Hujung Minggu Di Midvalley

Assalamu’alaikum. Minggu lepas kami bertiga naik grab ke Mid Valley, kena panggil kereta 6-seaters ya kawan-kawan. Masa PKPB kita tak boleh naik grab lebih daripada 2 orang, kecuali kalau kereta yang jenis 6-seaters. Ingat lagi dulu terpaksa burn duit sebab tak boleh naik bertiga nak pergi outing, tapi masa tu tak tau pulak ada exception kepada general rule. Sekarang dah tau senang la nak rancang perjalanan. Kenapa sampai ke Mid Valley kami pergi, jauh tu dari tempat lepak biasa? Sebabnya anak bertuah nak tengok movie anime pujaan dia: Demon Slayer DAN nak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Nampak tak betapa specific nya permintaan dia? Kami kena cari Golden Screen Cinema yang ada outlet Madam Kwan’s, ko rasa? Maka demikianlah kami tercampak ke Bangsar sana, walaupun ada je tempat dekat setakat nak layan movie. 


Zaman anak bertuah kecik dulu, ofis kami di kawasan Pavilion sana, memang selalu lepak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Takde nya pernah dia order makanan lain kalau singgah situ, dari dulu sampailah sekarang. Sejenis takkan berpaling punya! Aku suka kuey teow goreng, share dengan pakwe sebab takkan pernah mampu habis sepinggan rabun, portion besar tahap gaban. Sorry ye takde gambar, dah licin ngap makan berdua. Nasi Bojari sampai paling lambat dan siap SOLD OUT tu, terlampau mendapat sambutan yang luar biasa. Lama sangat orang tak boleh masuk dine-in beramai-ramai gamaknya, sekali dapat green light, berbondong-bondong tiba.

 

Mamat ni rasa hensem simpan jambang, apa la nak dikata... layankan aje ler! Yang penting dia bahagia, kan? 


Bab anime pulak, aku dah tau dia akan masuk berdengkur kat sebelah lepas beberapa ketika macam biasa. Asalnya aku cadangkan kami tengok movie lain, biarkan anak teruna layan Demon Slayer secara solo, tapi dia kata takpe la, anak bukan ramai pun. Jadi, aku memang dah tau sangat dia akan masuk tidur dalam panggung. Nak tergelak pun ada, sebenarnya tapi apa ada hal? Cerita Demon Slayer ni aku tak ikut, setakat tau baju hitam hijau petak-petak aje. Disebabkan aku biasa dengan anime Jepun dari dulu, takde la jadi masalah nak menghayatinya. Best jugak cerita ni, banyak falsafah hidup yang boleh diikuti, positif dalam banyak segi. Semangat juang, kekuatan dalaman, setiakawan, ketabahan dan macam-macam lagi... biasalah anime, kan? 


Jarang2 sekali pergi Mid Valley ni jenuh nak tau mana hala tuju kalau nak ke tandas, surau ataupun ATM. Jadi, aku share kat sini peta/pelan lakar untuk rujukan sesiapa yang memerlukan nanti. Macam aritu, pakwe duk tanya kat mana ATM Maybank, sekarang ni semua di hujung jari maka aku google aje ler kan. Sebab tu la aku ambik inisiatif nak letak peta kat sini, ada jugak manfaatnya nanti. 


Ok lah, aku stop kat sini dulu kali ni. Jumpa lagi lain kali, terima kasih sudi singgah. Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamu’alaikum. 

~ Nai @ Tak Pe Je.


 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan