Posts

Showing posts from May, 2018

WW ~ Warna Diselindungi

Image
Assalamu’alaikum.  Try baju raya... ~ Nai @ Tak Pe Je.

Early Birds Catch The Worms ~ Iftar Jama’ie

Image
Assalamu’alaikum. Awal2 Ramadan banyak tempat yang buat promosi separuh harga buffet, termasuklah Kafe Chendana, Dewan Bahasa & Pustaka. Dengan pilihan 200 aneka juadah dan 20 gerai dengan harga RM30 seorang, tahun ni kami beramai-ramai memeriahkan majlis iftar di situ. Kalau pergi ke hotel-hotel glamour takkan dapat sebanyak itu juadah, apatah lagi semurah RM30 satu kepala!  Alang-alang dapat murah, cik abang syorkan ajak seisi keluarga yang ada di Lembah Kelang.. maka berusaha la Ida meredah jam dari Cyberjaya, Apih & Yana dari Ampang, Mi & Nurul dari Rawang dan Nazri dari Damansara. Berkumpul semuanya di Dewan Bahasa & Pustaka, masing2 menikmati segala apa yang berkenan di hati. Aku ni bukan pemakan sangat, jadi rugi sebenarnya pergi makan tempat2 buffet. Tinggal lagi, aku meraikan famili dan staff, jadi yang penting bukanlah diri ini, kan? Seronok tengok semua orang rambang mata dan tersenyum kegembiraan.Takde apa yang lebih menggembirakan selain daripada menyaksika

Ramadan Nan Basah

Image
Assalamu’alaikum. Aku kalau bab kereta ni, bawak je reti... maintenance memang tak tau satu menda pun. Minggu lepas, enjin tak boleh start kat tepi jalan, bila anak dah keluar sekolah. Aku matikan enjin masa tunggu dia keluar, turunkan skrin tingkap sikit untuk pengudaraan dan dengar radio. Sekali bila dia dah masuk kereta, enjin tak boleh start, cuak la aku, kan? Maka apa lagi, telefon la talian hayat mintak nyawa. Nasib baik kali ni talian hayat takde meeting ataupun kat luar daerah, boleh la dia datang. Sementara tu, aku ambik tikar kat bonet dan lepak bersila bagai, panas lama-lama terperap kat dalam kereta. Basah koridor dek hujan yang baru reda. Elok sangat duduk macam tu, patutnya letak tin biskut kat depan, boleh minta derma ke sedekah Ramadan ke, kennn? Ngeee...  Lepas jump start, terus hidup enjin.. bateri lemah ler tu. Hurmm... sebelum balik raya ni nak kena tukar bateri baru, bertabahlah ya! Adik ipar aku kata, enjin tu sejuk la sebab asyik hujan je sebelah petang, dah aku

Bila Mak Lom Ke Bazaar Ramadan

Image
Assalamu’alaikum. Jumaat lepas, 2 Ramadan, aku masuk ofis macam biasa, menjalankan tugas apa adanya. Turun ambik anak awal sikit, nak elak daripada tersangkut dalam kesesakan lalu-lintas di MRR2.  Semenjak dua menjak ni cuaca di Lembah Kelang panas terik pada sebelah pagi hingga ke tengahari dan masuk je asar paling lambat, akan bergegarlah langit dengan gegak gempita guruh, kilat sabung-menyabung dan hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Lepas hantar anak balik rumah, aku masuk ofis semula dan turun menjenguk bazaar Ramadan di belakang bangunan ofis. Cepat2 pilih kuih apa yang patut sebelum hujan mulai turun. Ikutkan hati memang nak terus balik rumah sebenarnya, tapi ada yang telefon janji nak datang sebelum jam 4.30pm. Hurmm... Sampai ke sudah tak nampak bayang pun! Bertabahlah wahai Nai...!  Mak bising bila tengok kuih yang aku beli, banyak sangat katanya. Aku nak gelak je, sebab bukannya dua tiga orang ahli rumah ni, dah macam asrama kot! Dan terbukti akhirnya memang habis li

WW ~ Fitting Baju Raya

Image
Assalamu’alaikum. Fitting baju dulu... apa2, roger! ~ Nai @ Tak Pe Je.

Saigon, Kami Datang!

Image
Assalamu’alaikum. Lama betul kami bertiga tak keluar dari negara, mereput je kat rumah walaupun musim cuti sekolah. Hasil berdikit2 menabung dan lega sket daripada bebanan yang mencengkam, berlepaslah kami secara berjemaah ke Ho Chi Minh City. Agenda utamanya tak lain dan tak bukan, shopping raya untuk bonda, diri sendiri dan adik-beradik. Walaupun tak la komprehensif setara mana sebenarnya, tapi boleh la takat sediakan tudung raya dan telekung baru untuk bonda. Maklumlah baju raya dia tahun ni sampai 5, 6 pasang. Junior pun ikut, sebab senang nak pilih sneakers dia nanti. Lama sangat tak masuk MAS lounge, macam tak boleh angkat muka dia tunduk makan sebelum boarding. Baguslah.. dulu selalu sangat keluar masuk kawasan tu, dia tak reti nak hargai nikmat. Sekarang dah besar kan, lagi ketara dia boleh bandingkan keadaan dan belajar mensyukuri nikmat. Flight kami dah petang, sampai di bumi Saigon dalam pukul 4.30pm. Letak barang kat bilik di kawasan Malay Street, kami menapak ke Pas

Permata Pemotong Permata

Image
Assalamu’alaikum. Hari ni aku seawal jam 9am dah memulakan servis sebagai Pesuruhjaya Sumpah, belum sempat menjenguk pantry untuk secangkir kopi. Itupun jenuh mintak maaf, sebab baru separuh jalan selesai pakai tudung. Nasib baik yang datang tu perempuan, kalau lelaki memang kena tunggu kat luar kejap nak kasi sempurna pinkan tudung. Kiranya customer tadi memang rezeki dia, aku belum gerak ke Bank Pembangunan untuk satu appointment. Takde lama sangat jumpa orang, traffic pun masih stabil dan sebelum jam 11.30am aku dah ada kat ofis semula. Keadaan tenang sepanjang hari, walaupun darah dah naik pagi2 disebabkan seorang peguam muda yang buat kelakar hantar SNP tanpa tandatangan pembeli mahupun peguam. Mintak penjual tandatangan, arahkan aku buat Borang Pindahmilik segala, dan yang paling best, tak bagi cek deposit 10% daripada harga beli. Memang bengang tahap maximum la aku jawabnya!  Masa2 gini, bila penjual dah tak kuasa nak melayan pembeli, agent la yang akan panas bontot. Dan yang pa

Gegar Hingar Bingar di Ngences Giga

Image
Assalamu’alaikum. Semalam cuti Hari Buruh yang sungguh family-oriented aktivitinya sepanjang hari. Susah nak dapat moment macam ni sebenarnya, walaupun kami selalu berjumpa di bawah satu bumbung. Ye lah, dah nama pun bonda duduk dengan aku, maka secara automatik rumah aku jadi istana hinggap, rumah keluarga dan tempat berkumpul dan berkubang macam tongkang pecah. Tapi tetap susah nak bagi semua sekali ada depan mata, sebab ada kalanya giliran dorang lepak dengan keluarga mertua. Dah pulak Ida dengan Nazri sibuk buat Masters, masing-masing busy memanjang. Belum masuk cerita cik abang aku lagi, ingat senang nak tangkap dia join impromptu plan kami? Itulah yang best nya semalam, sebab hampir semua ahli ada masa makan malam di Ngences Giga, Setiawangsa. Yana je la join lambat, Apih gi jemput dia lepas habis praktikal. Tapi aku dah tak boleh nak tunggu, sebab nak kena pergi isi minyak kereta dan topup kad Touch N Go. Aku la wassap Nazri ajak tong-tong belanja family makan, ye la