Posts

Showing posts with the label GETAWAY

WW ~ Good Vibes Wall Art

Image
  Good vibes only, c’mon now!  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Senja Nan Jingga

Image
Ketika senja berlabuh, aku tumpang berteduh di rimbunan dahan kasihmu... Selagi ada hayatku. ~ Nai at Tak Pe Je.

Di Hati Penuh Cinta

Image
Assalamu'alaikum. Di kiri dan kananku penuh bunga, di hati dan benakku penuh cinta.  You can't break me for I won't let you. I love in abundance and expect nothing other than perfection of my own. Too bad. I'm cool like dat!  ~ Nai at Tak Pe Je.

NEW BLOG IN TOWN

Assalamu'alaikum. Jemput singgah blog baru kita, The Escapade @ Setiawangsa.   Takde la semua nak longgok dalam takpeje.blogspot ni ha, kita buat port baru senang nak fokus intipati yang menjurus kepada bisnes homestay dan tajuk-tajuk yang berkait rapat dengannya. Jenguk kat sini pun boleh jugak, kita transit yang membawa anda tempat yang serupa... You are cordially invited to show the new blog some love.... ~ Nai at Tak Pe Je.

Sehari di Cameron Highlands

Image
Assalamu'alaikum. Lama dah tak jenguk Cameron Highlands, last sekali naik ke sana masa anak kecik lagi, rasanya dalam 4 tahun kot umur dia masa tu. Mak pun duk sebut nak pergi CH dah macam zikir, takde kesempatan aku nak bawak, mostly sebab kesihatannya yang tak mengizinkan... asyik duk ada kuman dalam paru2, batuk berpanjangan dan mengah toksah cerita la kan. Lepas cuti Deepavali baru2 ni aku buat keputusan impromptu tempah homestay semalaman dan ajak adik2 yang mana nak ikut. Tak kuasa aku tunggu semua orang free, entah zaman bila nak sampai CH mak aku tu. Dah la harap kat aku je sorang yang plan, makanya terpaksa la aku ikut cara dah masa sendiri. Nak ikut, silakan, tak nak sudah. With or without you, this ship is sailing. Masa kami pergi tu jalan takde la sendat padat sebabnya hari Rabu, cuma tak merasa la bonda ke Pasar Malam yang hanya ada setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Elok macam tu daripada buang masa makan jem dalam kereta 4, 5 jam, betul tak?  ...

Landasan Utara Ke Sempadan Thai

Image
Assalamu'alaikum.  Lama tak update blog, mereput bersawang karang jenuh nak renovate. Ogos baru beranjak pergi,  memahat 1001 cerita suka dan duka di lembaran hari. Sempena bulan kemerdekaan dan ulangtahun kelahiran, aku memerdekakan diri dengan bermusafir ke utara buat pertama kalinya tanpa ditemani anak dan suami. Dengan tiket kombo LRT ke Putra Heights RM10, aku gerak lepas solat asar dari rumah. Sesampainya di Putra Heights,  bas Rapid ke KLIA2 baru je berlalu pergi, 6.30pm tepat. Silap aku jugak tak check dulu jadual kekerapan bas perantara itu,  kan?  Kalau tunggu trip 7pm takut tak sempat kejar waktu boarding 7.25pm sebab perjalanan mengambil masa 40 minit lebih kurang. Maka aku panggil MyCar datang,  semput-semput je sampai 7.25pm kat airport. Aku berlari la kan,  takde makna nak catwalk jaga ayu bagai,  ko rasa? Dalam hati berpesan: Lain kali toksah duk berkakilebar sangat la masuk ofis lama-lama, dah tau nak kejar flight 8.05pm!  ...

WW ~ OOTD Post : Jeans, Sweater, Jacket & Sneakers

Image
Assalamu'alaikum. Here's my travel 'cozy' way of dressing. A staple in the closet of most Malaysian hijabis.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Jean Ballard, Marseilles

Image
Assalamu'alaikum. Sebenarnya kalau nak menjejakkan kaki ke Eropah bagi yang tak berapa kukuh bajet, boleh sangat. Menabung dan berdikit-dikit saban tahun memenuhi tabung percutian, pelan dan tindakan haruslah selari. Kita pilih tempat tinggal dan syarikat penerbangan tambang murah, bawak bahan-bahan kering untuk masak di rumah, menapak selagi boleh ke sana ke mari. Boleh je kalau betul-betul mau, cuma perlu bijaksana bijaksini, hati mesti bersih dan jangan cuma sibuk hasad dengki melihat kegembiraan orang lain. Macam kami bertiga begitulah kekdahnya, 5 tahun ambik masa nak kumpul bajet dan siapkan apa yang patut, selesaikan dulu mana yang afdal.  Tiket ke London kan dah tak keluar belanja, redeem guna Enrich points, bayar cuma airport tax. Jadi, penuhkan lagi tabung untuk biayai perjalanan ke tempat-tempat lain dua malam setiap bandar. Takkan la 5 tahun tak sempat cukup, lagi pulak ambik masa setahun dari tempoh perjalanan, dari tarikh tiket redemption. Pelan-pelan kayuh, ada 12...