Posts

Showing posts from October, 2011

Supper a.k.a Makan Carik Pasal

Image
As salam. Apa la aku malam ni kul 10.30 turun carik makan kat dapur. Ish Ish Ish...! Begini ceritanya: Petang tadi Ketua Rumahtangga itu beli ayam kampung. Ingat nak buat nasi minyak dan gulai cara Terengganu ayam tu. Tepon mak tanya, malangnya Bibik dah sangat efisyen masak nasi putih. Maka teruskan aje projek menggulai ayam tanpa nasi minyak. Singgah kat Giant beli timun, carrot dan nenas untuk buat acar. Balik rumah sedang elok lagi 5 minit nak waktu Maghrib. Jadi, dengan senang hatinya aku turun mengerjakan apa yang patut demi menu makan malam bertemakan ayam kampung sebaik aje selesai solat Maghrib. Sebelum waktu Isyak, dah tersengih untuk santapan perkara-perkara berikut: Nasi Putih Gulai Ayam Kampung (Rempah Diimport dari Pasar Chabang Tiga, Terengganu) Acar Timun + Carrot + Nenas Sambal Belacan  Owh, soooo simple! Tak pe la, banyak-banyak lauk karang membazir pulak. (Harus la, kan.. ayat orang malas.. *wink *wink) Usai pastikan Junior dan Senior duduk mengadap menu itu, aku

Belenggu Irama

Image
As salam. Macam tajuk lagu Wings pulak, Belenggu Irama. Adeh. Takpe la, kan? Terasa nak guna tajuk tu untuk entry kali ni, apa nak buat. Tapi aku tak bercadang nak cakap pasal lagu rock hari ni. Tersasar tu dari tujuan sebenar, walaupun entry aku takde destinasi khusus pun.  Sejak aku teringin nak lewati susur-galur kenangan dalam Notting Hill, aku jadi teringat pulak zaman-zaman kegilaanku pd Hugh Grant. Masa lepas zaman SPM dulu, aku terjatuh cinta kat that British hunk dalam Four Weddings And A Funeral. Ingat lagi aku lebih banyak masa pandang tempat lain (looked away, terjemahan secara langsung) tengok cerita tu, sebab mata innocent ku ini tak biasa dengan semua keterbukaan cerita tu. Still, aku rasa cerita tu sangat sweet dan hampir hari-hari TV kat United Kingdom duk buat ulasan macamana cerita tu bleh sangat berjaya kat USA walhal ia 'very British', bak kata sorang presenter dalam rancangan pagi depa ala-ala Selamat Pagi Malaysia. Aku tak paham sangat British English

Paused

Image
As salam. Korang tau, dua-tiga hari ni bilik kesayanganku kat ofis ni jadi kurang selesa. Bau tak menarik duk sambut aku setiap pagi masa bukak pintu. Makin hari makin kuat, sakit hidung aku. Jenuh carik punca, tak jumpa-jumpa. Masuk hari ni, aku dah jadi sakit hati. Nasib baik setiap Jumaat ada sorang kakak ni datang cuci ofis. Aku mengadu la kat dia pasal bau yang menyakitkan hidung dan hati aku tu. Dia pun tak jumpa gak mula-mula, sehingga la dia mintak izin nak ambik bakul sampah kat bawah meja aku. Hek Eleh.. ada sisa jagung rebus rupanya dalam tu. Kemudian aku ingat, Bibik ada kasi bekal jagung rebus baru-baru ni bawak kat ofis. Patut la duk bakar lilin aroma terapi tak jadi-jadi nak wangikan keadaan. Lepas ucapkan bye-bye kat my BFF, Puan Sue N lepas lunch tadi, aku disambut bau yang nyaman dalam bilik pujaan hatiku itu. Alhamdulillah. Kalau tak, mesti kacau kenyamanan hatiku sepanjang hari. Tak pasal-pasal jadi moody pulak, susahkan orang lain. Itu la kuasa bau terhadap Puan T

Once Upon A Dreamer

Image
When I write in English, it shows that I'm in trouble. Trouble with my own feelings. It happens all the time. I'd write, speak and even dream in English. Well, most of the time I can't even begin to make some sense. Not even to myself, let alone somebody else. As of now, I really need to go down the memory lane. And visit my Notting Hill Dreams. Let us juz relive the moments for once. I II III IV V Yes, I used to be a dreamer. But I'm not the only one. It's just that Life Is Not A Fairy Tale. And I'm Not in Notting Hill.

Romantik Yang Sengal

Image
As salam. Kalu korang pernah jenguk blog rojak milik Puan Tak Pe Je ni, mesti korang perasan ada cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Kampung. Haa... kan? Jap tadi dari mula-mula waktu rehat aku duk depan laptop, lepas kenyang sangat-sangat makan nasi kerabu. Nak termuntah aku, banyak sangat portion nye. Tak abis pun sebungkus walaupun try bersungguh-sungguh.  Entah macamana la tetiba aku terasa nak tengok Cinta Kristal versi Hantu Kak Limah. Dan of kos la, tergelak sorang-sorang dengan kuatnya. Sungguh comel babak romantik yang sengal itu..! Terbaik la, weh.. Bagi aku la, kan? Menjadi betul Awie buat stupid grin, madly in love la katakan... Yang paling tak bleh tahan, bila ada rock band kat belakang tutup tirai babak romantik sengal itu. Aku still ingat macamana aku hampir sesak nafas tergelak-gelak tak hengat punya. Owh, sungguh tak senonoh..! Tapi itu la dia, pelengkap karisma babak tersebut, ya tuan-tuan.. Bukan ke bagus kalu buat love story macam gitu? Bersahaja dan penuh makna. Al

Dilema Hantu Buku

As salam. Korang tau, aku suka lepak kat kedai-kedai buku besar. Lagi besar kedai tu, lagi lama aku akan lepak kat situ. Dulu masa Matrik UIAM masih kat Lembah Pantai, byk kali aku naik teksi ke MPH Bangsar. Jakun la aku tengok kedai buku sebesar tu, maklum la baru sampai dari Terengganu. Selama ni duk lepak kat Kedai Buku Ahmad Omar je kat depan Pasar Kedai Payang, ikut arwah ayah jenguk kitab-kitab terbaru. Mana ada kedai buku besar macam MPH kat Bangsar tu.  Masa tu rasa takjub sangat, rasa macam duk kat perpustakaan sekolah je dia punya besar! Sekali bila Mid Valley siap, rasa nak menjerit tengok MPH outlet yg kat Bangsar tu pindah ke sana. Laaaaaaaaaaaagi gedabak! Owh, suka nya aku...! Kalau aku ke Mid Valley, aku mesti lepak kat situ sesuka hati mak bapak aku je lama-lama. Tak lama lepas tu sampai lak zaman melepak di Sogo, Kinokuniya pulak ada kat situ. Berkampung la kat situ, owh sungguh divine!  Kat KLCC pun sama, bila usia makin bertambah, kemudahan awam kat KL ni pun maki

Relevan Kot

Image
As salam.  Lepas maghrib tadi aku ke KL Sentral, terkejut mak bila tengok aku turun pakai lawa-lawa. Sabtu malam pun kerja gak? Nak jumpa orang kejap, mak. Dah dia free Sabtu malam aje, nak buat macamana? Aku park kereta kat LRT, commute ke KL Sentral. Punya la jam jalan menghala ke LRT, terpaksa aku kreatif carik jalan alternatif. Pelik aku, dah takde beza malam minggu dengan malam-malam biasa. Kebanjiran kereta yang luar biasa la di pasaran.  Senario di KL Sentral apatah lagi. Dah jadi macam London Heathrow la pulak aku tengok. Semua duk berkejar turun-naik ekskalator, macam-macam kaler kulit, macam-macam pesen pakaian, macam-macam bau badan. Macam-macam ada..  Tapi bila aku dah lepasi kelam-kabut manusia tu, jalan menghala ke ERL dan kawasan sekitarnya dah bagi aku rasa privasi. Sibuk jugak, tapi terkawal. Ada yang beratur nak check in bagasi. Ada yang relax kat kerusi urut yang letak syiling ikut tempoh masa. Ada yang nampak pelan-pelan tarik beg macam tersingkir dari Akademi Fan

Tazkirah Muka Buku

Image
As salam. Korang tau, aku selalu percaya, kalau Tuhan sayangkan kita, setiapkali kita lalai dan terleka, mesti ada dihantar-Nya peringatan. Dari sudut dan dari cara yang kita tak pernah sangka. Macam jugak malam tadi, saat aku tercari-cari diri yang terasa kehilangan, tersesat dalam duka nan rawan, aku disedarkan dengan lembut dan terus ke hati. At least bukan secara dibentak-bentak oleh situasi, syukur Alhamdulillah. Malunya aku pada Tuhan, yang masih memberi kasih dan sayang saat aku makin jauh dari  landasan. Terima kasih la pada adik aku yang tag video ni dalam Facebook. Cara video ni diedit memang mainkan peranan penting. Takde halangan, berdesup menyerap ke seluruh saraf dan bertenggek di lubuk hati yang paling dalam. Demikian la nikmat sebuah ketenangan. Yang hadir dari sebuah peringatan tulus dan penyampaian yang berhikmah. Dan siapa sangka, aku terjumpa diri yang hilang di laman Muka Buku... Maha Suci Tuhan. Aku ni over-loaded aku rasa. Nasib baik dah dekat nak ambik time-

Bukan Ku Tak Cinta

Image
As salam. Jap tadi aku jumpa somebody. Cerita dia buat aku teringat kat lagu Don't Cry, Guns 'N' Roses. *Tepuk dahi sendiri. (Ada ker masa client cerita bleh teringat kat lagu rock?) Lepas dia balik, aku ambik masa rehat kejap. Ingat nak makan sandwich kat Subway tapi macam tak sempat, ada orang nak datang pukul 1.30pm. So, dengan pantasnya jari-jemariku mencari lirik lagu Don't Cry kat you.tube. Macam-macam boleh jadi dalam dunia ni. Jenuh client aku tadi bentangkan alasan nak justify niat dia carik orang lain. Aku senyum aje, dengar dan bagi respons mana yang perlu. Akhir sekali, aku cakap dia tak de buat salah apa. Yang dia nak buat sekarang, halal dari segi hukum. Cuma dia perlu betul-betul ikut hukum supaya niat dia yang elok takkan porak-perandakan hidup. Dan kena handle situasi hidup dia dengan baik. Macam benda fragile, once broken considered sold. Jangan lupa bagi ruang kat diri dia sendiri gak. Takut nanti tersepit lak dalam War of the Roses. Kalau Bed of Ro

Aku Yang Masih

Image
Pernah satu masa daerah sepi itu amat sukar kutinggalkan. Aduh, melankolik sangat bunyi tu! Kita cuba reka bentuk baru, apa kata? Macam ni la, aku dulu banyak masa nak layan perasaan jiwang karat. Berelung-relung duk bikin puisi cinta, duka dan lara. Mengelus sengsara tak ada sudahnya. Kengkononnya, terlampau seni jiwa seorang aku. Itu dulu. Bukan la bermakna aku sekarang ni dah 360 darjah berubah, takde. Masih macam biasa, blended antara brutal dan jiwang, boleh gitu? Masa mendewasakan, so tak heran la kalau banyak dah tak sama macam dulu. Aku asal kejadiannya sangat happy go lucky dan sangat la out-spoken. Banyak hati yang terluka tanpa aku sedari. Tapi bila Tuhan ambik balik hampir kesemua anugerah-Nya sekelip mata, aku berubah jadi pemendam rasa. Aku salahkan diri sendiri, may be kalau aku lebih prihatin dan jaga perasaan orang, Tuhan tak bagi aku sakit macam tu. So, aku biarkan aje walaupun banyak pihak yang seakan-akan pijak kepala, ambik kesempatan dari sikap daun semalu seora

Aroma Terapi

Image
As salam. Aku baru masuk ofis. Hari ni pagi-pagi ada matter kat Syariah Court, KL. Tak lama lagi dah tak sibuk ke kawasan KTM lama dah, sebab depa nak pindah ke Jalan Duta. Makin sesak la Duke Highway dan Jalan Duta, adeh. Kena pulak kalau orang-orang istana dah start pindah ke istana baru kat Jalan Duta nanti, laaaagi la haru. Ye la, kena la kita semua bagi laluan. Kan? Bersuka-ria la sesiapa yang ada harta kat area tu... Valuation naik naik naik dan naik la sokmo. Al-kisah, aku ambik masa nak pasangkan lilin dan wangikan bilik aku hari ni. Ada sebotol kecik Aroma Therapi (Cozy Moments) dari Cosway kat sebelah kanan. Ada sebotol kecik Teddy Scents (Lily of the Valley) dari Lovely Lace kat sebelah kiri. Yang Mana Satu Pilihan Kalbu? Kira macam aku kena buat pilihan la, tak mau guna kedua-duanya serentak. Nak lari dari bau yang lebih kurang serupa macam dalam kereta dan rumah, aku pilih yang sebelah kanan punya. Julung-julung kali aku pilih dia. Aku tinggalkan bilik dan makan nasi

Terngadah Sebelum Terantuk

Image
As salam. Korang perasan tak, biasanya orang sihat kurang pikir pasal sakit. Kan? Itu pun dah elok sket zaman sekarang, banyak pihak ambik polisi insuran. Tapi yang ambik polisi tu tetap tak kisah sangat nak jaga kesihatan. Kebanyakannya sibuk carik ubat bila dah dapat sakit. Masa tu dah takde maknanya, tak ker? Bagi yang memang diuji dengan penyakit, takde pikir menda lain. Nak sihat aje la kejanya. Macam-macam cara la nak kekalkan kesihatan. Paling tidakpun, nak kawal jangan bagi ada sakit lain pulak datang bertamu. Cukup la dgn sakit yang dah ditanggung selama ni. Jarang sangat la ada golongan pertengahan, yang memang takde sakit dan tak pernah jatuh sakit kecuali selesema lepas kena hujan lebat, sibuk jaga kesihatan. At least tak banyak golongan macam tu kat negara kita ni. Bukan takde, tapi ye la.. Jarang-Jarang, bak kata P.Ramlee. Bab-bab gini, aku memang buat muka kat hasbenku. Dia liat yang amat nak makan ubat. Kalu supplement contohnya, aku siap letakkan atas tangan dia pun

Sepetang Di Putrajaya

Image
As salam. Hari tu band Filipino ni nyanyi lagu birthday personally kat aku. 2 guitars & a chello.  Kali ni tengok depa nyanyi lagu-lagu lain plak. Dalam banyak-banyak lagu, aku wajib la bangun + rekodkan satu lagu. Sikit je pun, sebab banyak sangat ganguan orang lalu-lalang. Waitress pun macam la tak bleh lalu kut belakang. Nak gak enter frame dengan dulang. Aku perasan, depa macam dah penat nak nyanyi. Biasa la, dah banyak sesi gamaknya. 7pm depa start show, elok lagi ceria dan sengih-sengih. Tinggalkan depa kejap, gi solat Maghrib, balik tu sampai dekat 8pm pun ok lagi. Dah hala ke hujung-hujung tu macam dah mendung plak. Semendung cuaca di Putrajaya petang tu. Any how, aku tetap suka lagu Casablanca ni,  walaupun depa nyanyi takde perasaan, tak menghayati. Bak kata budak sekolah aku, 'tak mari'. Lagu asal dari filem 1940an ni best yang amat. Kaler pun belum ada masa tu. Ingat satu hari ni kena gak tengok filem ni. Cuma ye la, flow cerita zaman lama ni lambat,

Selamat Hari Ahad

Image
     As salam. Hari ni hujung minggu yang agak tenang. Maksudnya, takde 'campur tangan' kerja-kerja kat ofis. Aku pun bleh layan rasa kantuk melebihi jam 11 pagi. Owh sungguh heaven. Mandi cepat-cepat, turun ke dapur. Menu tengahari ni, sup tulang & daging masak merah. Sebab by the time aku buat grand entrance (cheh!) kat dapur dah pon kul 12, maka kami rakyat Malaysia pon berikrar la nak bikin lunch ready A.S.A.P. Tulang tu baru nak rebus jawabnya malam karang baru bleh empuk. Saat-saat mcm ni la aku teringin nak gi beli pressure cooker. Anyways, yang penting kena buat satu tindakan yang bleh selesaikan kerja kat dapur dalam masa yang munasabah. So, aku rebus la tulang tu dalam microwave, siap letak 2 biji kurma lagi nak bagi cepat empuk.       Aku perasan bibik duk jeling-jeling dari ekor mata, sambil tersenyum simpul. Aku rasa dia nak tanya apasal hari ni aku tak pasang lagu-lagu best dalam henfon masa masak. Sebab semalam aku buat macam tu, siap sing along sambil kelek

Dulu, Kini dan Selamanya

Image
As salam. Hari ni aku tetiba terdengar lagu lama Hindi kat kedai mamak. Tak sempat nak kontrol macho, dah terluah reaksi spontan. Itu la pasal, perangai kat rumah jangan bawak ke kedai! Ish, kacau betul. Tak bleh nak tolong, weh.. Dah memang teramat sangat minat lagu tu. Bukan selalu ada peluang dengar kat kawasan aku pun. Lagipun satu-satunya kedai mamak yang aku biasa lepak, kat Pelita Ampang. Depa tak pernah la setakat ni pasang lagu Hindi pun. Agaknya sebab crowd depa multi-racial kot.. Dulu masa kat Sungai Pusu ada satu filem Rani Mukherjee. Aku masa tu tak minat kat dia. Tapi sebab ada medley lagu2 lama Hindi dalam filem tu, aku jadi minat. Duk ulang part medley itu aje la pun. Dekat nak abis medley yang panjang dalam Mujse Dosti Karoge ni, ada lagu yang tiapkali aku dengar mesti lupa diri. Walaupun kejap aje, pastu waras balik. * wink * wink Happy semacam aje kalu dengar lagu tu. Tajuknya: Aaj Kal Tere Mere Pyar Ke Charche