Posts

Showing posts with the label HEALTH REMEDIES

Cerita Tentang Covid-19

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog, aku kembali dengan berita ‘sensasi’ sikit kali ni. Allah bagi aku merasa secara direct apa benda rasanya positif covid. Bagi yang duk gebang kata semua ni konspirasi segala, tunggulah bila dorang merasa sendiri. Mana dapat, ramai kawan dan sanak saudara tanya. Kalau ikutkan kandungan virus yang dikesan hasil swab test PCR kat Klinik Anda aritu, bibik paling lama kena, diikuti bonda, Nazri (adik bongsu) dan aku paling baru dijangkiti. Boleh la kita katakan bibik adalah pembawa, takde la jatuh fitnah pulak. Lagipun dia memang selalu keluar pergi beli barang 3, 4 kali sehari dah balik bukannya reti nak mandi.  Sudahnya, mak checked-in Hospital Ampang dan bernafas menggunakan bantuan oksigen lebih kurang 4 hari. Nazri, bibik dan aku kuarantin kat rumah dalam bilik berasingan. Merasalah berjauhan dengan pasangan 10 hari berturut-turut: dekat tapi jauh. Allah tu adil, pakwe dan anak aku negatif bersama dengan isteri Nazri yang sarat tunggu hari. Di...

Detoxification

Image
Assalamu’alaikum. Body Shop ada buat sales sekarang, beli 2 percuma 2: bayar harga yang tinggi untuk dua barang dan yang lagi dua tu dikira percuma. Minggu lepas aku pergi cari pasal kejap kat Eco, singgah sebentar mencuci mata di Body Shop. Apa korang rasa aku nak cuci mata je ke? Memang tak ah.. tercuci sekali dosa kat situ, hokeh? Aku beli dua pencuci muka Oil Of Life dan bawak balik sebotol setiap satu Shea Butter Body Wash dan Shampoo dengan percuma. Dengan beg kedai Eco kiri kanan tu, aku melangkah pergi dengan perasaan yang berbunga. Tak sabar nak mewangikan diri dengan jayanya balik rumah nanti, haaaa gitieww!  Semenjak dua menjak angkat bendera putih gencatan senjata dengan kopi ni, aku beralih semula kepada teh. Kalau dulu takat black tea seperti Earl Grey, English Breakfast dan Darjeeling, sekarang aku beriya menyukai Chamomile. Memang mendamaikan sungguh rasanya, especially kalau minum sebelah malam.. nescaya berat terbuai-buai je mata melambai katil. Deep sleep, kata o...

Kicapkan Tanganmu

Image
Assalamu'alaikum. Siapa pernah terkena air panas mendidih kecepuk kebaboom atas tangan je yang tau sakitnya tu di mana. Bukan di tempat yang terkena air panas semata-mata, sakit jiwa pun termasuk dalam pakej sekali, hokeh? Pantang nombor satu bila terlibat dalam eksiden sedemikian adalah JANGAN PANIK. Nombor dua, JANGAN CARI AIR, weh.. meletup berbintit-bintit jadi bebola air tangan nanti! Dulu masa zaman universiti, aku pernah join camping, jenuh meredah hutan tebal jauh ke dalam dari Pantai Teluk Batik. Masa tu belum jadi tumpuan pengunjung, kira macam kami ganggu privasi makhluk yang mendiami kawasan tu la, lebih kurang. Ada sorang senior terkena minyak panas, punyalah panik, sambil berlari, menjerit dan memegang tangan yang terkena minyak panas tu dia meluru pergi rendam tangan dalam air sungai. Ko rasa apa jadi? Bebola air, of course! Nombor tiga, JANGAN MENCARUT. 🤭 (errrk.. yang ni nombor negatif 1 kot). Tak payah nombor la, ya?    Arghh.. nampak gambar tu terasa sakit,...

Ligat & Pantas Di Dapur Dengan Tefal Actifry Original 1.2kg

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni aku dah siap pakai cantik-cantik, nampak ada missed call daripada mak, bila ditanya katanya dia kejang belakang. Aku turun jenguk dia dalam bilik, sapu losyen susu kambing gamat dan urut belakang mak, beriya keluar angin. Dah lega tu, aku suruh dia baring dan berehat, sementara aku ke dapur siapkan sayur, terasa lapar la pulak. Biar cepat boleh makan, aku buat sendiri je, guna Tefal Actifry pujaan hati. Sebelum ni belum pernah cuba masak sayur guna Actifry, tapi sejak aku download app resipi malam tadi, berkobar-kobar semangat nak mencuba. Tak sampai 15 minit, dah siap sayur yang rasanya sangat ohsem lagi memuaskan hati. Nak buat sebijik macam resipi, aku takde cukup bahan, jadi aku gunakanlah apa yang ada dalam fridge, janji dapat merealisasikan percubaan pertama menyediakan sayur dengan periuk pujaan hatiku itu, kan? Lengkap berbaju kurung dan berhijab hitam putih, aku berjaya menjalankan eksperimen dengan jayanya. Pergh... terbai...

Carbo Diet Seorang Nai at Tak Pe Je

Image
Assalamu'alaikum. Macamana hujung minggu korang, ada baik? Aku rehat betul minggu ni, Alhamdulillah... ambik masa bertenang dan berehat secukupnya. Cuma pukul 6 petang semalam aku pergi jumpa sorang client kat Starbucks, Aeon Mall AU 2. Kebetulan dia free dan perlu update aku perkembangan terbaru yang sangat penting lagi mendebarkan. Ok lah, aku pun dah cukup rehat kan, maka takpe la, aku penuhi aje permintaan dia. Tapi kali ni aku nak cerita pasal makan, sebenarnya, sebab tu ada gambar makanan je dalam entry ni. Dah sebulan lebih aku tukar cara makan, sebab rasa berat nak tarik body, udah la tak boleh bersenam macam dulu-dulu. Mak aku tak boleh terima keadaan aku yang sangat komited lagi istiqamah dalam ikhtiar menjaga pemakanan segala bagai tu, dia tak puas hati kenapa aku nekad sangat. Dia terlupa agaknya, anak dia ni kalau dah kata nak buat something, mana ada main-main dan suam-suam kuku. Lalu dia guna tektik kotor, iaitu memasak makanan favorite aku sepanjang zaman...

Rawatan Tradisional Masalah Sendi Lutut

Image
Assalamu'alaikum. Kita kalau dah kena sakit sendi, terutamanya sendi lutut, memang 'hazabedah' ler nak menanggung. Ni bukan main-main punya sakit, weh... tak tunggu nak tua sangat pun, atas nasib la kot. Macam aku ni yang memang dah berbelas-belas tahun sakit saraf, maka tak hairanlah kalau 'awal' dapat merasa sakit sendi lutut ni. Itu pun aku dah berjuang habis-habisan jaga kesihatan, amalkan gaya hidup yang sihat, rajin makan supplement, herba tu, jamu ni, aih segala mak nenek la pendek katanya. Ok, lepas semua menda tu pun, masih sakit lagi? Di situlah terletaknya ujian yang sebenar, kawan-kawan sekalian, dan ia berkait rapat dengan kesabaran dan kepercayaan kepada qada' dan qadar. Dah gitu, kita kena buat apa sekarang, berputus asa? Mestilah tidak... pantang maut sebelum ajal, kan? Kita usaha mencari penyelesaiannya. Macam lirik lagu Westlife, 'No Matter': And I Will Keep You Safe and Strong And Shelter From The Storm No Matter Where It'...