Jom, Main Sorok-Sorok!
Assalamu'alaikum. Hujung minggu biasanya waktu untuk orang berehat, siap ada yang tidur bangun tidur bangun makan pun tak ingat. Ada jugak yang ambik peluang nak kemas rumah, habis dibongkar almari dan diubah kedudukan perabot. Tak kurang pula yang baru ada ruang waktu nak mendobi ataupun menggosok baju bekalan seminggu, pergh berkicap la badan dari hujung rambut hingga hujung tumit! Dalam pada tu, ada jugak yang tak sempat nak berehat, lagi sibuk daripada hari-hari bekerja. Walau dalam kategori manapun kita, apa yang penting adalah kita masih ada bumbung untuk berteduh daripada panas dan hujan dan makanan untuk dihidangkan atas meja, maka alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.
Aku tak ke mana-mana sejak balik kerja hari Jumaat, memang terperap kat rumah je sampai hari ni. By choice, kekdahnya. Bangun pagi Sabtu, aku rapikan keadaan depan rumah, sapu porch dan wujudkan sistem baru untuk dipraktikkan oleh bibik terkasih. Dimulakan dengan pasu lama yang digunakan untuk meletakkan payung kat luar rumah, aku ubahsuai sikit dengan memasukkan skru supaya boleh bertenggek pada penyangkut di dinding. Walaupun aku tau nanti bukan takat payung akan bersarang di dalamnya, silap haribulan jadi stor kesejuta kalau tak dikawal selia, aku tetap tabahkan hati dan sediakan jugak penyelesaian kepada sebarang kemungkinan.
Payung yang banyak-banyak entahlah lesap ke mana, itu aku keluarkan satu dari dalam kereta, dah tak berapa elok pun keadaannya tapi jadilah daripada takde langsung. Senang nanti nak guna apabila kecemasan, nak yang elok aku pergi beli semula kat Daiso ataupun Mr. DIY bila-bila senang. Oh, kalau korang zoom gambar bekas payung tu, mesti akan nampak benda lain kat dalam, aku tak buang takut la mainan anak-anak buah yang sengaja bibik simpan kat situ. Cuma kalau terlebih nak buat tempat simpan mainan pulak, memang Mak Lom bertukar jadi raksasa la, ada bran?

Satu benda yang aku semak kepala adalah bila tengok semua barang kau longgokkan setempat depan porch, Allahu Akbar, boleh kena stroke la weh! Sebelum ni, bibik kumpulkan sekali bekas payung, bakul sampah, skop sampah, penyapu dan penyapah (penyapu patah) kat tempat yang aku gantung bakul sampah sekarang. Haa... boleh bayang tak? Kejap ya, aku akan buat lakonan semula lepas ni. Memang terbaik dari ladang la, nak ambik satu barang, berterabur yang lain jatuh. Bila jadi gitu, korang rasa aku macamana? Dia macam nak jadi Incredible Hulk sambil nyanyi, "Kulihat hijauuuuu!"
Aku selalu hairan, kenapa orang takde nak bertukar jadi naga bila tengok keadaan kucar kacir depan mata, kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain? Kenapa aku nak kena simpan dalam hati dan meruap-ruap kepanasan selagi tak diubah semua tu jadi kemas, kenapa? Susah sangat ke nak jadi 'normal' dan buat macam biasa, biarkan aje segala ketidakaturan suasana apa adanya? Tapi ye lah, kenapa orang tak boleh jadi macam aku pulak, tanyalah soalan tu jugak, baru adil, kan? Kenapa orang tak boleh nak buat satu sistem yang teratur dan sedap mata memandang? Kalau jawapannya orang lain-lain, jadi tak aci nak salahkan aku kerana berlainan daripada orang. Basic je matematiknya, tak perlu guna kaedah yang rumit pun.
Mana yang lagi elok dipandang mata, selonggok berterabur semua macam tu ke tersorok dari mata kasar? Bukan tak boleh ubah benda-benda gini, bukannya penyakit keturunan ke yang tak boleh nak elak. Sampai kiamat pun takkan berubah sikap selagi kita tak berusaha mengubahnya, mulakan dari rumah. Secara tak sedar, sesuatu yang kemas dan rapi akan membuatkan hati kita aman dan damai: Dari kerana mata yang mempunyai kuasa, oooo aku tergoda, aku tergoda terpesona. Dari kerana mata..... Sebut pasal mata, abaikan aje batang penyapu dan penyapah yang comot bercorak abstrak, aritu bibik gunakan untuk mengecat dinding, baru aku tau dia ambik batang penyapu rumah. Nantilah ada duit extra aku tukar baru.
Semua tau main sorok-sorok masa kecik dulu, kan? Haa... jom kita main sorok-sorok nak kasi rumah kemas, bukan campak barang secara sorok-sorok, itu namanya senang dulu susah kemudian. Main sorok-sorok nak kasi kemas ni susah dulu senang kemudian. Tengok mana tempat tersembunyi, kat situ kita curi ruang untuk sorokkan barang-barang keperluan yang hari-hari perlu digunakan. Kalau mampu sediakan tempat khas untuk simpan semua tu lain cerita, macam orang putih dan orang Jepun selalu buat. Kita yang takde ni, gunakan aje cara yang mampu milik asalkan mencapai tujuan utama nak bagi senang kemudian hari.
Kerana kita begitu berharga!
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment