Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker
Assalamu'alaikum. Aku dah berbulan-bulan teringin nak makan nasi briyani yang orang Pakistan masak, sejak balik dari Osaka tahun lepas... maklum ler, dah kena sampuk dek briyani berdekatan Masjid Kobe sana. Akhirnya aku nekad nak belajar buat sendiri, menggunakan pressure cooker. Lalu aku pun hari-hari stalk kat you.tube cara-cara memasak briyani Pakistani style. Aku sebenarnya dah book kat Instagram Gerobokukshoppe sebiji Insta Pot keluaran Canada, tapi tak menahan nak tunggu sampai bulan September/Oktober ETA menda tu. Perasaan nak mencuba resipi briyani dah terlampau membuak-buak, tak mampu nak dibendung lagi. Makanya, aku beli PC jenama Ewant kat Lazada, jauh lebih murah dan yang pasti, cepat menjelma di depan mata. Tak sampai seminggu, semalam dah pun berada dalam genggamanku.
Tanpa membuang masa, aku mulakan eksperimen dengan penuh semangat walaupun diserang perasaan gemuruh, takut tak menjadi. Buat 3 mug je dulu nasinya, kebetulan ada yang bibik dah rendam dan toskan lebih buat nasi arab semalam, jemput staff, ex-staff dan kawan-kawan terdekat datang makan sempena penutup Syawal. Tak jemput ramai pun, bukan open house.. tapi niat nak panggil staff datang makan dan kawan-kawan yang duk tanya bila boleh datang beraya, aku suruh datang sekali hari yang sama, senang cerita. Nak buat open house belum diluangkan rezeki. Anyways, jenuh jugak nak tekan fungsi mana kat PC Ewant ni, maklum ler dalam buku resipi yang dorang bagi, mana ada resipi nasi briyani bagai, banyak berasaskan pork & wine jer. Dalam you.tube pulak kebanyakannya guna jenama Insta Pot kalau resipi nasi briyani ala Pakistan ni. Noxxa lain terus, aku tak nak beriyani biasa, tapi briyani Pakistan mari. Susah, kan? Tapi tak mustahil, jangan putus asa..!
Aku tengok dalam buku resipi yang Ewant bagi, kebanyakannya duk guna fungsi "Meat" dan "Taste", kemudian pilih jangkamasa yang diperlukan. Dari situ, aku memberanikan diri untuk mengaplikasi cara yang sama. Tekan "Meat" dan "Taste", aku pilih 5 minit untuk sauté (tumis) ayam yang dah diperap dengan rempah ratus secukup rasa selama setengah jam sebelumnya. Tapi kan, lebih daripada 1/2 jam tu, sebab aku tinggalkannya untuk pergi menjemput anak balik sekolah. Sampai je kat rumah, aku mulakan proses menumis 5 minit, tutup PC dengan tudung periuk lain yang boleh muat mulut PC tu. Kemudian, aku pilih lagi sekali fungsi yang serupa, set masa 10 minit, tutup PC dengan penutup asalnya dan seal untuk dapatkan tekanan yang sewajarnya. Cukup 10 minit dan lepaskan wapnya, sebaik saje aku nampak ayam tu elok je menjadi, hati aku macam melompat sekejap. Selesai satu fasa, syok sangat sampai terlupa nak keluarkan air yang keluar daripada rempah ratus dan ayam tu. Takde hal pun, cuma lembik la sikit kat lapisan nasi paling bawah.
Nasi ni lagi senang nak proses bila dah selesai fasa pertama, iaitu ayamnya tadi. Masukkan beras 3 mug dan air 3 mug jugak, menggunakan mug yang sama, pilih fungsi "Rice", automatik akan keluar masa 12 minit. Tutup PC dan seal untuk dapatkan fungsi tekanan menyeluruh, pergi ler layan blues dulu ke, termenung ke, suka hati ler. Cukup masanya, timer akan berbunyi dan silalah keluarkan wap sebelum bukak penutup PC itu. Yang menyambutku adalah nasi briyani yang cantik, masak sekata, sedap tak ingat punya!
Aku guna beras basmathi Jasmine Pusa Gold 1121, extra long. Memang terbaik la, tabik spring toing toing punya!
Kami makan dengan left-over kari kambing yang semalam punya, sekali dengan sambal. Bibik excited gila, siap buat salad timun, tomato dan capsicum resipi Chef Ammar nak jodohkan dengan juadah. Bertambah-tambah depa ni makan. Aku pun malas nak fikir diet, pedulik ah! Heheh cuma perut dah jadi koman, tak mampu nak makan lebih daripada 2 senduk. Anak bujang mintak aku buat lagi weekend ni, apa? Hurmm... tengok ler keadaan dulu, kot ada kenduri-kendara bagai macamana nak masak kat rumah, ye dak? Cuma lepas ni, tak payah susah-susah cari tempat nak makan nasi beriyani gempak, buat je kat dapur sendiri, apa ada hal?
Pendek katanya, memang meletup kebaboom ler Ewant Pressure Cooker ni, korang... tak rugi nak beli buat koleksi. Kalau nak dibandingkan dengan jenama-jenama yang lebih glamour kat luar sana, harganya jauh lebih murah tapi fungsi-fungsi yang ditawarkan adalah sangat competitive dan tak kalah langsung kat mana-mana. Macam aku tak mengejar brand, apa saja yang berkualiti aku takde masalah nak beli, apatah lagi kalau harganya murah, kan?
Tu je la, thanks ya sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Wowww sedappp nye trus rsa laporan😂
ReplyDeleteLaporan terkini ke tu? 😅
Deleteassalamualaikum sis.. boleh minta resepi yg sis guna untuk buat nasi briyani ni tak? nampak sedap sangat2. sy teringin nak cuba dgn periuk ewant yg sy baru beli ni. tapi memang sy tak pandai masak briyani. kalau sis tak keberatan, boleh sharekan bahan-bahan dan sukatannya sekali? terima kasih.
ReplyDeleteWsm. Bleh tengok Sandhyas Kitchen dalam you.tube... cari instant pot briyani chicken. Saya belajar aritu gitu la... ^_^
DeleteBaru beli semalam sampai.. Terus try nasi beriani.. Guna pes je.. Tapi Semudah ABC... mmg terbaik lah pc ni kan.. Walaupun murah..
ReplyDeleteBetul3x. Baloi memang berbaloi! Tapi kita punya aritu dah short, penangan petir guruh bagai.
Delete