Posts

Showing posts from July, 2020

Wifi Siput Jadi Arnab

Image
Assalamu'alaikum. Wifi rumah aku memang mencabar minda, lekuk-lekuk dan simpang-siur ruangan kiri dan kanan boleh bikin connection bertukar menjadi siput. Jadi, wifi tu layaknya dipanggil siput aje, ko rasa? Siput itu akan berstatus sedut ataupun khinzir kalau ramai datang berkunjung lepak2 guna (free wifi kan) ataupun kalau pakat download movies segala bagai. Modem ada 1, router ada 1 kat setiap tingkat tapi hazabedah nya lahai.... tuhan aje yang tau!  Akhir-akhir ni aku suka browse tentang modem, router, repeater, booster dan yang sewaktu dengannya untuk home office PC dan of course, untuk menolak siput supaya bergerak lebih laju. Kebetulan tengok harga mampu milik kat Shopee, aku pun beli la TP-Link TL-WA850RE 300 mbps Wireless Wifi Range Extender apa menda ntah lagi nama penuhnya. Yang penting, device ni menyelesaikan dilema encik siput kat rumah aku.  Kalau kita biasa dengar perkataan "blind spot" selama ni, sekarang zaman orang mengeluh pasal "dead zone" p

Cabai Mulut Tu Karang!

Image
As salamu'alaikum. Korang suka makan cili jeruk? Aku suka, tapi kena berhati-hati di jalan raya dan toleh kiri kanan, tak boleh ikut tekak saja, nanti menggelupur sakit perut. Biasanya aku kena kuatkan minda dan buat-buat tak nampak setiapkali pekena mee celup kat kedai makan Mek Siam, tapi ada masanya tewas jugak.  Dua minggu lepas aku kena sampuk hantu apa entah, beriya beratur kat Rosyam Mart beli stok barang dapur dan bawak balik cili padi dengan cuka, tak sempat nak bukak tudung pun terus memulakan projek menjeruk cili padi. Laku rupa2nya benda alah ni kat rumah, aku letak 1 bekas dalam bilik dan 1 bekas kat dapur. Tengahari tadi siap tumbuk sambal belacan guna cabai jeruk ni, jangan tak tau! Terangkat sangat-sangat, tak caya boleh try sendiri.  Mak cakap tadi, buat guna cili besar pulak, kebetulan banyak dia pesan kat kawan adik yang baru turun dari Cameron Highlands. Tapi rasanya kena cari cili gemuk2 montok kat Aeon AU2 dulu buat solok, lama dah pendam nak makan dengan nasi

Ada Je Ni...

Image
Assalamu'alaikum. Bersawang dah blog ni, lama tak update sebabnya setting berubah sangat, jenuh terkial-kial aku nak cari kesesuaian. Eleh, padahal sebab tak reti macamana nak upload gambar! Sekian lama mereput, kali ni akhirnya aku ambik inisiatif untuk pelan-pelan teliti dan seperti biasa, usaha tangga kejayaan. Maka dengan itu terhasillah entry pagi-pagi buta ni. Petang tadi siapa suruh aku tidur, kan dah buntang biji mata? Rasa lemau sangat macam orang nak demam, itu yang aku tewas sementara menunggu azan asar, dua jam kemudian terkebil-kebil mamai segala. Lepas solat asar, aku keluarkan peluh setengah jam mengayuh basikal statik dengan penuh keazaman di dada. Patutnya ada jemputan makan nasi dagang dan keropok lekor kat rumah sahabat di Ampang, terpaksa kuabaikan dek kerana terlampau penat. Takpe la, lain kali ada rezeki panjang umur dan jodoh pertemuan, insya Allah boleh lepak dengan gumbira. Musim durian sekarang ni, meriah di sana sini lori dan kereta bukak gelanggang tepi