Posts

Showing posts from November, 2019

Badan Cergas Otak Cerdas

Image
Assalamu'alaikum. Adik2 aku ada dua orang yang bagus sangat bab exercise, sorang jenis pergi gym dan sorang lagi siap berlatih untuk marathon setiap ketika. Yang bongsu tu pulak suka ikut abang dia join marathon, tapi tak la sampai berlatih.. belum nikah pun perut dah boroi, selera 24/7 aku tengok dia makan, dah la suka benda-benda manis dan ada mayonnaise. Aku suka jugak exercise tapi kebanyakan masanya terperap, jadi lebih kepada indoor exercise. Dulu masa kerja part-time kat CC tahun akhir UIA, seronok masuk gym kat sebelah CC tu aje, dah pulak tak payah tutup aurat beriya. Itu la yang buatkan aku malas nak join fitness club, sudahnya nanti bayar sesaja tapi datangnya tak berapa. Pernah jugak masa sewa serviced office kat Bukit Bintang mula2 start bisnes, ada fasiliti gym percuma, pun tak istiqomah pergi, sebabnya kena pakai tutup aurat. Dah la exercise tu panas berpeluh sakan, paham2 aje la bagi yang berhijab segala.  Tapi tak la bermakna aku anti outdoor exercise, jau

Tender Terbuka Rezeki Tertutup

Image
Assalamu'alaikum. Korang kalau banyak simpan telekung sulam, mesti jarang2 guna sebab tebal dan panas, melainkan memang selalu solat di tempat yang ada aircond. Itu akulah, lagi-lagi bila dah terjebak dengan telekung dari Vietnam yang kainnya jauh lebih mesra cuaca negara Asian. Tapi bagi orang yang amat gemar akan kain sulam macam aku, tak boleh nak halang diri daripada terus menyimpan dan mengumpul telekung2 sebegitu. Pantang jumpa, jenuh bersilat dengan hawa nafsu, yang akhirnya tewas di medan perang.  Baju mini kurung ni aku tempah masa nak pergi umrah aritu, sepasang dengan kainnya sekali sarat bersulam. Tailor aku geleng2 kepala, mengomel "kenapalah Nai 'cari pasal' macam dah takde kain lain kat kedai!" Aku sengih je dan bila masa ambik baju tu, lagi lebar sengih sebab dia puji pulak, tak sangka jadi lawa bila dah siap. Customers banyak yang tanya beli kat mana kain sulam tu, katanya. Maka dengan itu, tak payah sibuk nak fikir pasal orang lain kalau

Yellow Monday, What Blues & Frozen 2.

Image
Assalamu'alaikum. Just another manic Monday, wishing it were Tuesday? Sama je hari apa pun, Daily Blues lebih tepat sebenarnya, bukan semata-mata Monday Blues. Kalau nak lawan gundah gulana, pasang badan dan pakai baju warna terang, sekurang-kurangnya boleh jugak kasi semangat untuk menghadapi kerja setelah dua hari berjimba sakan tak bekerja, ye tak?  Aku pakai kebaya pendek rona kuning hari ni, dijodohkan dengan kain songket yang baru siap malam tadi. Silau mata tengahari buta pakai kaler mentari semerah padi, ko rasa? Nak kasi tone down sikit, cari dalam almari tudung warna puding milo, baru tak memancar-mancar bagaikan sinar purnama nan jingga. Bibik jatuh cinta yang amat pada songket ni, lembut dan tak berbulu katanya, tak macam songket lain. Aku rasa sebab aku jahit dulu kain alas pada setiap bahagian kain sebelum cantumkan jadi sehelai kain lipat. Dengan cara tu jadi jauh lebih kemas dan selesa dipakai, aku rasa la. Sekarang ni bibik mintak aku beli jugak kain songk

Aktiviti Hujung Minggu Lepas Demam, Bersama Naqiu

Image
Assalamu'alaikum. Bangun pagi Sabtu, tekak rasa perit dan tubuh sangat lemau, longlai je melangkah ambik wuduk dan solat subuh. Lepas tu sambung tidur lagi, tidur bangun tidur bangun tak mampu nak melawan langsung. Makan pun tak lalu, payau jadinya semua benda, buruk benar orang tua demam. Mak bagi makan ubat selesema dengan uphamol, tapi tak berapa jalan, especially bab perit tekak dengan batuk. Akhirnya aku makan ubat sinus yang beli kat Shopee, baru menjadi. Tekak perit pulak aku duk berkumur dengan Listerine. Ahad dah elok sikit rasa bangun pagi, alhamdulillah... Teruskan berkumur dengan listerine dan makan ubat sinus, sebelah petang dah mulai elok dan bosan gila takde buat apa. Jadi, aku potong kain songket yang patutnya dijahit untuk pakai sedondon dengan staff hujung tahun lepas.  Songket ni kalau tak alas, nanti tak awet dan geli bila benangnya terkena kulit, siap boleh jadi rashes silap haribulan. Tapi bila dialas, jadi gobos dan menggelembung pulak, serba salah dib

#mudahterhibur

Image
Assalamu'alaikum. Kerja aku ni Allah temukan dengan macam-macam jenis orang, dari macam-macam peringkat usia, latar belakang dan pendidikan. Perangai, gaya bahasa, perawakan, perwatakan dan pembawakan diri sudah tentu jugak bermacam-macam. Bukan takde yang menjengkelkan, cuma aku lebih suka berkongsi tentang perkara yang menghiburkan. Contohnya hari ni, ada seorang regular customer datang bertandang, membuang pandang seraya bertanya, "Puan, ni radio ke bekas buat air?" Boleh je aku jawab, "Oh, itu mesin jahit!" tapi aku cuma tersenyum menahan ketawa dan berkata, "Mesin buat kopi tu..." Tak kurang jugak yang sibuk mencari jawapan kepada soalan-soalan peribadi, "Puan tak pakai cincin, puan dah kahwin belum?"  Tak pun, bila aku pakai cincin, "Cantik cincin puan, mana satu cincin kahwin?"  Sesetengah orang cepat melatah dan mudah nak sentap, tapi aku selalu memandang segala sesuatu dengan hati yang lapan

Kena Tampar Kejap Dengan Alif Satar

Image
Assalamu'alaikum. Korang perasan tak, bila kita tengah down sangat-sangat, mesti Allah kirimkan kita sesuatu untuk membuatkan kita bangkit semula?  Tak kisahlah apa dia sesuatu itu, tapi ikut mana pun kita akan rasa lebih lega daripada sebelumnya. Macam aku hari ni, kiriman Tuhan itu adalah dalam bentuk video Ironman daripada Alif Satar . Perkongsiannya yang begitu luhur menyentuh hati banyak pihak, termasuklah aku. Dan perkongsian itu adalah sesuatu yang amat aku perlukan tika dan saat ia sampai kepadaku.  Ada yang kena masuk Ironman untuk mendapat pengajaran tentang kuasa kehendak (will power) lawan kuasa minda (mind power). Ada yang takkan mungkin mampu masuk Ironman 9 kali jangka hayat sekalipun, tapi Allah kirimkan pengajaran yang sama melalui perkongsian sebegitu rupa. Ada pulak yang hidup hanya berbekalkan will power sepanjang hayat dikandung badan, bahkan mereka tidak punya sebarang kekuatan lain dah selainnya. Aku? Aku tersentak dari lamunan dan diingatkan kembali ten

Di Hati Penuh Cinta

Image
Assalamu'alaikum. Di kiri dan kananku penuh bunga, di hati dan benakku penuh cinta.  You can't break me for I won't let you. I love in abundance and expect nothing other than perfection of my own. Too bad. I'm cool like dat!  ~ Nai at Tak Pe Je.

Reupholstered Chair

Image
Assalamu'alaikum. Dulu aku ada buat entry SINI pasal baiki sofa, lama dah. Kali ni kita cerita pasal baiki kusyen kerusi makan pulak. Sini aku share gambar dan video. Selebihnya boleh jenguk kat blog The Escapade @ Setiawangsa .  Bibik buat dengan aku je, macam biasalah.. ramai2 tak guna jugak kalau takat nak guna wifi laju 30mbps kat homestay tu, kan?  Lepas dah jahit kemas, confirm korang akan rasa seronok dan puas hati bila tengok hasilnya, percayalah! ~ Nai at Tak Pe Je.

NEW BLOG IN TOWN

Assalamu'alaikum. Jemput singgah blog baru kita, The Escapade @ Setiawangsa.   Takde la semua nak longgok dalam takpeje.blogspot ni ha, kita buat port baru senang nak fokus intipati yang menjurus kepada bisnes homestay dan tajuk-tajuk yang berkait rapat dengannya. Jenguk kat sini pun boleh jugak, kita transit yang membawa anda tempat yang serupa... You are cordially invited to show the new blog some love.... ~ Nai at Tak Pe Je.

Jom, Main Sorok-Sorok!

Image
Assalamu'alaikum. Hujung minggu biasanya waktu untuk orang berehat, siap ada yang tidur bangun tidur bangun makan pun tak ingat. Ada jugak yang ambik peluang nak kemas rumah, habis dibongkar almari dan diubah kedudukan perabot. Tak kurang pula yang baru ada ruang waktu nak mendobi ataupun menggosok baju bekalan seminggu, pergh berkicap la badan dari hujung rambut hingga hujung tumit! Dalam pada tu, ada jugak yang tak sempat nak berehat, lagi sibuk daripada hari-hari bekerja. Walau dalam kategori manapun kita, apa yang penting adalah kita masih ada bumbung untuk berteduh daripada panas dan hujan dan makanan untuk dihidangkan atas meja, maka alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.  Aku tak ke mana-mana sejak balik kerja hari Jumaat, memang terperap kat rumah je sampai hari ni. By choice, kekdahnya. Bangun pagi Sabtu, aku rapikan keadaan depan rumah, sapu porch dan wujudkan sistem baru untuk dipraktikkan oleh bibik terkasih. Dimulakan dengan pasu lama yang digunakan untuk meletakk

Cara Susun Atur Peti Sejuk Bersaiz Sederhana

Image
Assalamu'alaikum. Petang semalam aku dah tak tahan lagi, sudah2 la tu menahan gelodak di jiwa setiapkali bukak peti sejuk, kepala diserang bencana dan hati ditusuk sembilu. Kalau dah gitu gayanya, layak dipanggil peti neraka bukan lagi peti sejuk! Hehheh, marah benar bunyinya, ya? Memang marah pun, ingat main2 ke benda macam ni, boleh tempah penyakit darah tinggi kot!  Lepas solat Asar aku pergi Mr. DIY cari bekas plastik yang boleh masuk microwave dan dishwasher 3 set yang berbeza saiz: kecik, sedang dan besar dan 2 bekas yang boleh sejat air (drainer), itu saja habis dalam RM65 lebih kurang. Sampai rumah solat Maghrib dulu dan tak menahan nak tunggu Isyak bagai, memang terus mulakan projek pembersihan dan penyusunan peti (sejuk ke?) itu. Geli tekak toksah cerita la, kutahan sedaya mungkin. Nak bising tak guna, jadi bibik rumah aku ni kerja bukannya sikit dah penghuninya macam asrama, jadi nak tak nak kena la paham beban yang ditanggung bibik. Mana yang aku boleh buat, ak

Sehari di Cameron Highlands

Image
Assalamu'alaikum. Lama dah tak jenguk Cameron Highlands, last sekali naik ke sana masa anak kecik lagi, rasanya dalam 4 tahun kot umur dia masa tu. Mak pun duk sebut nak pergi CH dah macam zikir, takde kesempatan aku nak bawak, mostly sebab kesihatannya yang tak mengizinkan... asyik duk ada kuman dalam paru2, batuk berpanjangan dan mengah toksah cerita la kan. Lepas cuti Deepavali baru2 ni aku buat keputusan impromptu tempah homestay semalaman dan ajak adik2 yang mana nak ikut. Tak kuasa aku tunggu semua orang free, entah zaman bila nak sampai CH mak aku tu. Dah la harap kat aku je sorang yang plan, makanya terpaksa la aku ikut cara dah masa sendiri. Nak ikut, silakan, tak nak sudah. With or without you, this ship is sailing. Masa kami pergi tu jalan takde la sendat padat sebabnya hari Rabu, cuma tak merasa la bonda ke Pasar Malam yang hanya ada setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Elok macam tu daripada buang masa makan jem dalam kereta 4, 5 jam, betul tak?    N