Posts

Showing posts from July, 2017

Air Tangan Ibu Yang Mahal Harganya

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni adalah Jumaat yang sangat padat, bilamana aktiviti bagi diri ini telah bermula seawal jam 6 pagi. Memandangkan anak bujang balik sekolah selepas solat Jumaat, aku selalunya akan mengehadkan kerja sehingga jam 1 petang, solat zuhur dan terus drive ke Gombak. Hari ni lain sikit, sebab aku bekerja di dapur selepas menguruskan apa yang patut berkenaan ofis, dalam jam 11.05 pagi kelibat aku merata-rata di dapur. Sejak ada kombinasi Tefal Actifry untuk menyediakan sayur dan Ewant Pressure Cooker untuk lauk-pauk, aku memang hari-hari bersilat di dapur, untuk lunch, tea-time dan dinner. Tak kisahlah jam berapa pun aku sampai ke rumah pada sebelah petang, kalau pakwe ada, aku akan menggunakan peluang yang ada untuk lepak bersamanya.  Macam petang semalam, walaupun aku sampai rumah dah jam 6.30, tetap dengan senang hati menggoreng wedges dan frozen squids tanpa setitik minyak untuk hidangan minum petang. Tak payah kacau bibik yang tengah lipat kain kat atas, aku je

WW ~ Love you too, baby girl...

Image
Penghujung Syawal ~ Nai at Tak Pe Je.

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Image
Assalamu'alaikum. Aku dah berbulan-bulan teringin nak makan nasi briyani yang orang Pakistan masak, sejak balik dari Osaka tahun lepas... maklum ler, dah kena sampuk dek briyani berdekatan Masjid Kobe sana. Akhirnya aku nekad nak belajar buat sendiri, menggunakan pressure cooker. Lalu aku pun hari-hari stalk kat you.tube cara-cara memasak briyani Pakistani style. Aku sebenarnya dah book kat Instagram Gerobokukshoppe sebiji Insta Pot keluaran Canada, tapi tak menahan nak tunggu sampai bulan September/Oktober ETA menda tu. Perasaan nak mencuba resipi briyani dah terlampau membuak-buak, tak mampu nak dibendung lagi. Makanya, aku beli PC jenama Ewant kat Lazada, jauh lebih murah dan yang pasti, cepat menjelma di depan mata. Tak sampai seminggu, semalam dah pun berada dalam genggamanku. Tanpa membuang masa, aku mulakan eksperimen dengan penuh semangat walaupun diserang perasaan gemuruh, takut tak menjadi. Buat 3 mug je dulu nasinya, kebetulan ada yang bibik dah rendam dan toska

Jumaah Mubarak ~ Di Penghujung Syawal

Image
Assalamu'alaikum. Hujung-hujung Syawal ni makin jenuh nak memenuhi undangan jamuan raya, bertabahlah.. cuit-cuit jer juadah dan hidangan tu, kalau tak nak makan beriya, okay... janji tuan rumah nampak kita datang dan berbahasa-bahasi apa adanya. Aku tahun ni tak banyak pun pergi open house, mana yang termampu kat kiri kanan sebelah rumah takkanlah tak pergi, ye dak? Yang jauh-jauh tu cukup sekadar berkirim salam dan menjamu mata tengok gambo. Entry kali ni aku kongsi dengan korang aktiviti hari Jumaat dan Sabtu, berkaitan dengan jamuan raya di penghujung Syawal. Sebelah pagi Jumaat aku standby kat ofis dulu, menyambut kurier, penghantar dokumen, staff lama yang datang hantar dokumen, kebetulannya ramai pulak nak datang hantar segala macam kertas kausa... Tak cukup kaki tangan macam ni ler, kena bahagikan masa antara kerja sebagai personal driver anakanda, P.A suami dan bonda, sole-prop, bahagian marketing, penyelia kewangan dan segala tugas yang terbentang di hadapan mat

Aku, Dodol & Gelembung Boyo. Ini semua poyo!

Image
Assalamu'alaikum. Hari Selasa baru ni aku ke Kota Bharu lagi, day trip atas urusan kerja. Dua minggu berturut-turut outstation, terasa pelik dan janggal. Maklum ler, mana la biasa pergi ke luar daerah secara solo tanpa pasangan mahupun anak terkasih. Dari mula-mula nikah lagi aku dah pasang azam dan iltizam nak dahulukan keluarga dalam kebanyakan keadaan, sampai bila dapat interview kerja sebagai setiausaha akhbar untuk somebody pun aku nak menangis, tak bersedia fizikal dan mental. Padahal masa tu duk mengandungkan Junior, belum lagi wujud dia di alam nyata. Tuhan kan Maha Mendengar, aku tak dapat pun kerja tu, alhamdulillah... Kalau dapat, confirm aku takkan jadi macam sekarang kot, free and easy, happy go lucky. Bila tau tak berjaya, akulah orang yang paling bahagia dan orang-orang sekeliling aku yang ralat lagi bersedih, ye lah.. aku pergi interview tu pun sebab nak puaskan hati depa.  Masa salam dengan Junior sebelum dia turun ke sekolah dengan daddy, kelat je muka dia ta

Ligat & Pantas Di Dapur Dengan Tefal Actifry Original 1.2kg

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni aku dah siap pakai cantik-cantik, nampak ada missed call daripada mak, bila ditanya katanya dia kejang belakang. Aku turun jenguk dia dalam bilik, sapu losyen susu kambing gamat dan urut belakang mak, beriya keluar angin. Dah lega tu, aku suruh dia baring dan berehat, sementara aku ke dapur siapkan sayur, terasa lapar la pulak. Biar cepat boleh makan, aku buat sendiri je, guna Tefal Actifry pujaan hati. Sebelum ni belum pernah cuba masak sayur guna Actifry, tapi sejak aku download app resipi malam tadi, berkobar-kobar semangat nak mencuba. Tak sampai 15 minit, dah siap sayur yang rasanya sangat ohsem lagi memuaskan hati. Nak buat sebijik macam resipi, aku takde cukup bahan, jadi aku gunakanlah apa yang ada dalam fridge, janji dapat merealisasikan percubaan pertama menyediakan sayur dengan periuk pujaan hatiku itu, kan? Lengkap berbaju kurung dan berhijab hitam putih, aku berjaya menjalankan eksperimen dengan jayanya. Pergh... terbai

WW ~ Cermin Khas OOTD

Image
Lokasi: Surau, KLIA2 Menghala Gate K6 ~ Nai @ Tak Pe Je.

Masa Berkualiti & Makanan Nan Meletup

Image
Assalamu'alaikum. Dah kembali bekerja hari ni, sila tingkatkan prestasi dan lebarkan senyuman, ya... Pada yang masih tak menang perut memenuhi undangan majlis terbuka, bertabahlah jika diet anda masuk kategori balapan mahupun marathon. Aku tahun ni takde peluang sangat nak ke rumah terbuka, banyak benar uzur syar'ie yang melanda. Semalam hari Ahad aku dah raya, Alhamdulillah... duk rumah je satu hari, meraikan adik-beradik yang berkunjung. Agendanya makan, makan dan makan sampai ke malam. Petang acara goreng-goreng wedges, fries dan squids menggunakan Tefal Actifry Original yang aku beli dari IG GerobokUKShoppe, berbulan-bulan tunggu baru dapat lepas cuti raya aritu. Segala frozen food sekarang dah tak payah guna minyak masa menggoreng, memang berbaloi-baloi!  Hari Sabtu sebelumnya pulak, aku dengan dua orang Hero hidupku itu turun ke KLCC dalam pukul 6.30pm, naik grab je, takde makna nak bawak kereta zaman sekarang, dengan parking yang mahal macam bedil segala. Bias

Selain Lapar & Dahaga, Pahala Yang Dirindui

Image
Assalamu'alaikum. Semalam adalah hari yang amat mencabar bagi diriku ini, berpuasa dalam keadaan yang letih dan lesu sambil perlu meneruskan rutin harian macam biasa. Memandangkan aku dah berniat nak melengkapkan puasa 6 dalam minggu ni yang tinggal lagi 4 hari, maka aku nekad nak teruskan jugak dari hari Rabu hingga hari Sabtu, berturut-turut. Cuma ada sikit masalah, sebab aku takde selera makan masa bersahur dan berbuka puasa. Masa sahur, sejak hari Rabu aku lalu makan roti je, itu pun bercinta nak habiskan sekeping. Dah masa berbuka, makan nasi sesenduk pun tak kuasa nak telan. Itu yang penat sangat tu.. kerja pulak berlambak nak diselesaikan, dan jemput anak pulang pergi sekolah tetap diteruskan. Anak bertuah nak ajak aku join jamuan hari raya sekolah tengahari semalam sebelum solat Jumaat, tapi aku terpaksa tolak sebab nak sangat habiskan hari kelima dengan jayanya. Nasib baik dia faham, kalau tak jenuh jugak tertunggak lagi sehari. Malam tadi duk bu

Mood Nak Pakai Pashmina & Cerita Hari Khamis Yang Panas

Image
Assalamu'alaikum. Lama tak pakai pashmina shawl, jadi rindu pulak tiba-tiba, sekali duk recycle shawl yang sama dah 2 hari. Entahlah nak kata mengarut ke apa, tapi aku ambik keputusan untuk gunting rambu-ramba yang menjadi signature pashmina shawl hujung ke hujung. Elok je pada pandangan mataku, kot korang nampak janggal, aku tak boleh nak cakap apa la kan. Hari ni aku masuk ofis settle kan apa yang patut, update client dan panggil grab untuk mengadap pegawai bank di Bukit Bintang. Ada dekat setengah jam jugak tadi kena tunggu clearance dan approval daripada manager untuk transaksi yang aku buat bagi pihak client. Lunchtime masa tu, terasa jugak perut berirama keroncong sekali-sekala, tapi logiklah, dah nama pun puasa, aku pujuk hati. Tahun ni keadaan tak mengizinkan aku berpuasa enam hari berturut-turut macam tahun-tahun sudah. Tinggal lagi, aku cari jugak peluang nak bagi cukup enam hari, tak kisahlah nak kena ambik gap lama mana antara setiap jumlah hari. Selesai di ban

WW ~ All Rounder Sole-Prop

Image
On The Go. ~ Nai at Tak Pe Je.

Diari Hujung Minggu Seorang Aku

Image
Assalamu'alaikum. Sabtu biasanya masa untuk aku ke Pasar Tani, beli lauk dengan bibik. Paling minimum, itulah rutinnya setiap dua minggu sekali dalam sebulan. Nak beli lebih daripada tu nanti masalah storage pulak, selain masalah bajet. Hari ni kami turun lambat sikit, sekali ayam dah kena rembat semua, orang sibuk nak buat open house la katakan. Akhirnya aku beli perut dengan daging cincang je, balik tu singgah kat Giant beli sayur pulak, sebab lagi murah harganya berbanding pasar tani. Menu hari ni: Sup sayur, padprik perut, kerabu perut dan ikan goreng.  Melepak kejap minum air milo dan makan vitamin, sebelum naik mandi-manda dan bersiap-siap nak ambik report card anak kat sekolah. Aku pakai shawl semalam, masih elok takde bau segala, tukar inner je. Lagipun shawl tu aku pakai masa pergi KLCC kejap je petang semalam, pukul 4 - 6.30pm, tak sempat nak busuk pun.  Sampai kat sekolah pun dah pukul 12.30 tengahari, penuh parents menunggu nak jumpa guru-guru subjek

Kembali Ke Dapur di Lembah Kelang

Image
Assalamu'alaikum. Balik KL selepas cuti raya masa orang masih gigih beraya di kampung bermakna korang kena 'make-do' dengan apa saja bekalan bahan mentah yang ada kat dapur. Nak restok segala bagai memang takde kedai yang bukak, nak makan kat kedai apatah lagi. Melainkan korang tak mencari yang halalan toyyiba, of kos. Bagi kita-kita kebanyakan ni ha, korek ler apa yang ada dalam peti sejuk tu Senah oi.. janji boleh dijadikan lauk untuk mengisi perut yang kosong. Bagi yang bujang, kemungkinan besar akan mencapai maggie cup ataupun maggie ketul, rendam 5 minit siap. Bagi yang berstatus ibu macam aku ni takkan ler nak buat gitu, kot ya pun nak mudah... takkan ler, kan? Melainkan suami korang mengidam maggie, tok sah la penyegan nau2... bawak2 ler sememeh sikit hidangan tengahari tu. Aku tak terkecuali dalam hikayat ini, maka apa yang termampu aku hidangkan adalah singgang ikan tongkol Terengganu style, cencaru sumbat dan sambal belacan. Sila makan janganlah segan... 

3 & 5 Syawal 1438H : Raya Raya Raya 2017

Image
Assalamu'alaikum. Raya ketiga mak datang ke rumah besannya, aku masak gulai darat patin resipi orang Terengganu dan bibik buat kari kambing. Ipar duai aku ni jenis raya hari pertama je, jadi aku melawa sorang-sorang pakai baju raya, sambut mak yang datang dengan Ida dan Nazri. Hajatnya nak try jenguk Pusat Perubatan Bekam & Resdung kat Balok sana, telefon tak berangkat, mesej pun tak berbalas. Redah je ler nak cuba nasib, tapi biasalah, seperti yang dijangka, masih tutup cuti raya, bukak semula 2hb Julai. Takde rezeki, tapi takpe la janji dah tau tempatnya kat mana.. senang nanti nak pergi, walaupun entah bila. Alang-alang dah sampai ke Balok, mak ajak singgah kat kedai yang ada jual barang plastik. Punyalah jauh datang beli bekas letak sabun, kelakar pulak aku dengar cerita tentang mak daripada Ida. Ambik itu ini, cash kat tangan bawak RM20 je, nasib baik ler Ida ikut sekali. Aku tunggu dalam kereta je.. Lengang betul bandar Balok, dah macam pekan koboi diiringi bac