Juma'at & Sya'aban: Ramadan Kian Melambai.
Assalamu'alaikum. Alhamdulillah, dah Juma'at kita hari ni, tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya puasa sunat Nisfu Sya'aban sejak semalam, semoga iftar tadi menyamankan perut dan ibadah kalian mendamaikan hati setakat ini. Bagi yang masih gigih memecut saat-saat genting untuk membayar hutang puasa tahun lepas, semoga dipermudahkan segala urusan. Dan kepada sesiapa yang masih tetap diburu penyesalan kerana terpancit daripada menqada' puasa awal-awal, semoga azam korang berjaya ditunaikan tahun depan, Insya Allah. Dan tahniah juga kepada kaum-kaum Adam dan Hawa yang takde hutang puasa tetapi bersungguh-sungguh mengejar pahala puasa sunat yang sangat-sangat dianjurkan ini. Bagi yang senasib dengan aku, takpe la kalau korang dalam keadaan uzur syari'e dan dalam zon bendera merah, menyokong serta mendoakan orang-orang yang berpuasa pun dapat jugak pahala, Insya Allah. Hari ni cuaca sangat indah, tak terlalu panas dan tak jugak terlalu sejuk. Pagi-pagi selepa...