Bagaikan Pelangi: Sehelai Kaftan Biru
Assalamu’alaikum. Baru-baru ni aku ada beli 4 meter kain shifon kat Nagoya cawangan Aeon Big, terjatuh cinta pandang pertama pada corak dan kombinasi warnanya. Dalam hati niat nak buat kaftan, boleh la pakai raya, kekdahnya. Tapi mentang-mentang la kaftan ni teramatlah mudah dibuat, kejap je dah siap terletak elok je kat badan. Namanya dah siap, terus aku pakai pergi kerja, takde maknanya nak tunggu raya bagai. Bak kata bibik, “puan saya hari-hari pun hari raya”.
Pelik mungkin bagi korang, kaftan pakai raya tapi percayalah, dah lama aku teringin nak buat macam tu. Kalau kena fabrik dan potongannya, kita tetap boleh tampil bergaya dengan kaftan sewaktu berlebaran. Jangan pulak pakai baju kelawar yang buat tidur tu, tak sesuai la kan. Cuba tengok kaftan yang para wanita pakai di seluruh dunia, siap boleh bawak masuk majlis keramaian tu! Memang la ada kaftan sempoi yang orang putih pakai pergi ke pantai, lapik bikini kekdahnya. Itu sama jugak, tak sesuai buat pakai raya. Korang try riki kaftan modern yang selebriti Hollywood suka pakai bila pergi ke Timur Tengah. Ataupun tengok footage zaman-zaman Elizabeth Taylor menggayakan pelbagai jenis kaftan dengan penuh elegan dan berkarisma tinggi.
Beberapa tahun lepas, trending kejap kaftan buat raya tapi harganya melampau tak hengat, makanya mak-mak datin je ler yang mampu beli. Aku tengok je la, lagipun corak kainnya susah nak menepati citarasa aku dulu. Tahun ni hajat di hati nak jahit sehelai, betul-betul untuk pakai raya. Demi memastikannya terlaksana, aku kena tunggu last minute, mungkin minggu terakhir puasa, baru potong kain dan jahit kaftan. Kalau tidak, memang tak sempat tengok anak bulan Syawal, aku dah pakai kaftan jap-jap tu jugak!
Harap-harap berjaya la misi penting tu nanti.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment