Tender Terbuka Rezeki Tertutup
Assalamu'alaikum. Korang kalau banyak simpan telekung sulam, mesti jarang2 guna sebab tebal dan panas, melainkan memang selalu solat di tempat yang ada aircond. Itu akulah, lagi-lagi bila dah terjebak dengan telekung dari Vietnam yang kainnya jauh lebih mesra cuaca negara Asian. Tapi bagi orang yang amat gemar akan kain sulam macam aku, tak boleh nak halang diri daripada terus menyimpan dan mengumpul telekung2 sebegitu. Pantang jumpa, jenuh bersilat dengan hawa nafsu, yang akhirnya tewas di medan perang.
Baju mini kurung ni aku tempah masa nak pergi umrah aritu, sepasang dengan kainnya sekali sarat bersulam. Tailor aku geleng2 kepala, mengomel "kenapalah Nai 'cari pasal' macam dah takde kain lain kat kedai!" Aku sengih je dan bila masa ambik baju tu, lagi lebar sengih sebab dia puji pulak, tak sangka jadi lawa bila dah siap. Customers banyak yang tanya beli kat mana kain sulam tu, katanya. Maka dengan itu, tak payah sibuk nak fikir pasal orang lain kalau kita dah nampak awal2 hasil imaginasi pelbagai dimensi. #lessonslearned
Tak panas ke kain ni? Secara jujurnya, panas kalau kita berjemur di luar saat matahari tegak di langit. Kalau bawak pergi kerja dan duduk je kat meja sampai petang, sangat selesa senyum senang. Yang penting, boleh kita manfaatkannya daripada terperap tak bersentuh dalam almari. Aku ni pun dah start keluarkan semula koleksi telekung sulam dan guna kat rumah. Kainnya agak senteng sebab dulu2 keluaran Indonesia memang payah nak jumpa yang labuh, sesuai ketinggian orang sana. Apa aku buat adalah labuhnya sedikit, sambung dengan kain lain ataupun nak mudah dan cepat, masukkan tali di sekeliling pinggang (bahagian atas getah) dan ikat bawah abdomen biar tak nampak kaki masa duduk antara dua sujud dan masa sujud itu sendiri.
Kenapa sibuk2 kumpul telekung lawa, pernah ada orang tanya. Nak beribadat apa salahnya berhias indah, kan? Lagikan jumpa menteri jenuh pakai kebaya kain batik macam nak attend Anugerah Skrin demi dapatkan tender, kenapa tak boleh beriya masa nak sembah Yang Maha Esa? Sedangkan yang tetapkan tender tu dapat ke tidak bukankah Dia? Tak baik tau double standard, get our priorities checked.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment