gelak bercerita tentang keletah sepupu dia si Athiyya. Hati anak mesti mau jaga, kan?  Hari Sabtu petang bawak la si Junior gi tengok cerita Ant Man, latest Avenger's franchise hero. Akhirnya dah ada Avenger yang aku betul-betul minat sekarang selain Thor yang sado itu. Ant Man tak sado tapi lebih daripada tu, dia humble dan cute dan ada degree. Hehe. Ni gambar aku balik rumah lepas tengok movie, keluar balik gi ngedet kat Plaza Damas dan sibuk jugak nak posing bagai sebelum tukar baju.  Ahad pulak aku jadi wakil bonda temankan bakal adik ipar shopping

Seputar Akhir Ramadan & Awal Syawal

Image
Assalamu'alaikum. Eh, ada lagi cerita nak dikongsi dengan korang pasal puasa dan raya, kenapa tak percaya? Percayalah. Hehehe. Sementara masih dalam momentum sebegini rupa, baik layankan aje. Rojak sikit tapi entry ni, jangan marah tau!  Hari terakhir puasa memang paling mencabar, perasan tak? Sebab mental dah terlebih bersedia nak raya, terutamanya budak-budak. Mak budak pun dua kali lima jugak. Cuaca yang sangat panas lagilah pemangkin segala rasa kurang selesa. Cuma Alhamdulillah tahun ni walaupun panas, angin memuput lembut dan mengelus-ngelus pipi kasi lembut rasa hati. Bertambah lembut bila ada jugak port yang dapat detect 3G kat bawah pokok depan rumah pak mertuaku. Datang je petang, bertenggek la budak, bapak dan mak budak secara berjemaah lepak kat situ. Suasana yang akan sentiasa segar dalam ingatan kami bertiga hendaknya.  Itu kisah akhir Ramadan. Yang ni pulak awal Syawal, meh teruskan membaca. Junior ni kan nama je Darjah 5 tapi budak sangat lagi deq

No Selfie, Yes? No lah..!

Image
Assalamu'alaikum. Juma'ah Barakah. Mood raya masih kuat di mana-mana, kan? Ramai lagi yang belum start kerja, anak-anak 'dipontengkan' sekolah dengan seribu kemaafan terindah. Hehheh. Junior tak dapat peluang tu, kami dah ada kat KL semula ngam-ngam untuk dia pergi sekolah. Kami pun boleh berehat sebelum start mengayuh sampan carik makan.  Aku duk pening kepala dari petang semalam, kalau berjalan macam tengah duk dalam feri ke Pulau Langkawi. Oh, mungkinkah itu tandanya aku perlu ke sana makan laksa depan airport Padang Matsirat sambil menikmati keindahan matahari terbenam? Mungkin jugak, hurmm... Tapi masalahnya, kena kerja dulu nak cover banyak pengeluaran tanpa kemasyukan lepas cuti raya. Patutnya aku jumpa orang masa lunchtime tadi, tapi disebabkan pening-pening lalat itu, maka terpaksalah ditangguhkan ke sebelah petang. Alhamdulillah aku ok sket lepas melelapkan mata dari pukul 3 sampai 6 petang, boleh la aku attend meeting pukul 6.30 kat jusco Setiawangsa. Na

Pattern & Lace, Ada Apa Dengan Raya?

Image
Assalamu'alaikum. Ini cerita raya ketiga, lepas bawak mak berubat lelah secara tradisional kat Dungun. Kesian mak, penat sangat dia... Tapi dia memang niat nak pergi rumah D, lama tak jumpa D sefamili. Bila orang tengok keadaan dia, sayu la kan? Dah rezeki dalam perjalanan hidup masing-masing, kita pakat bersyukur je la atas segala nikmat yang dianugerahkan.  Aku malas nak pakai baju baru, boleh? Dah memang siap-siap dijodohkan kombo tudung, baju dan skirt dari KL pun sebenarnya, untuk digayakan pada hari raya ketiga. Selesa betul pakaian tu, macam nak pergi appointment je bukan pergi beraya. Lagipun aku memang suka pattern & lace, sekarang pun memang trend orang pakai lace tak kira raya ke tidak, kan? Skirt lace hitam tu aku tempah kat Bandung tahun lepas, baru sekali dua pakai pergi keja. Tudung dan baju tu pun dah lama ada dalam koleksi, bila pakai time raya, semua nampak macam baju raya. Hehehhe.  Rumah D memang lawa setiapkali raya, dan family dia semua

2 Syawal 2015: Mix & Match Baru & Lama

Image
Assalamu'alaikum. Tahun ni aku malas betul nak pakai baju raya ikut style kebiasaan yang aku selalu pakai. Dari masa packing aku dah suaipadankan dengan apa yang sedia ada dalam almari, kira kombinasi pakaian baru dan lama lebih kurang. Ringkas je, janji selesa dan mudah nak bergerak ke sini sana.  Raya Kedua aku pakai baju sifon yang aku beli kat Jakarta hujung tahun lepas masa family trip Jakarta-Bandung. Sejak beli, memang duk terperap dalam almari tak bersentuh, sudahnya aku buat raya. Aku padankan dengan kain kurung modern dari fabrik sutera Terengganu yang kurang lebih dah 6 tahun usianya. Aku memang suka buat kain potongan duyung untuk kurung modern, senang nak padankan dengan baju-baju lain. Kebetulannya elok je pada pandangan mataku, dari tudung hinggalah ke inner, baju dan skirt.  Mak betul-betul sakit sepanjang hari, tak boleh keluar bilik langsung. Tetamu yang datang mana-mana nak jenguk mak, memang kena masuk bilik dan mak tak larat nak senyum ataupun bers

Kelimpahan Biru 1 Syawal 1436 Hijrah

Image
Assalamu'alaikum. Dah kenapa tahun ni ramai sangat orang pakai warna biru Mydin, korang perasan tak? Ok la, nama glamour warna tu royal blue, tapi memang warna korporat Mydin pun kan? Aku dari zaman universiti dah suka warna  royal blue, ada satu baju kurung kain sutera Terengganu yang aku masih pakai sampai sekarang. Tapi dulu aku panggil warna macam tu 'biru nila', padahal dalam bahasa Hindi, nila memang bermaksud biru. So, biru yang sungguh biru, mungkin? Mana-mana je la, yang penting warna biru ni memang lawa, setuju? Dah lebih sedekad umur baju biru nila ni... Banyak kenangan pahit manis kelat payau bersamanya.  Tahun ni suami dan anak aku dapat baju Melayu free daripada client yang sungguh baik hati dan seorang tailor yang ohsem, cuma tak cukup ohsem sebab tak kasi sepersalinan biru kat aku sekali. Heheh. Takpe la, dah rezeki takat tu aje kan? #syukurselalu aje ler. Takde hal pun, aku kan dah berjaya carik skirt yang lawa dari koleksi Emma Maembong-Melinda

Makan Lipstik Raya Ketiga

Image
Assalamu'alaikum. Raya kan sebulan... Ni masa raya ketiga, lepas bawak mak pergi berubat kat Dungun. Singgah rumah Cik D kita macam biasa kalau dah sampai Dungun, Kak Long Kawasan la lebih kurang. Tak boleh check out tanpa check in rumah dia, gitu...! Bila dah free aku buat entry lain, ok? Sekarang ni terima je apa yang ada... Hehehe.  Maafkan la diriku yang jenis Lipstick Eater, kisahnya tak sempat touch up, maka pucat la bibir itu..  Jumpa lain kali, ya.. Assalamu'alaikum. ~ Nai at Tak Pe Je. 4hb Syawal 1436 Hijrah

Iftar Yang Dinanti Saban Tahun

Image
Assalamu'alaikum. Dalam banyak-banyak majlis iftar setiap tahun, ada satu majlis yang aku memang nanti-nantikan penuh pasti. Bukan apa, masa tu la aku ada ruang dan peluang nak jumpa family friends yang selalu dekat di hati walaupun agak jauh di mata. Takde la jauh benar sebenarnya tapi masing-masing ada hidup dan kehidupan tersendiri, itu maksudnya. Kali ni kami berhimpun di Restoran D'Saji (dulu orang panggil Restoran Nelayan) kat Tasik Titiwangsa. Mula-mula sampai dalam 6.30 aku pergi ambik wudhuk siap-siap dan berbedak bergincu bagai, nanti masuk waktu senang terus pergi ke surau dan solat Maghrib. Pilihan yang tepat, nasib baik sungguh.. Sebab banyak group yang masuk tadi, termasuklah SENIMAN.  Elok lagi bermekap masa ni.. Azan je aku terus minum teh tarik dan hirup sup tulang sikit, lepas tu berlenggang ke surau. Punyalah padat surau kecik tu, dah jadi macam sauna terlebih muatan masa solat. Alhamdulillah.. Dengan itu Malaysia masih terselamat daripada bala ben

WW ~ Perasaan Yang Aku Mengerti dan Engkau Mungkin Fahami

Image
Label: Wordless Wednesday  ~ Nai at Tak Pe Je.