Posts

Bahang Di Demang Kita

Image
Assalamu’alaikum. Dah umur 40-an ni banyak nikmat yang mulai ditarik, termasuklah ketahanan saraf lepas rawatan gigi. Dua hari lepas raya Haji aritu, aku dengan bibik selang sejam menapak ke Klinik Pergigian Afiera seberang jalan. Akibat terlampau lama dibiarkan, aku terpaksa cabut sebatang gigi dan tampal 2 lagi. Bibik patutnya cabut 2 batang tapi dia tak tahan sakit, lagi sebatang kena cabut dalam masa seminggu kemudian.  Nak dijadikan cerita, aku terpisat-pisat pusing kanan pusing kiri 2 hari lepas tu sebab sakit sangat gigi sebelah yang dicabut. Aku ingatkan sebab terlepas pandang, rupa-rupanya memang ada tampalan lama pecah kat situ. Sudahnya, doktor cadangkan buat root canal yang dah bertahun2 aku tak alami. Mak ai… lenguhnya duk nganga nak menyudahkan rawatan, siap rasa nak putus nyawa sekali.   Keesokannya aku rasa seram sejuk menggigil takut kat air, ambik wuduk pun hazabedah yang amat. Apa lagi, sarung stoking, bungkus diri ini dengan sweater dan selimut tebal la, kan? Allahu

Raya Berkorban Lagi

Image
Assalamu’alaikum. Sebab tak mau terkorban dan mengorbankan orang lain, kebanyakan daripada kita memilih untuk kekal berkorban pada Adil Adha tahun ini. Tak kisahlah kalau dah dapat 2 vaksin sekalipun, badan manusia tak kebal daripada dijangkiti virus cilik lagi licik bergelar corona ini. Walaupun minoriti 2% saja yang berisiko berada dalam kategori 3, 4 ataupun 5 dan majoriti selebihnya hanya kategori 1 atau 2, apa gerenti nya kita kategori mana? Paham tak aku membebel ni? Penat dah semua orang mereput berkorban mengurungkan diri di rumah, kes harian mencanak tak boleh bawak bincang langsung. Kenapa agaknya? Mestilah sebab virus yang jahat tu dah bergelumang dengan masyarakat majmuk Malaysia Raya ini! Dah pulak varian baru si budak Delta tu gila power, dalam masa 15 saat boleh tapau 800 orang, ko rasa?   Disebabkan komuniti kita ni dah diselubungi Covid-19, maka tak hairanlah jika budak-budak rider J&T (dan syarikat kurier lain) banyak yang dijangkiti lagi menjangkiti para pembeli

Hati Yang Dilukai

Image
Assalamu’alaikum. Siapa layan k-drama, Love (featuring Marriage and Divorce) kat Netflix dari Season 1 sampai Season 2, kita gang.  Kalau nak hadap cerita ni tak boleh mental cepat koyak, ya kawan-kawan sebab garapan kisah-kisahnya memang berpijak di dunia yang nyata. Tiada fantasi yang terapung di awang-awangan, penonton terpaksa menerima hakikat kehidupan sepanjang masa. Pendekatan yang disorot tentunya sesuai sekali dengan jiwa dan budaya orang Timur, sudah pasti berlainan dari pelbagai segi dengan budaya Barat. Tinggal lagi, mahupun Timur ataupun Barat, kecurangan pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadam. Apa pun jua, hati yang terluka belum tentu mampu sembuh seiring dengan waktu. Maka dengan itu, apa yang boleh dilakukan jika kita ditakdirkan berada dalam situasi yang serupa?  Menyelusuri pahit getir kisah rumahtangga orang lain sejak sekian lama, seorang peguam kes cerai-berai, hakim ataupun psikiatri sekali pun belum tentu mampu menerima keadaan yang sama apabil

WW ~ Mak Kau Ninja

Image
Akhirnya, kita semua adalah Ninja. ~ Nai @ Tak Pe Je.

Hari Vaksinasi

Image
Assalamu’alaikum. Program vaksinasi negara kita ni macam hujan perolakan, rintik-rintik tetiba jadi lebat dengan taburan hujan yang tidak sekata dari satu daerah ke daerah yang lain. Sekarang ni alhamdulillah, dah jadi arnab yang laju memecut tanpa rehat ke garisan penamat. Maklumlah 40 juta vaksin menunggu semua penduduk bumi bertuah ini sejak awal bulan Julai tahun 2021. Asyik duk tengok giliran orang lain selesai dos pertama dan/atau kedua, akhirnya sampailah giliran aku untuk divaksinasi. Walaupun waktu temujanji vaksinasi aku di PPV KLCC sebenarnya jam 10am, aku memang dah rancang nak sampai ke sana jauh lebih awal. Minum nestum dan makan biskut, lebih kurang jam 8.30am aku dah berada dalam kereta grab menuju ke KLCC dengan perasaan yang bercampur baur. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan, doaku di dalam hati sambil melayan perbualan pakcik grab yang seronok berkongsi pengalamannya divaksinasi. Mak aku tanya kenapa naik grab, tak suruh pakwe hantar? Aritu dia dah hantar dan tema

Hati Emas

Image
Apa yang paling kita rindukan selain daripada kebebasan bergerak ke sana ke mari, dalam dan luar negara?  Memandangkan banyak pihak yang terjejas pendapatan akibat pandemik sejak dua tahun lepas, maka nampaknya terpaksalah kita menapak dari bawah semula. Bagi yang kekal mahupun makin meningkat pendapatan, alhamdulillah syukur nikmat ke hadrat Ilahi. Jangan lupa pada yang tiada, pada yang kekurangan serba serbi. Rezeki yang Allah bagi untuk kita saling berkongsi, jangan pernah angkuh, bakhil bin kedekut apatah lagi lupa diri.   Hidup kita ni masing-masing punya bahagian, ruang dan kesempatan tersendiri, tinggal lagi lambat ataupun cepat hadir di depan mata. Saat-saat getir begini, kita perlu lebih sensitif dalam tutur kata dan adalah lebih baik berdiam diri daripada menyakiti hati orang. Kalau tak sudi membantu, sekurang-kurangnya jangan menambah beban orang susah. Kita kenyang mungkin tak paham orang lapar, jadi simpanlah pendapat peribadi dalam peti besi sendiri.  Dalam dunia ni ada n