Posts

Showing posts from June, 2020

Bukan Baju Raya

Image
Assalamu'alaikum. Musim-musim raya ni ada satu kecenderungan orang ingat kita pakai baju raya, walaupun baju tu dah berkali-kali raya pun umurnya. Cuma kalau pakai pattern macam ni, mungkin tak nampak sangat aura rayanya, lebih kepada baju kenduri kendara, tak gitu? Memang baju raya pun dan aku pernah pakai buat pergi kenduri resepsi kahwin beberapa tahun sudah. Tinggal lagi, kalau raya takde nya aku nak pakai tudung instant macam ni, kalau tak lilit shawl, aku pilih Bokitta. Mak bukan main teruja puji tudung lawa, maklumlah style yang dia gemar dan aku selalu duk belikan sejak dua tiga menjak kebelakangan ni. Warnanya manis, dah macam punch drink kita campur-campur kordial masa raya.  Hari ni PM Prihatin Nasional, TSMY umumkan PKP masuk dalam Fasa Pemulihan dan dilanjutkan bermula 10hb. Jun 2020 sehingga hujung bulan Ogos. Merdeka! Errk... PKP-PKPB-PKPP, ah, lu pk la sendiri! Heheheh. Merentas Negeri dah dibenarkan, maknanya Raya Haji boleh la bersesak-sesak di lebuhraya di pa