Senyum Kan Sedekah.. Tak Mau Muka Ketat.
Assalamu'alaikum. Juma'ah Barakah. Salam Juma'at kawan-kawan semua. Diam tak diam dah 16 hari kita berpuasa, tinggal 2 minggu je nak raya. Omai..! Ada yang baru start puasa, ada yang baru tak boleh puasa, ada yang tak reti-reti nak puasa. Oopss! Jangan marah tau.. Kita cuit sikit je takkan tak bleh? Hehhehe.
Banyak yang aku nak cerita tapi biasa la, banyak yang aku kena simpan. Cukup la setakat ni aku bagitau yang mak aku sakit, dah seminggu lebih kami adik-beradik berulang-alik ke hospital. Jenis aku pulak bila keadaan dah reda baru reti nak cerita kat orang. Now that she's much better, boleh la aku ambik masa update blog. Harap-harapnya minggu depan mak dah boleh balik rumah, kembali memeriahkan meja waktu bersahur dan berbuka puasa. Sepi hati ini dalam senyuman Tuhan saja yang Maha Mengetahui.
Adik aku yang handsome ni sesuai dengan status bujangnya, paling banyak peluang tunggu mak kat hospital. Kami adik-beradik bukan ramai pun, Alhamdulillah masing-masing cuba yang terbaik untuk buat yang terbaik kepada satu-satunya orang tua yang kami masih ada. Selebihnya kami berserah kepada Allah Yang Maha Berkuasa menghidup dan mematikan.
Dalam apa pun jua keadaan kita, bawak-bawak la bertenang. Banyak-banyakkan la bersedekah dengan senyuman yang paling manis dari jiwa yang paling dalam. Lebih-lebih lagi bila melawat orang-orang tersayang yang dalam kesakitan, memang senyuman kena lebihkan gula biar sampai tahap diabetes. Sejuk hati depa, baq haanggg...!!!
Okay la korang, jaga diri hiasi peribadi. Terima kasih tau datang jenguk blog kita ni, bukan ada apa sangat pun. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment