Posts

Showing posts from February, 2019

Mrs. Ragaman

Image
Assalamualaikum. Bulan puasa belum pun tiba,  dah sibuk menjahit baju raya,  ragamanku hanya dia yang tau.... Songket ni aku beli masa teman SIL shopping kat KL awal Februari aritu,  ada 50% diskaun dan diskaun tambahan untuk ahli Gio Fabrics. Lama jugak menung nak potong,  berani ke aku?  Menung punya menung,  aku beranikan diri dan mulakan projek jahitan tangan sepasang songket. Sehari selembar benang,  lama-lama jadi kurung moden hasil jahitan tangan dari awal sampai akhir.  Dulu-dulu memang simpan niat nak jahit tangan sepenuhnya kain songket,  tahun 2019 bulan Februari terlaksana sudah impian itu. Lambat lagi nak raya ni,  betul ke puan nak simpan dulu?  Tanya bibik,  tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku tak berani nak jawab soalan cepu emas itieww,  ko rasa?  Apa-apa pun,  songket ni memang ohsem teruk,  tak panas kainnya dan tak payah sibuk kena alas,  boleh pakai inner lekat kat badan je tak nak kasi gatal.  Rasanya nak ulang jenguk Gio Fabrics sana,  tr

Harta Dunia Akhirat

Image
Assalamualaikum. Umur makin meningkat remaja purba ni,  hati jadi bertambah tisu,  cepat sendu dan macam-macam lagilah. Tengok gambar zaman anak peluk clinging kat mummy,  tetiba rasa alamak!  Dah bila pulak budak ni besar?  Bukan dulu baru tadika ke?  Itulah hakikatnya,  dik non... Masa anak kecik2,  dorang jenuh berpaut pada kita. Dah besar panjang, keadaannya jadi terbalik, kita pulak berpaut pada dorang.  Macam tu la yang mak bapak kita rasa setiap kali tengok kita,  kan?  Jadi,  jangan la kedekut nak panjatkan doa setiap waktu kepada orang tua kita,  sebab harta dunia akhirat seorang ibu dan bapa adalah anak yang soleh dan solehah.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Seri Pengantin Selamanya

Image
Assalamualaikum. Sekarang semua my girls dah berstatus puan,  takde cik lagi,  ya!  Tapi mudah-mudah semua akan maintain macam anak dara sampai bila-bila,  kot ya pun nak berangan,  apa salahnya biar tak logik dek akal,   kan? Percuma je, tak kena bayar.  Aku beriya la balik kerja aritu lepas maghrib terus potong kain lace hijau,  jahit tangan sampai pukul 2 pagi demi menepati tema dayang-dayang pengantin yang nak pakai lace masa majlis kenduri. Kenapa hijau?  Sebab itu je yang sesuai dengan kain batik pilihan dalam almari. Aku ada lagi dua warna yang belum dijahit,  jangan tak tau!  Rasanya nak pelan2 jahit pakai raya tahun ni.  Lace sebelum ni aku duk tempah buat kebaya pendek je,  kali ni teringin nak pakai kurung moden labuh pulak, sebab tengok mak pakai terjatuh hati la pulak. Memandangkan aku tak reti nak jahit lining dan masa pun suntuk, aku putuskan nak pakai dengan inner lengan panjang aje,  warna hijau lumut yang dah sedia ada dalam simpanan.  Kalau warna hitam

Beg Umrah Terberanak?

Image
Assalamualaikum. Kalau kita pergi umrah naik flight kelas ekonomi, masa melontar di toko-toko pilihan sepanjang di Haramain,  kena banyakkan istighfar ya,  kawan-kawan. Sebabnya,  satu kepala boleh bawak dua biji beg, yang mana berat setiap satu beg tak boleh lebih daripada 23kg. Nasihat aku,  bawak satu beg sudah masukkan dalam kargo, bawak satu beg saiz kabin cadang nak isi hasil melontar nanti. Besarlah kemungkinannya akan terberanak jugak beg pada penghujung umrah,  terutamanya kalau pergi bersama keluarga dan tak semua bawak beg saiz kabin.   Jenuh nanti pakat beli beg baru kat sana,  kualiti bukan elok pun,  harga ya ampun mahal!  Jadi,  cadangan aku,  beli aje beg yang boleh lipat-lipat macam gambar kat atas tu,  sampai airport pergilah bungkus lilit-lilit kat kaunter wrapping. Dengan cara tu,  korang boleh jimat banyak duit,  yang mana boleh digunakan untuk melontar lagi last minute sebelum balik.  Tak pun,  bawak je siap-siap dari rumah,  lagi jimat. Tak masuk akal k