Posts

Showing posts from May, 2019

Pra Lebaran: Blues Anak Bujang

Image
Assalamu’alaikum. Sekali setahun, kami bertiga mesti turun Pavilion KL bawak anak bujang beli baju raya. Kalau dulu Parkson, sejak naik sekolah menengah dan takde saiz yang sesuai dengan dia, tukar kepada Padini pulak. Orang dah ada citarasa sendiri ni bukan boleh main-main, beb... budak zaman sekarang cepat tau apa yang depa nak, bukan macam kita dulu, terima je apa yang parents belikan. Mummy ni haa, tukang suggest je kot la ada yang mengena. Dalam banyak-banyak suggestion tu ada la jugak masuk shortlists, ok la kan?  Selebihnya, mummy tukang pegang baju-baju yang dipilih sebelum pass kat daddy untuk menyelesaikan bil di kaunter, ko rasa? Anak sorang semata wayang, lautan api pun sanggup direnangi, begitulah kasih seorang ayah. Sendiri ikat perut ke takde baju baru ke takde hal, janji keperluan anak cukup dan sempurna. Kegembiraan letaknya di situ, semoga direkodkan sebagai ibadah dan dilipatgandakan rezeki hendaknya. Ameen... Aku tahun ni belum beli apa-apa lagi, duk

Bagaikan Pelangi: Sehelai Kaftan Biru

Image
Assalamu’alaikum. Baru-baru ni aku ada beli 4 meter kain shifon kat Nagoya cawangan Aeon Big, terjatuh cinta pandang pertama pada corak dan kombinasi warnanya. Dalam hati niat nak buat kaftan, boleh la pakai raya, kekdahnya. Tapi mentang-mentang la kaftan ni teramatlah mudah dibuat, kejap je dah siap terletak elok je kat badan. Namanya dah siap, terus aku pakai pergi kerja, takde maknanya nak tunggu raya bagai. Bak kata bibik, “puan saya hari-hari pun hari raya”. Pelik mungkin bagi korang, kaftan pakai raya tapi percayalah, dah lama aku teringin nak buat macam tu. Kalau kena fabrik dan potongannya, kita tetap boleh tampil bergaya dengan kaftan sewaktu berlebaran. Jangan pulak pakai baju kelawar yang buat tidur tu, tak sesuai la kan. Cuba tengok kaftan yang para wanita pakai di seluruh dunia, siap boleh bawak masuk majlis keramaian tu! Memang la ada kaftan sempoi yang orang putih pakai pergi ke pantai, lapik bikini kekdahnya. Itu sama jugak, tak sesuai buat pakai raya. Korang

WW ~ Ramadan View

Image
Home Terawih be like...  ~ Nai at Tak Pe Je.

Arkib Seminggu, Awal Ramadan

Image
Assalamu'alaikum. Ramadan sudah bermula, apa khabar korang semua? Tahun ni awal-awal lagi dah terasa perit dugaan, maklumlah ekonomi makin merudum dan menjejaskan segenap lapisan sektor dan profesion, terutamanya servis. Hampir semua orang yang aku kenal mengadu benda yang sama, rata-ratanya mengeluh lambat dapat payment daripada klien. Kitar hidup kan macam tu, satu lapis terjejas, lapisan lain akan terjejas sama, sebabnya hidup kita ni kan saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Dan dalam keadaan kronik sebegini, sabar memang wajib dilipatgandakan.   Walau bagaimanapun keadaannya, kita perlu terus menghadapi setiap hari yang mendatang dengan penuh tenang kerana segala-galanya berada dalam kekuasaan Yang Maha Kuasa. Serahkan seluruh kepercayaan kepada-Nya, nescaya akan ada jalan penyelesaian dari mana-mana pintu misteri. Bimbang itu biasa, kerana itu ada sifat kita sebagai manusia, yang sudah pasti resah akan sesuatu yang tak pasti. Tapi itu semua tidak ada dalam k

Gadis Espresso

Image
Assalamu'alaikum. Ada antara kita adalah penggemar tegar kopi,  termasuklah empunya blok Tak Pe Je, iaitu aku. Keluarga aku di kampung pun penggemar kopi,  dari yang paling muda hinggalah yang paling tua. Jadi tak hairanlah kalau aku dah terbiasa dengan kopi sejak dari bangku sekolah.  Cuma itulah, zaman dulu aku duk minum kopi O cap Kapal Api dengan nenek dan ayah petang-petang, jodoh dengan pisang goreng. Kadang-kadang cicah biskut keping sebelah malam. Oh ya,  dari dulu aku memang suka kopi O kurang manis, lebihkan gula dalam senyuman. Gitieww. . Lepas SPM aku berlepas ke UK,  duduk lebih 6 bulan jugak la dengan family aku yang ikut ayah sambung belajar. Masa naik tren 8 jam ke Scotland,  aku mula kenal dengan kopi O cara Eropah, dah kenapa lain benar?  Sejak itulah aku kenal beza antara kopi segera dengan kopi segar yang dikisar dari bijinya secara langsung. Terpegun mata seorang dara dari desa melihat proses membikin secangkir kopi di kafetaria tren. Mesinnya saja dah

Rak Terbuka Ruang Tamu

Image
Assalamu’alaikum. Rumah aku ni jadi tumpuan keluarga sejak arwah ayah meninggal dan bonda tinggal dengan aku. Adik-beradik semua ada kat Lembah Kelang, sorang pun tak balik duduk Terengganu. Tinggallah rumah gedabak arwah ayah bina untuk anak-anak bini nun di sana, entah bila ada rezeki nak jadikan Bed & Breakfast. Cerita mak nak buat homestay tu dah sedekad, selagi aku tak turun padang, nampak gayanya tinggal cerita je la. Alangkan nak buat tahlil arwah kat rumah aku ni pun, jam 6.40pm takde siapa pun bentang sejadah kalau aku tak terhegeh-hegeh buat. Bibik pun selamba badak lagi duk menggosok baju, tau nak tahlil lepas maghrib tapi tak tengok jam pukul berapa. Nasib baik la aku dalam keadaan yang teramat sangat composed dan penuh pasrah, persediaan nak menyambut Ramadan la katakan. Menyimpang pulak dari tajuk asal, meh kita kembali ke pangkal jalan. Memandangkan adik-beradik aku selalu datang lepak kat rumah dan bergelimpangan barang depa letak atas tangga, aku ambik keputusan

WW ~ Still Image with Waxed Actors

Image
~ Nai at Tak Pe Je