Ada Je Ni...

Assalamu'alaikum. Bersawang dah blog ni, lama tak update sebabnya setting berubah sangat, jenuh terkial-kial aku nak cari kesesuaian. Eleh, padahal sebab tak reti macamana nak upload gambar! Sekian lama mereput, kali ni akhirnya aku ambik inisiatif untuk pelan-pelan teliti dan seperti biasa, usaha tangga kejayaan. Maka dengan itu terhasillah entry pagi-pagi buta ni. Petang tadi siapa suruh aku tidur, kan dah buntang biji mata? Rasa lemau sangat macam orang nak demam, itu yang aku tewas sementara menunggu azan asar, dua jam kemudian terkebil-kebil mamai segala. Lepas solat asar, aku keluarkan peluh setengah jam mengayuh basikal statik dengan penuh keazaman di dada. Patutnya ada jemputan makan nasi dagang dan keropok lekor kat rumah sahabat di Ampang, terpaksa kuabaikan dek kerana terlampau penat. Takpe la, lain kali ada rezeki panjang umur dan jodoh pertemuan, insya Allah boleh lepak dengan gumbira.




Musim durian sekarang ni, meriah di sana sini lori dan kereta bukak gelanggang tepi jalan dengan selambanya. Lepas PKP ni bercambah macam cendawan sesidang hujan orang menjual dan menjaja ala pasar lambak, asal barang jadi duit, kasi pecahkan ruyung bersama-sama. 

Aku tak sekuat dulu layan durian, lebih 4 ulas dah tangkap kepala. Bau dalam tempat tertutup pun dah tak tahan, jadi lemas dan pening kepala, seolah2 berjangkit pulak pesen pakwe. Dia macam tu la, dulu aku rasa menjengkelkan. Sekali kena kat aku, baru padan muka! Tapi itu tak bermakna aku tak suka durian, hatta pakwe pun elok je ajak makan kat luar cari Musang King sesekali. Cuma takde la beriya macam masa remaja dan umur 20-an dulu, sebiji sorang selamba je senyum senang. 

Satu perkara tetap sama: aku hantu pengat durian. Seharian makan pengat pun takde hal, on aje. Tapi kena beringat jugak, umur 40-an takkan nak buat perangai zaman muda. Kadar pengambilan gula dan pulut segala bagai kena cakap siang pandang-pandang, dah la anak perempuan yang ayahnya penghidap diabetes berisiko tinggi untuk turut mewarisi. Tak takut ke, weh? Walaupun aku minum kopi takde gula dan jarang2 minum air manis, aku pesen suka makan kuih tradisional. Mana ada kuih tawar, cer cerita? Sekali mengadap kuih, macam takde esok bagimu, habis camna? Nak berhenti sebelum kenyang la yang paling susah! Dan yang susah tu la akan menyenangkan kita esok2 dah makin tua, insaflah wahai nai! 

Sementara tu, kita tidur dulu, jom! 





Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan