Jumaah Mubarak ~ Di Penghujung Syawal

Assalamu'alaikum. Hujung-hujung Syawal ni makin jenuh nak memenuhi undangan jamuan raya, bertabahlah.. cuit-cuit jer juadah dan hidangan tu, kalau tak nak makan beriya, okay... janji tuan rumah nampak kita datang dan berbahasa-bahasi apa adanya. Aku tahun ni tak banyak pun pergi open house, mana yang termampu kat kiri kanan sebelah rumah takkanlah tak pergi, ye dak? Yang jauh-jauh tu cukup sekadar berkirim salam dan menjamu mata tengok gambo. Entry kali ni aku kongsi dengan korang aktiviti hari Jumaat dan Sabtu, berkaitan dengan jamuan raya di penghujung Syawal.



Sebelah pagi Jumaat aku standby kat ofis dulu, menyambut kurier, penghantar dokumen, staff lama yang datang hantar dokumen, kebetulannya ramai pulak nak datang hantar segala macam kertas kausa... Tak cukup kaki tangan macam ni ler, kena bahagikan masa antara kerja sebagai personal driver anakanda, P.A suami dan bonda, sole-prop, bahagian marketing, penyelia kewangan dan segala tugas yang terbentang di hadapan mata. Alhamdulillah atas rahmat-Nya. 


Budak bertuah ni asyik terlentok dan terngaga je dalam kereta balik dari sekolah sejak dua menjak ni ha, letih bebeno gamaknya belajar. Orang dah naik kelas la katakan, cara pemantauan cikgu lebih kondusif la tu.. balik rumah sekarang dah reti buat nota dan homework tanpa diketuk sejuta kali. Mudah2an makin tinggi kesedaran dan kehendak dirinya sendiri lepas ni, ya Allah.. bantulah hamba-Mu yang lemah ini! 


Selesai menjadi supir, aku ajak anak & bibik jenguk jiran selang 2 buah rumah yang buat open house, jadi wakil bonda yang tak sihat dan pakwe yang tak sempat berkejar, biasalah kan.. heheh. Menyesal pulak aku makan awal sebelum solat Zuhur, ye lah.. masa tu dah rasa lapar sangat macam nak telan meja. Karang nak merempit ambik anak balik sekolah takde upaya pulak. Dah la setiap Jumaat dia balik pukul 2 petang, dan aku memang dah terbiasa lunch dulu sebelum masuk waktu Zuhur, diikuti solat dan terus ke Gombak. Nak tukar jadual yang dah dirutini lebih setengah tahun, senak sikit ler... makanya, aku dengan perut yang berkapasiti kecik hanya mampu cuit-cuit makanan kat rumah jiran tu. Rugi woo... briyani dia sedap, maklum ler ambik tender bagi makan kat orang kapal, mau tak sedap? 


Eh, dah panjang sangatlah nak cerita sekali kisah hari Sabtu, kesian korang nak melayan gambo nanti. Takpe, aku buat entry lain lepas ni. Aku tinggalkan korang dengan OOTD aku ni ha, baju kurung Pahang daripada kain saree yang adik ipar aku hadiahkan dua tahun lepas. Best gila pakai saree sifon ni tau, lembut yang amat, apasal la takde jual kat Malaysia ni.. nak pergi India jauh bebeno. Okay lah, terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan