Posts

Showing posts with the label SECANGKIR KOPI

Mesin Kopi Kapsul

Image
Assalamu’alaikum. Dah masuk waktu minum petang, korang minum kopi ke teh ke milo ke apa dia? Aku dari hujung Oktober tahun 2020 tak suka minum kopi letak susu fresh, entah masuk angin mana pun tak tau. Kadang-kadang kalau habiskan kopi pakwe tinggal atas meja pun rasa nak muntah hijau, apatah lagi minum segelas, memang tak ar! Jadi, aku minum la black coffee macam mula-mula aku start menceburi arena pengopian, zaman anak dara pingitan minum kopi cap Kapal Api. Lepak pulak sebelah arwah nenek yang terlebih macho, sebelah tangan pegang cawan kopi O kaw dan sebelah tangan lagi pegang rokok Dunhill. Kaki mesti silang panggung, tak boleh tidak, ko rasa?  Sekarang ni ada jual mesin kopi kapsul yang datang dengan 3 tray berbeza: kapsul Nespresso, kapsul Dolce Gusto dan serbuk kopi. Aku macam, “Omaigaddddd!” terus takde dakwa dakwi mahupun berfikir panjang ke apa ke, yang aku tau mesin kopi itu mesti menjadi milikku sesegera mungkin! Letaknya tak lain tak bukan, di sebelah Arissto. Bila da...

Mampir di Sunway Putra Mall

Image
Assalamu'alaikum. Aku teman kawan baru2 ni, punyalah kelam kabut selesaikan apa yang patut sampai perut masuk angin, pukul 5pm belum lunch. Langkah paling praktikal saat dan ketika itu adalah singgah ke mall yang terdekat dengan lokasi kami. Maka tercengang-cengang la aku, confused kenapa tetiba ada kat Sunway. Bila kawan aku bagitau itu tapak Hentian Bas Putra yang lama, barulah aku tergelak sendiri. Sabor je ler, walaupun namanya Sunway Putra Mall, tak semestinya aku kat Subang Jaya. Nai, kadar gula dalam darah turun mendadak ke sampai blur beriya?  Lapar punya pasal, kurang upaya nak memilih makan apa.. masuk je Teh Tarik Place, sebab kawan aku cari nasi. Kalau sorang2 mungkin aku menapak masuk restoran Jepun, takpun aku lepak minum kopi kat Starbucks dan makan mini cocktails. Takpe, kita raikan kawan.. lagipun aku minat minum teh tarik dorang kat cawangan Wangsa Walk. Aku order Wantan Noodle bersama teh tarik, sedap jugak. Kawan aku makan nasi goreng ayam berempah, cubit sikit ...

Pesanan Penaja: Kopilihaku

Image
Assalamu'alaikum. Tak sempat nak berceloteh panjang, curi2 update blog kejap sebelum cuba pejamkan mata. Sekarang ni malas nak upload gambar dalam blog, selfie pun tak selalu ambik. Faktor usia agaknya, sampai kawan2 pm tepi tanya apa khabar sekarang, semua ok ke? Risau sebab takde gambar baru dalam IG ataupun FB, tak macam dulu. Ye lah, bila hari-hari selfie karang depa ingat aku jual tudung bagai, tapi bila aku duduk diam2 sibuk nak suruh ambik selfie pulak. Heheh, sabo je ler!  Gambar ni pun aku ambik awal minggu, masa ada kerja kat Mahkamah Syariah KL, bosan menunggu giliran kes lambat dipanggil. Bagus jugak, sempat la aku pelan-pelan habiskan kopi dalam termos. Kalau tak, jenuh jugak tersengguk-senguk menahan kantuk. Siap bawak bekal kopi, ko rasa? Bukan apa, nak minum kat rumah tak sempat habis, nama pun kopi panas, cari maut nak teguk sekaligus. Lagipun kopi tak sedap kalau dibiarkan sejuk, mesti ada rasa suam-suam kuku paling koman pun. Musim PKP ni lagi praktikal buat gitu...

Arissto, Luna & In Love

Image
Assalamu’alaikum. Arissto ada di mana-mana sekarang, maklum la pakej sewa bulanan RM1 dengan syarat beli coffee pods minimum 10 biji. Aku kurang sesuai sikit dengan Arissto, ada hambar di hujung rasa. Mungkin tak cukup piaiwaian dan syarat minimum tekak espresso? Ataupun mungkin sekadar acah-acah bagus? Apa pun jua, aku lebih memilih untuk mengikut citarasa dan selera sendiri, janji bahagia dan tak susahkan orang sekeliling.  Memandangkan selalu sangat teman sorang mamat ni minum Arissto, aku pelan-pelan belajar mencuba. Setiapkali buatkan kopi perisa 'Amico' untuk dia, aku akan cari akal nak kasi campuran kopi tu mencapai darjat kepekatan yang sesuai dengan tekak. Try and error dari satu perisa kepada perisa yang lain, akhirnya aku puas hati dengan gabungan "Luna" dan "In Love" yang bagi aku tersangatlah ohsem rasanya!  Lepas ni bolehlah try gabungkan perisa-perisa lain pulak, banyak lagi dalam senarai. Ada "Lonely", "Passion" dan "...

Kopi, Rokok & Sirih ~ Aroma & Terapi.

Image
Assalamu’alaikum. Aku baru sudah buat kopi letak dalam spill proof a.k.a thermos, satu untuk pakwe dan satu untuk aku, lepak kejap update blog sambil makan roti jagung yang aku beli kat Petronas Lingkaran Karak dua hari lepas dan menghirup kopi pelan-pelan. Teringat pulak kat arwah nenek sebelah ayah, dia memang kuat minum kopi dan chain smoker, yup, nenek aku smoked. Rokok daun dan DUNHILL, ko rasa? Oh, kuat jugak makan sirih. Kopi, rokok dan sirih, hurmmm... korang takkan tau apa bau yang terhasil daripada kombinasi itu, kecuali korang berasal dari Pantai Timur, di mana masyarakat menerima perlakuan sebegitu sebagai sesuatu yang normal. Tapi khas untuk orang tua-tua aje, hokeh... anak cucu tak boleh buat semua tu, kecuali manja-manja try rokok daun. Haaa... aku pun tak terkecuali, dan family pun semua akan gelak ketawa ramai-ramai bila yang mencuba itu terbatuk-batuk, tersedak, mata berair bagai. Itu adalah senario yang sangat cute pada pandangan mereka, tapi percubaan pertama aje l...

Kisah Tungku, Durian & Mocha

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni ada extra service daripada tukang urut bulanan, iaitu bertungku satu badan. Pergh... heaven on earth, to the moon and back gitu rasanya! Satu tip yang aku belajar daripadanya, tungku perlu dibalut dengan aluminum foil dulu selepas daun mengkudu/sirih/pisang suka hati ler kan, barulah tak terbakar tuala dan kain batik yang digunakan. Cuma bau takde la sewangi dan sekhayal tanpa aluminum foil, itu pada pandangan peribadi aku. Tinggal lagi, apa ada hal wangi ke tidak, yang penting lemak berketul boleh dipecahkan, urat bersimpul boleh dikendurkan. Bak kata dia, badan kamu nanti jadi macam ubi yang dah masak, enak dimakan begitu saja. Oh Gardenia! Heheh adoi comel sungguh perumpamaan orang Medan ni, ya? Sis terhibur t eruk! Mak ajak pergi Mydin Subang, nak beli tudung katanya, amboi bapak jauh kau! Tak berbaloinya lahai nak murah punya pasal, aku pujuk dia pergi yang dekat-dekat sudah. Elok aku terus bawak dia singgah kiosk Jahan’s kat Aeon AU2, turun ...

Sehari Secangkir Kopi, Kisah Tak Pe Je

Image
Assalamu’alaikum. Aku setiap pagi macam jugak coffee addicts yang lain, memang kena mintak nyawa sebelum mulakan kerja. Kadang-kadang selepas subuh aku dah start brew coffee, letak dalam thermos untuk suami dulu sebelum pergi hantar anak ke sekolah, balik tu buat pulak kopi untuk diri sendiri. Tapi ada masanya aku buat siap-siap, heret thermos berisi café latte dan minum pelan-pelan sambil memandu. Tengok keadaan la macamana, takde la statik langsung tak berubah. Gambar ni aku ambik pagi Jumaat, lepas hirup seteguk kopi, susu rasa pelik, baik jangan teruskan minum, karang sakit perut jenuh jadi penunggu tandas tak keluar-keluar. Ini la lecehnya bergelumang dengan arena café latte, sebab susu segar memang cepat tak elok. Penyimpanan susu segar tak semua orang faham, macam bibik sampai sekarang tak faham-faham lagi, ataupun malas nak ambik pusing, apa susah tak elok bukan dia yang kena beli lain, kan? Kalau dah keluarkan dari peti, jangan berlama-lama di luar, cepat-cepat masukk...