Dari Daun Turun Ke Kaki?
Salam. Punyalah gigih nak siapkan jubah dress sampai sanggup tak tidur semalaman, anak siapalah agaknya ni? Sebenarnya sebab aku start potong kain sarong santri yang aku beli dari Shopee 3 minggu lepas pukul 12 malam, tengok jam dah 4 pagi dan hampir siap tinggal sikit je lagi. Risau terlepas Subuh kalau tidur, aku lajakkan aje sampai azan berkumandang. Minum segelas air suam campur madu dan minyak zaitun, aku tidur sebelum sempat makan roti bakar sampailah azan zuhur pulak kedengaran dari Masjid Muaz.
Sejenis tak menyempat, aku terus pakai jubah dress ni ke Mitsui Outlet Sepang turun sebelum azan Asar dan sampai sana dekat 6.30pm, penuh kereta atas jalan menghala KLIA. Aku dengan bibik je kot tak shopping, kami jamu mata aje la mampu lepas solat Maghrib. Orang lain kiri kanan bimbit hasil tangkapan melontar wang segala bagai. Settle cuci mata beberapa ketika, aku sambung drive pergi ambik pakwe yang dah tunggu di Pintu 8 Balai Ketibaan KLIA.
Setakat ni aku dah puas hati berjaya buat 3 helai baju daripada sarong santri, boleh la bertenang seketika jangan duk buat gila sangat la tambah koleksi lagi! Masa terluang pun dah tak banyak masuk bulan Jun, jadual kerja dan beban menunggu di hadapan Tuhan saja yang tau. Tapi macam lawa pulak koleksi warna selain hitam, ah sudah….!
Well… takpe je, kan?
Patient monitoring systems are collections of machines or equipment used to constantly monitor patients through various vital signs and warning systems to detect and record changes in patient wellbeing.
ReplyDeletePatient Monitors On Sale
Patient Monitor price in India
5 Para Monitor
3 Para Monitor