Posts

Showing posts from March, 2021

WW ~ Aku Bukan Buaya

Image
Betul. Tak tipu.  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Still Got The Blues

Image
Assalamu’alaikum. Life has many colors, more than women’s pallets do. At least that’s how I see it and you might beg to differ. Ok, dah boleh teruskan coretan dalam bahasa Melayu pasar. Kadang-kadang bila buat tajuk entry dulu, aku akan jadi blur kejap nak buat intro macamana. Biasanya aku buat tajuk paling akhir, sebab takkan sibuk perkataan-perkataan Bahasa Inggeris menerewang di ruang akal dan fikiranku ini. Bukan apa, sesetengah orang dah terbudaya berfikir dalam bahasa yang sebati dengan diri sendiri. Bak kata arwah ayah aku dulu, kalau nak tau dah menguasai sesuatu bahasa atau belum, tengok masa mimpi kita cakap bahasa apa. Kalau dalam mimpi pun speaking London, maknanya kita dah menguasai bahasa itu. Lama jugak aku termenung lepas dengar metafora tu. Mungkin ada benarnya... Aku selalu rindu arwah ayah, especially kalau pakai baju yang ada kaitan dengannya, ataupun lalu depan outlet San Francisco Coffee dan The Manhattan Fish Market (tempat favorite arwah). Macam baru-baru ni aku

Hujung Minggu Di Midvalley

Image
Assalamu’alaikum. Minggu lepas kami bertiga naik grab ke Mid Valley, kena panggil kereta 6-seaters ya kawan-kawan. Masa PKPB kita tak boleh naik grab lebih daripada 2 orang, kecuali kalau kereta yang jenis 6-seaters. Ingat lagi dulu terpaksa burn duit sebab tak boleh naik bertiga nak pergi outing, tapi masa tu tak tau pulak ada exception kepada general rule. Sekarang dah tau senang la nak rancang perjalanan. Kenapa sampai ke Mid Valley kami pergi, jauh tu dari tempat lepak biasa? Sebabnya anak bertuah nak tengok movie anime pujaan dia: Demon Slayer DAN nak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Nampak tak betapa specific nya permintaan dia? Kami kena cari Golden Screen Cinema yang ada outlet Madam Kwan’s, ko rasa? Maka demikianlah kami tercampak ke Bangsar sana, walaupun ada je tempat dekat setakat nak layan movie.  Zaman anak bertuah kecik dulu, ofis kami di kawasan Pavilion sana, memang selalu lepak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Takde nya pernah dia order makanan lain kalau singgah situ,

Angin Satu Badan...

Image
Assalamu’alaikum. Lama kan tak update blog ni? Sorry kawan-kawan, banyak pulak benda yang menghalang. Sekarang mata aku separuh bukak separuh tutup mengantuk tapi takpe la, aku ambik masa kejap buat coretan ringkas kat sini.  Minggu lepas aku back to back ada kes, siap ada tarikh yang bertindih sebab terlampau lama mahkamah bekukan operasi bersemuka dalam dewan. Datang angin malas nak memandu, aku bergerak kulu kilir naik grab je senang. Punya la semua kena pakai mask, aku tak perasan sangat siapa kiri kanan tapi ajaib jugak, ada je yang kenal aku. Chewah... tahap cipan punya perasan. Jenuh jugak mintak maaf, tertunduk-tunduk macam orang Korea sebab tak cam siapa yang menegur.  Kisahnya, tangan aku pilih waktu keluar dewan nak memerah dan membengkak bagai juara. Nasib baik la aku ada bawak bekal spray ajaib, IV Mist dalam poket blazer. Kesian kat grab driver duk bau minyak angin, tapi IV Mist takde la bau macam minyak angin dulu-dulu, masih mesra hidung la jugak. At least, presentable

Roti Kaya Air Fryer

Image
Mudah. Ringkas. Lazat. Kejap je dah siap. Suhu 180 darjah Celcius, 10 minit depan belakang, dibalikkan separuh masa pertama. Breakfast pujaan bonda sekarang ni, sekali je aku buat dia dah jatuh cinta. Cubalah, ya... ~ Nai @ Tak Pe Je.