Kopi, Rokok & Sirih ~ Aroma & Terapi.
Assalamu’alaikum. Aku baru sudah buat kopi letak dalam spill proof a.k.a thermos, satu untuk pakwe dan satu untuk aku, lepak kejap update blog sambil makan roti jagung yang aku beli kat Petronas Lingkaran Karak dua hari lepas dan menghirup kopi pelan-pelan. Teringat pulak kat arwah nenek sebelah ayah, dia memang kuat minum kopi dan chain smoker, yup, nenek aku smoked. Rokok daun dan DUNHILL, ko rasa? Oh, kuat jugak makan sirih. Kopi, rokok dan sirih, hurmmm... korang takkan tau apa bau yang terhasil daripada kombinasi itu, kecuali korang berasal dari Pantai Timur, di mana masyarakat menerima perlakuan sebegitu sebagai sesuatu yang normal. Tapi khas untuk orang tua-tua aje, hokeh... anak cucu tak boleh buat semua tu, kecuali manja-manja try rokok daun. Haaa... aku pun tak terkecuali, dan family pun semua akan gelak ketawa ramai-ramai bila yang mencuba itu terbatuk-batuk, tersedak, mata berair bagai. Itu adalah senario yang sangat cute pada pandangan mereka, tapi percubaan pertama aje la, lepas pada tu kena pelangkung dah! Cuma dalam kes aku, memang takde percubaan lain, sebab memang takde temptation ke arah itu, mungkin sebab alah pada asap dan sesak nafas bukanlah sesuatu yang menarik bagi aku. Ok, kenapa teringat kat arwah nenek? Sebab dia sihat walafiat hidup sampai umur 80an walaupun chain smoker dan minum kopi O bergelas-gelas setiap hari. Adakah kerana sirih menjadi penawar ataupun dari segi pemakanan, dia makan nasi sikit je, lauk pun hari-hari ikan singgang cicah budu, sayur, ulam-ulaman, petai dan jering dipetik dari kebun sendiri belakang rumah? Apa2 pun, tok memang macho dan slim sampai akhir hayatnya.
Cucu dia tak smoke, tak makan sirih, petai, jering, ulam-ulaman pun kureng. Makan macam-macam, selagi halal dan kena selera tekak, telan. Kebun sayur takde, tangan tak pernah cuba tanam apa-apa, so tak tau ‘panas’ ke ‘sejuk’. Ayah tangan sejuk, lepas pencen dia tanam macam-macam sayur semua menjadi dengan cantiknya. Mak tanam cili jadi pedas kalah Samyang Challenge, nampak sangat garang macam singa. Tanam bunga pun menjadi, lawa menghiasi keliling rumah di Terengganu sana, akhirnya tinggal jugak duduk dengan aku kat KL ni. So, apa yang cucu tok sama dengan dia cuma satu, iaitu penggemar kopi nan tegar.. Aroma kedai kopi sampai ke dalam ofis, jangan tak tau! Kalau tok dulu kat tangan selalu ada rokok dan segelas kopi O, kat tangan cucu dia selalu ada 1 mug caffĂ© latte tanpa gula. Senyuman sama manis, hahahha ko rasa?
Pergi la mana-mana pun, kat tangan ada kopi.
Sekarang ni 2 kali sehari minum kopi, sekali pagi buat kat rumah. Sekali lagi petang, buat kat ofis. Sebabnya, dah ada semula mesin kopi ganti yang bawak balik rumah tahun lepas. Aritu murah je beli kat Lazada masa promo, dapat RM316.50 jenama Donlin. Personally, tak boleh lawan De Longhi dari segi pemanas susu segar, tapi tetap boleh menghasilkan secangkir kopi yang sangat menawan tekak dan kalbu. Bak kata Zizi Kirana, semua benda sedap kita nak mintak lagi. Sekarang aku dah mula berjinak-jinak buat caffé mocha kat ofis, kasi budak-budak dan kawan-kawan yang datang jenguk minum. Dah jadi ketagih, halamak! Sumpah aku tak letak ganja ataupun jampi serapah, cuma dibuat penuh rasa cinta pada kopi dan kasih pada yang tau menghargai. Mana yang takde reciprocal, sila duduk tepi, jangan hampiri aku kerana hati ini penuh rasa cinta dan kasih mesra, kadang-kadang berbahaya kepada bot-bot kecil, kata seseorang yang pernah hadir dalam hidup ini.
Bicara tentang kopi takkan pernah habis, nanti kita sambung lagi. Aku nak pergi hantar anak, dah lambat ni tak turun-turun lagi budak bertuah tu, jenuh mummy nak merempit redah jalan nan sesak! Terima kasih sudi baca, sampai nanti, ya? Assalamu’alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment