How I Pack My Handbag : MK Sutton Satchel in Black
Assalamu'alaikum. Aku suka tengok dalam you.tube macamana orang perempuan susun atur barang dalam handbag dorang, biasanya di bawah tajuk "How Do I Pack My Bag". Tapi tak banyak sangat video macam tu, tak sebanyak "What's In My Bag/Purse", review pasal handbag baru ataupun unboxing secara berjemaah di hadapan kamera. Itulah you.tube community yang makin lama makin besar networking nya. Salah seorang daripada pengikut komuniti itu, akulah. Tapi takde kan orang kita buat video macam tu, kan? Aku takde you.tube channel, tapi apa salahnya kalau aku buat dalam bentuk blog, kan? Orang kita kalau buat benda-benda macam tu, banyak pulak orang salah anggap... Ingat macam menunjuk-nunjuk, riak takabbur segala. Tapi kalau depa tengok bangsa lain buat takpe pulak, perasan tak?
Anyways, aku ni baru berjinak-jinak nak minat handbag Michael Kors walaupun orang lain dah berzaman-zaman ada koleksi jenama tu. Aku start minat bila MK buat handbag guna saffiano leather macam Prada tu, harga pun jauh lagi rendah berbanding Prada, of course. Satu hari tu client aku bawak bawak sebijik MK kaler hitam yang buatkan aku terkesima lima enam ketika, owh no...!!! Aku sudah jatuh cinta pandang ke-enam sampai terigau-igau tak ingat punya. Balik rumah aku start browse website Michael Kors dan gigih sungguh buat research dengan menonton segala mak nenek reviews pasal Sutton Satchel Saffiano Leather dalam you.tube. Nak dijadikan cerita, ada member pergi ke U.S tak lama lepas obsesi tersebut bermula.. Memang rezeki la, kan? Apa lagi, pesan la kan? Maka, sekarang sudah sah menjadi milikku beg idaman kalbu itu. Kemudian, baru aku perasan yang itulah handbag pertama berwarna hitam yang aku ada! Bukan saja handbag jenama MK yang pertama, tapi jugak kaler hitam yang pertama. Memang sentimental la this black jet beauty in my eyes!
Design Sutton Satchel ni sebijik macam Prada, cuma ada tambahan D-ring yang boleh diletakkan kunci dan butang penutup yang menghubungkan dua bahagian handbag. Kalau nak dibandingkan dari segi berat, beg ni jauh lagi ringan daripada Prada samada sebelum ataupun selepas diletakkan barang ke dalamnya. Dah pulak aku ni jenis bawak macam-macam la nya dalam handbag, jom tengok kat bawah.
1- Pochette NM 2- Wallet 3- Mini Pochette 4- Key Cles
5- Shades 6- Pen 7- Mini Pouch
Dalam Pochette NM : Card Holder, calculator, power bank, redemption coupons Cosway punya, stevia powder dan USB charger serta adaptor. Duduk elok2 secara majmuk kat dalam tu.
Dalam Mini Pochette: Compact powder, day moisturiser, eyebrow liner, lip bump dan lipstick.
Tak banyak pun barang mekap, tu pun jarang guna eyebrow liner. Touch up sikit-sikit je lepas solat. Kadang-kadang kalau rajin, bawak sekali foundation. Kalau rajin. Selalunya malas.
Dalam Key Cles : Namecards & Kunci rumah. Kunci rumah tu aku modify sket letakkan rantai khas supaya tak kacau tempat penyangkut untuk aku letak key cles tu sebagai handbag charm bila-bila perlu. Lebih kemas dan teratur pada hemat aku.
Dalam Mini Pouch : extra pins, gunting lipat dan pengetip kuku. Comel kan pouch ni? Aku beli banyak aritu kat Korea, bagi kat sedara-mara terdekat. Nak bagi semua tak terbeli aku.
Dalam bekas spek Rayban tu aku letak shades jenama lain, sibbaik muat. Dan dalam bekas spek free tu aku letakkan signing pens, elok je bertenggek 3 bijik.
Aku biasa la, mesti nak modify handbag ikut keserasian. So, aku letakkan extension bulat tu kat zip handbag untuk aku klip Pochette NM, wallet dan Mini Pochette supaya lebih terjamin keselamatan ketiga-tiga barang itu, maklum la handbag ni terbuka sifatnya. Lagipun, boleh la depa duk diam-diam tak bergerak-gerak serata alam.
Akhir sekali, sebelum aku turun dari rumah, aku selitkan handphones aku kat poket-poket yang munasabah. Kalau nak bawak ipad, boleh masukkan ke dalam mana-mana bahagian yang ada zip tu kan? Siap boleh bawak sejadah mini kalau korang mau, muat lagi dalam zip tu. Ikut preference masing-masing sebenarnya.
Close up
Bagi aku, biarlah kita susah mula-mula untuk menyusun atur barang-barang kita dalam handbag daripada bersusah-susah kemudian nak carik barang satu apa pun tak jumpa bila perlu. Itu bagi aku, bagi orang lain terpulang la kepada keserasian tersendiri, kan? Terima kasih la sudi baca sampai habis. Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
pergghhh mcm2 adooo.....tersusun teratur mcm tu takpe.......
ReplyDeleteBeg Doraemon. Anytime bleh lari kejap dari daerah. Heheh
Delete